Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Jerebu di Muar dan Ledang Darurat diisytiharkan

Jerebu di Muar dan Ledang Darurat diisytiharkan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan darurat bencana jerebu bagi seluruh daerah Muar dan Ledang di Johor berkuat kuasa serta-merta selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kedua- dua kawasan itu melebihi tahap kecemasan pada pukul 7 pagi semalam.

Darurat jerebu yang akan berlangsung sehingga ke suatu masa yang akan ditentukan itu dibuat selepas bacaan IPU pada pukul 7 pagi dan 11 pagi di kedua-dua daerah tersebut melebihi paras kecemasan 500 iaitu masing-masing pada bacaan 746 dan 690.



Perdana Menteri dalam satu kenyataan semalam berkata, pengisytiharan Darurat Bencana Jerebu itu tidak melibatkan penguatkuasaan perintah berkurung dan tiada perubahan dalam corak dan sistem pemerintahan kerajaan negeri mahupun Persekutuan.


"Saya mengisytiharkan keadaan Darurat Jerebu bagi seluruh kawasan daerah Muar dan Ledang mulai dari tarikh pengisytiharan ini hingga suatu masa pengisytiharan ini ditarik balik," kata Najib dalam kenyataan berkenaan.


Najib memberitahu, semua kementerian dan agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana jerebu peringkat Persekutuan, negeri dan daerah mesti mengatur dan mengambil langkah-langkah perlu bagi menjamin keselamatan dan kesihatan awam terpelihara.

KUALA LUMPUR 23 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengisytiharkan status darurat di Muar dan Ledang di Johor berkuat kuasa serta merta selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 750 setakat 7 pagi ini.
Perkara itu diumumkan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel menerusi posting terbaharu dalam facebook beliau. - BERNAMA







0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .