Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

SEMSAS Kuantan Raih Emas di International Environment Project Olympiad Turki


SEMSAS Kuantan Raih Emas di International Environment Project Olympiad Turki




EMPAT orang murid daripada pasukan Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (Semsas) Young Scientist dari Kuantan, Pahang berjaya menempa nama sebagai pemenang pingat emas pertama dari Malaysia di pertandingan International Environment Project Olympiad (INEPO) edisi ke-21 di Istanbul, Turki, baru-baru ini.




 Pasukan Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS) yang mewakili negara pada International Environmental Project Olympiad (INEPO) di Istanbul, Turki, minggu lalu berjaya membawa pulang dua pingat emas daripada pertandingan.


Kejayaan itu diperoleh menerusi projek kertas yang dihasilkan daripada sisa buangan tumbuh-tumbuhan yang dikenali sebagai ‘Saccharum Officinarum’ dan kepingan simen daripada sisa tandan sawit.


 Pasukan yang dibimbing oleh Mohd. Fakharudin itu merupakan wakil tunggal negara dalam INEPO yang melibatkan pertandingan sebanyak 122 projek dari 50 buah negara seluruh dunia. 


Semsas mempertaruh projek menghasilkan kertas daripada sisa buangan tanaman yang diwakili Nurul Aina Hayati Mohd. Sharir dan Anis Amsyar Badrol Hisyam manakala projek menghasilkan produk kepingan simen daripada sisa sawit pula dianggotai Nurin Umairah Ahmad Rosli bersama Latifah Izzati Azhari. 

Sementara itu, Pengetua Semsas, Azhari Tauhid dilantik sebagai panel juri mewakili pasukan Malaysia dalam pertandingan tersebut. n PASUKAN Semsas Young Scientist bersama guru mereka meraikan kejayaan meraih emas dalam pertandingan International Environment Project Olympiad (INEPO) edisi ke-21 di Istanbul, Turki, baru-baru ini.



PETIKAN DARIPADA HARIAN METRO PULA:



SEMSAS raih 2 pingat emas di Turki


Pasukan Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS) yang mewakili negara pada International Environmental Project Olympiad (INEPO) di Istanbul, Turki, minggu lalu berjaya membawa pulang dua pingat emas daripada pertandingan.


Kejayaan itu diperoleh menerusi projek kertas yang dihasilkan daripada sisa buangan tumbuh-tumbuhan yang dikenali sebagai ‘Saccharum Officinarum’ dan kepingan simen daripada sisa tandan sawit.

Guru penasihat Mohd Fakharudin Mahmod berkata, empat pelajar tingkatan lima yang menyertai pertandingan itu, Nurin Umirah Ahmad Rosli, Latifah Izzati Azhari, Anis Amsyar Badrol Hisyam dan Nurul Aina Hayati Mohd Shahir.


Menurutnya, kumpulan pelajar terbabit mengambil masa kira-kira dua bulan untuk menghasilkan projek berkenaan yang murah dan menjimatkan selain dapat menjaga alam sekitar apabila bahan utamanya terdiri daripada bahan buangan tumbuh-tumbuhan.

Katanya, kejayaan itu begitu membanggakan bukan saja untuk sekolah tetapi lebih penting imej negara yang cemerlang dalam kalangan 50 negara membabitkan 122 pasukan yang bertanding.

“Kerjasama mantap pelajar dan guru turut menjadi faktor utama kejayaan ini apabila kami mengadakan persiapan secara berpasukan di peringkat awal hingga akhir,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/25



0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .