Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Pelajar UCL Malaysia Maut dalam Kemalangan di Jordan Al Fatihah

Pelajar UCL Malaysia Maut dalam Kemalangan di Jordan Al Fatihah


Cikgukaunseling.com menerima berita sedih ini semalam petang namun hanya pada pagi ini dapat mempublish di blog ini. Saya  juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memanjangkan ucapan takziah kepada ibu-bapa, saudara-mara serta sahabat-sahabat Allahyarhamah di atas kententuan dan dugaan daripada Allah ini. 

Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan dikalangan hamba Allah yang sentiasa disayangi Allah. Marilah kita hadiahkan Al-fatihah ke atas roh Sumaiyah Binti Romli dan semoga mangsa-mangsa kemalangan jalan raya di Jordan yang lain selamat. Amin.

Pelajar University College London Maut dalam Kemalangan di Jordan Al Fatihah


PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia ingin memaklumkan berhubung kemalangan yang melibatkan lima (5) orang pelajar Malaysia di Jordan.

Pada 21 Jun 2013 (Jumaat), antara jam 5.00 - 6.00 petang (waktu Jordan) sebuah kenderaan jenis pacuan 4 roda yang dinaiki oleh lima (5) orang pelajar Malaysia telah terbabas dan terjunam ke dalam gaung di jalan antara Petra dan Aqabah kira-kira 320 KM dari Amman, Jordan.

Pelajar yang terlibat dalam kemalangan tersebut adalah Sumaiyah Binti Romli, pelajar tahun satu dalam bidang astronomi fizik di Universiti Kolej London, tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam, Muhammad Nazirul Mubin Bin Nasruddin pelajar tahun tiga dalam bidang ekonomi dan perbankan islam di Universiti Yarmouk, tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam, Nur Ili Dayana Binti Mazlan @ Masgelan pelajar tahun empat di London School of Economy tajaan Bank Negara Malaysia, Mohamad Shukri Bin Alias pelajar tahun tiga dalam bidang pengajian islam di Universiti Yarmouk dan Humairak Binti Ibrahim pelajar tahun tiga dalam bidang ekonomi dan perbankan islam di Universiti Yarmouk.





Dalam kemalangan tersebut, seorang pelajar iaitu Sumaiyah Binti Romli meninggal dunia manakala empat orang yang lain cedera. Kesemua mangsa kemalangan telah dibawa ke Hospital Queen Rania Abdullah, Petra, Jordan. Pejabat Education Malaysia Jordan dan Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan (JPA) telah memeriksa keadaan semua mangsa dan dalam proses menguruskan jenazah dan mangsa yang terlibat. Keluarga mangsa yang meninggal dunia telahpun dimaklumkan.


SUMBER: Kementerian Pendidikan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT:
Jabatan Pengajian Tinggi,
Kementerian Pendidikan Malaysia

- Bernama




Pelajar UCL Terlibat dalam Kemalangan Maut di Jordan



Jordan, 21 Jun 2013 – Education Malaysia United Kingdom & Eire telah menerima berita sedih kehilangan pelajar Malaysia yang menuntut di University College London (UCL) pada awal pagi ini. Allahyarhamah Sumaiyah bt Romli (gambar) telah terlibat dalam kemalangan maut jalan raya di antara Petra dan Aqabah iaitu kira-kira 320 kilometer dari Amman, Jordan.


Allahyarhamah yang sedang dalam percutian bersama lima orang pelajar Malaysia yang lain terlibat dalam kemalangan berkenaan yang berlaku antara jam 5.00 petang hingga 6.00 petang (waktu Jordan). Kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka telah terbabas dan terjunam ke dalam gaung. Allahyarhamah telah mengalami kecederaan serius pada bahagian kepala dan belakang tengkuk.



Mangsa-mangsa lain yang dilaporkan terlibat ialah Mohamad Shukri bin Alias (University of Yarmouk) dilaporkan cedera parah, Humairak Binti Ibrahim Alias (University of Yarmouk) cedera dan keguguran kandungan, Muhammad Nazirul Mubin Bin Nasruddin (University of Yarmouk) yang juga merupakan pasangan kepada Humairak telah mendapat kecederaan manakala  Nur Ili Dayana bt Mazlan @ Masgelan (London School of Economics) juga mengalami kecederaan. Kesemua mangsa kemalangan telah dibawa ke Hospital Queen Rania Abdullah, Petra, Jordan untuk rawatan lanjut.


Jenazah Allahyarhamah Sumaiyah sedang diuruskan oleh Kedutaan Besar Malaysia Jordan dan Education Malaysia Jordan untuk dibawa pulang ke tanahair untuk disemadikan.


Berikutan dengan tragedi ini, Education Malaysia United Kingdom & Eire ingin menjemput semua pelajar dan komuniti ke majlis bacaan Yassin dan tahlil untuk Allahyarhamah Sumaiyah yang akan diadakan seperti berikut.


Tarikh           : 22 Jun 2013 (Sabtu)
Masa            : 8.30 malam
Tempat       : Dewan Putrajaya, Education Malaysia United Kingdom & Eire, 30-34 Queensborough Terrace, W2 3ST London.


Education Malaysia United Kingdom & Eire juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memanjangkan ucapan takziah kepada ibu-bapa, saudara-mara serta sahabat-sahabat Allahyarhamah di atas kententuan dan dugaan daripada Allah ini. Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan dikalangan hamba Allah yang sentiasa disayangi Allah.
Al-fatihah.




0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .