Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Ayah harap anak belajar di IPTA

Ayah harap anak belajar di IPTA


Entry ini saya petik daripada Sesi Kaunseling Remaja bersama Dr Sapora Sipon. Ia dimuatnaik di sini sebagai kemudahan untuk membuat rujukan dan renungan bersama. Ruangan ini merupakan sesi kaunseling bertulis antara remaja dan Kaunselor Dr Sapora Sipon akhbar Harian Metro, klik sini. 

SAYA remaja 17 tahun dan bakal menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini. Selepas tamat SPM dan mendapat keputusan, saya ingin melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) kerana saya hanya pelajar sederhana dan mungkin keputusan nanti tidak mengizinkan saya ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) .

Saya berasal daripada keluarga sederhana dan tidak mahu berjauhan dengan keluarga. Tetapi ayah mahu saya melanjutkan pelajaran di IPTA atas alasan yuran pembelajaran lebih murah.

Saya tahu skim pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tersedia tetapi tidak tahu adakah ia boleh membantu saya?

Bolehkah saya berada di IPTS kelak dengan pendapatan keluarga tidak seberapa dan keputusan yang mungkin tidak layak untuk ke IPTA? Saya teringin menyambung pelajaran di Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMU) dalam bidang Diploma Seni Kulinari kerana tidak jauh dari rumah.

Gadis,
Ampang

PILIHAN untuk belajar, sama ada di IPTS atau IPTA bergantung pada kelayakan masuk dan kursus dipohon selain minat seseorang. Melanjutkan pelajaran sama ada di IPTS dan IPTA, kedua-duanya memerlukan perbelanjaan.

Bantuan dalam bentuk PTPTN juga disediakan bagi mereka yang layak memohon. Jika bantuan PTPTN yang diterima tidak mencukupi untuk menampung pembiayaan pengajian dan sara hidup, pelajar boleh mencari pilihan lain untuk menampung perbelanjaan sepanjang pengajian.


Dr gembira kerana adik mempunyai minat tinggi untuk melanjutkan pengajian. Ilmu sangat penting dalam kehidupan.

Masalah kewangan tidak sepatutnya menghalang adik untuk meneruskan pengajian. Adik boleh bertanya kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar tempat adik belajar nanti untuk bertanya cara untuk menampung pembiayaan pengajian.

Mengenai rancangan melanjutkan pelajaran, bidang seni kulinari yang ingin diceburi juga adalah bidang yang baik. Berbincang dengan ayah mengenai minat dan peluang pekerjaan yang boleh adik ceburi selepas tamat pengajian kelak.

Cari maklumat tempat lain yang boleh adik mohon bantuan kewangan selain PTPTN. Yakinkan ayah bahawa masalah kewangan tidak wajar dijadikan halangan untuk adik terus belajar dalam bidang diminati. Semoga adik berjaya.


Maklumat tambahan oleh pemilik blog;

Kepada para pelajar yang menghadapi dilema seperti gadis di atas,
anda boleh berjumpa dengan Cikgu Bimbingan dan Kaunseling anda di sekolah
bagi mengetahui peluang melanjutkan pengajian di IPTA atau IPTS.
Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan 
Cikgu Bimbingan dan Kaunseling anda
tentang pinjaman pelajaran, program Destini Anak Bangsa dan 
program kemahiran.
tentang kolej swasta, kelulusan LAN dan pinjaman pelajaran

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .