Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Biasiswa diteruskan

KUALA LUMPUR 6 Julai - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bersetuju menyambung program Biasiswa Yang di-Pertuan Agong khusus untuk penuntut cemerlang melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dan kedoktoran (PhD).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan JPA hari ini, sebanyak 12 tempat ditawarkan iaitu masing-masing enam untuk sarjana dan PhD bagi calon mengikuti pengajian dalam bidang sains dan teknologi, ekonomi serta undang-undang di dalam dan luar negara.

Untuk memohon biasiswa berkenaan, pemohon perlu mengemukakan Borang Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2010 yang boleh dimuat turun menerusi portal www.jpa.gov.my atau http://esila.jpa.gov.my sebelum 30 Julai ini.

Maklumat penawaran boleh diperoleh dengan menghubungi talian hotline 03-88853436/3892 atau berkunjung ke kaunter Bahagian Pembangunan Modal Insan JPA di Putrajaya.
"Sehubungan itu, penerima biasiswa yang telah menamatkan pengajian di luar negara diwajibkan pulang ke tanah air selepas tamat tempoh tajaan," jelas kenyataan itu.

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .