Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Liga Remaja Kreatif 2010



Liga Remaja kreatif

Liga Remaja Kreatif merupakan satu pertandingan kandungan terbitan tempatan terbaik meliputi dua peringkat iaitu Peringkat Negeri dan Peringkat Kebangsaan. Kandungan yang disertakan untuk pertandingan ini adalah dalam bentuk dokumentari, sketsa pendek, iklan atau mesej khidmat awam. 

Tema pada tahun 2010 adalah “Jalur Lebar Untuk 1Malaysia”.

Pertandingan ini adalah terbuka kepada kesemua pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia. Jangka masa (durasi) bagi setiap penyertaan adalah di antara 3 – 7 minit dan pada umumnya bertemakan jalur lebar dengan membawa mesej semangat 1Malaysia.

Objektif bagi pertandingan ini adalah seperti berikut:

1. Memupuk minat dan kreativiti dalam pembangunan kandungan
2. Mendidik remaja tentang asas kemahiran dan produksi dalam penceritaan dan peralatan
3. Mencetus keterujaan dikalangan remaja Malaysia terhadap potensi dan peluang dalam
industri kandungan

Durasi Penyertaan : 3-7 Minit
Tarikh Mula Penyertaan : 1 Jun 2010
Tarikh Tutup Penyertaan : 1 Ogos 2010

Nak tahu hadiahnya? Klik sini.

 Liga Remaja Kreatif dilancar

SIBU 12 Mei - Liga Remaja Kreatif Peringkat Kebangsaan yang dilancarkan hari ini mampu memberi peluang kepada generasi muda mewarnai industri kreatif negara dalam kluster komunikasi dan multimedia.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, ia mampu memupuk minat dan kreativiti dalam pembangunan kandungan, mendidik remaja asas kemahiran dan produksi serta mencetus keterujaan remaja negara dalam potensi dan peluang industri kandungan.

''Liga ini melibatkan semua remaja supaya ilmu mencipta kandungan ini menjadi sesuatu yang penting dan mampu memajukan industri komunikasi dan multimedia pada masa depan.


 


''Dalam program tayangan televisyen, telefon bimbit dan radio misalnya, kandungan yang disiarkan tidak membabitkan kandungan tempatan. Sebab itu pertandingan ini menampilkan pencipta baru yang berwajah tempatan," kata beliau ketika ditemui selepas melancarkan Liga Remaja Kreatif Peringkat Kebangsaan di Dewan Suarah di sini hari ini.

Turut hadir Timbalannya, Datuk Joseph Salang Gandum dan Menteri Muda Perhubungan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin.
Pertandingan tersebut adalah usahasama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Filem Negara dengan sokongan Kementerian Pelajaran.

Tema pertandingan untuk tahun ini adalah Jalur Lebar Untuk 1Malaysia dengan jangka masa setiap penyertaan dalam bentuk dokumentari, cerita pendek atau iklan antara 5 hingga 10 minit dan terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah.

Pertandingan ini dibuka dari 1 Jun 2010 hingga 1 Ogos.

Rais berkata, pembangunan kandungan di negara ini masih bergantung kepada bahan luar seperti drama televisyen, perisian permainan komputer dan filem yang tidak menggambarkan ciri-ciri 1Malaysia.

''Misalnya di Sarawak, mereka ada kebolehan untuk mencipta kerana ada universiti seperti Universiti Curtin dan universiti tempatan yang mampu melakukan bidang penyelidikan terhadap industri komunikasi dan multimedia,'' katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Sumber: Liga Remaja Kreatif, klik sini.

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .