Tips Mudah Mengingat
Alhamdulillah, pada kali ini saya ingin berkongsi tips ringkas, "Tip Mudah Mengingat". Sebenarnya banyak tips untuk mudah kita ingat dalam pelajaran. Namun kali ini, saya kongsikan dahulu secara umumnya.
Tips Mudah Mengingat:
1) Berikan tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
2) Sentiasa konsisten membuat ulangkaji pada matapelajaran yang diambil.
3) Selalu bertanya kepada guru kepada perkara/ topik yang tidak difahami.
4) Hadir dalam program peningkatan akademik yang dianjurkan oleh pihak sekolah seperti Skim Tiusyen Felda (STF) dan Kelas Kecemerlangan.
5) Rajin Berdoa dan rajin solat hajat.
6) Hindari dosa, hati akan bersih. hati yang bersih mudah menerima ilmu.
7) Jika anda belajar secara biasa, maka penampilan/ hasilannya juga adalah biasa. Jika anda belajar secara luar biasa, maka penampilan dan hasilannya juga adalah secara luar biasa. InsyaAllah.
Semoga semua para pelajar SMKJP2 dapat mengambil manfaat dari perkongsian ini dalam memudahkan proses pembelajaran.
Sesungguhnya, jalan menuju kejayaan itu memerlukan pengorbanan. Seringkali airmata menemani perjalanan menuju kejayaan. Namun hapuskanlah airmatamu kerna airmata itu biarlah hanya untuk yang bernilai sahaja. Pasti kamu kan mengerti bahawa nilai pengorbanan itu amat bermakna demi masa depan kamu.
Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .
0 Comments:
Post a Comment