Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

SMK Jengka Pusat 2 Yang Indah Permai

Jom Kenali SMK Jengka Pusat 2 Secara Ringkas
Latar Belakang Sekolah






Sekolah ini terletak di kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka ( LKWJ ) iaitu di Bandar Jengka berhadapan dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang. Sekolah ini dibuka pada 1 Disember 1991 dengan bilangan pelajar Tingkatan Satu seramai 254 orang. Tenaga pengajarnya seramai 12 orang. Keseluruhan para pelajar sekolah ini terdiri daripada anak-anak peneroka Felda Jengka 14, Jengka 15, Jengka 16 dan Jengka 20.


Pengetua pertama sekolah ini ialah Puan Hajjah Asmah Binti Ismail. Sekali bah sekali pantai berubah. Pada tahun 1994, SMKJP2 mendapat pengetua baru iaitu En. Wan Mohamad Nawi Wan Mohamood. Seterusnya pada tahun 1998 SMKJP2 berubah pimpinan, di mana Tn. Hj. Mohd Farid Yaakob dilantik sebagai pengetua yang baru.


Apabila Tn. Hj. Mohd Farid bertukar ke SMK. Sulaiman Bentong, sekali lagi En. Wan Nawi menerajui sekolah ini. Selepas itu beliau diganti oleh Pn . Nishah bt Ismail. Pn. Nishah berkhidmat di sekolah ini sehingga bulan Oktober 2007.


Seterusnya sekolah ini diterajui oleh En. Yahya Awang yang bertukar dari SMK Purun. Bermula Oktober 2007 hingga kini, SMKJP2 berada di bawah pimpinan beliau.


Keluasan sekolah ini 25 ekar merangkumi 3 bangunan pada awalnya iaitu Blok A, B dan C. Pada bulan Jun 1992, sebuah Bengkel Kemahiran Hidup telah siap dibina bersebelahan dengan kantin. Bengkel ini mempunyai tiga buah bilik.


Pada bulan Mac 1993, sebuah astaka juga telah siap dibina dan pada tahun yang sama buat julung kalinya Kejohanan Olahraga MSSD Maran telah diadakan di sekolah ini.


Pada tahun 2002, 4 bangunan tambahan telah diluluskan iaitu sebuah bengkel kemahiran hidup, makmal komputer, dewan dan blok kelas P&P yang a siap pada bulan Ogos 2003. Semua bangunan tambahan ini telah beroperasi pada tahun 2004.


Dari segi akademik, calon Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) buat pertama kalinya menduduki peperiksaan pada tahun 1994 dalam keadaan serba kekurangan.


Pelajar sulung sekolah ini telah memahatkan nama SMK Jengka Pusat 2 antara sekolah yang terbaik di daerah Maran.


Pada hari ini, pelajar SMK Jengka Pusat 2 seramai 577 orang yang terdiri daripada anak-anak peneroka Felda Jengka 11, Jengka 14, Perkampungan Rantau Perintis, Taman Permatang Shahbandar, anak-anak Pegawai dan staf UiTM Pahang serta di sekitar Bandar Jengka yang lain.


Oleh itu, aliran Sains Tulen, Teknologi dan Sastera Kemanusiaan masih kekal sehingga ke hari ini dengan jumlah tenaga guru seramai 50 orang dan staf sokongan seramai 12 orang.


Kredit dan terima kasih kepada; En Mohd Ridzuan Bin Mohamad, Penyelaras Majalah Wahana SMKJP2 di atas sumber di atas.

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .