Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Motivasi diri Hargai Diri Anda


Motivasi diri Hargai Diri Anda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Artikel  ini adalah antara rakaman sesi kaunseling individu saya bersama klien saya, sepanjang 10 tahun saya dalam bidang ini. 

Sesi ini saya rasa tidak mengaibkan klien dan merasakan perlu sebagai panduan bersama. 

Tempat dan nama klien tidak dicatat di sini. Ia dimuatnaik di sini sebagai kemudahan untuk membuat rujukan dan renungan bersama. 

Soalan:


Salam cikgu. Saya selalu merasa rendah diri. Saya merasakan diri saya tidak kacak, tidak pandai dan tidak mempunyai kemampuan untuk Berjaya. Apabila bersama kawan-kawan, saya rasa saya serba kekurangan. 

Padahal saya mempunyai kawan-kawan yang rapat . Kawan-kawan saya juga sedia mendengar masalah saya. Cuma saya sahaja yang sering merasa rendah diri. Keadaan ini membuatkan saya sukar member itumpuan kepada pelajaran. Harap dapat penjelasan cikgu.

Nama dan sumber dirahsiakan.


Jawapan;
Tabiat membandingkan kita dengan orang lain akan meletakkan hidup kita umpama ombak yang dipukul angin. Perasaan kita akan sentiasa tidak stabil. Turun naik silih berganti. Satu masa kita rasa bangga satu ketika lagi kita rasa putus asa. Yakin pada satu tahap dan ragu-ragu pada tahap yang lain.
Andai hendak jua membandingkan diri dengan orang lain, ambillah segala kebaikan yang ada pada dirinya sebagai tauladan. Usah rasa iri dengan kelebihan yang ada pada insane lain. Usah jua merendahkan orang lain.
Syabas kerana anda mempunyai kawan-kawan yang rapat. Hargai persahabatan kalian dengan saling bekerjasama dan bantu membantu dalam hal kebaikan. Seperti perbincangan dalam pelajaran. Jadikan kekuatan yang ada pasa sahabat anda sebagai cerminan peribadi anda.
Hargailah diri anda. Sayangilah diri anda dengan tidak merosakkan diri anda.
Cara yang terbaik untuk membuat perbandingan ialah bandinglah diri anda sekarang dengan potensi diri anda yang sebenar. Lihatlah kepada pencapaian positif yang pernah dicapai, mahupun kegagalan yang pernah anda lalui. Kemudian lihatlah jua situasi anda kini. Berlaku adillah kepada diri anda dan usah paksa diri melakukan sesuatu di luar kemampuan.
Binalah diri anda sendiri, sayangi diri itu dengan membina satu keyakinan bahawa Allah Maha Adil dengan mengurniakan bakat dan kemampuan untuk mencapai kejayaan dalam hidup berbekalkan kelebihan dan kekurangan yang anda miliki. Anda adalah unik, justeru tidak ada sesiapa yang serupa dengan anda dari segi luaran jua dalaman.
Tentunya masakini anda, yang perlu anda corakkan. Maka carilah kekuatan dan kelebihan yang ada pada diri anda, yang mungkin selama ini tidak anda sedari untuk anda serlahkan semaksimum mungkin. Percayalah, anda tidak perlu banyak harta, tinggi kuasa, cantik rupa untuk mendapat keyakinan diri. Sebaliknya , binalah keyakinan kepada Allah, nescaya keyakinan pada diri akan meningkat. Mulakan hari anda dengan ceria dan berfikiran positif, InsyaAllah, keyakinan itu pasti akan hadir.

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .