Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Contoh Nota Minda

Contoh Nota Minda: Selaut Budi Dalam Ingatan

Selaut Budi Dalam Ingatan ini dipetik dari Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 3 Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 2007, mukasurat 23.

Artikel ini berkaitan Allahyarham Dr Shaharom Husain. Beliau seorang mentor, tokoh guru, budayawan, sejarawan serta penggiat seni yang begitu berpengaruh. Allahyarham telah meninggal dunia pada usia 88 tahun akibat sakit tua pada detik sekitar 7.45 pagi di kediaman putera sulung beliau, Dr. Mohammad Hatta Shaharom di Gombak, sumber;Ilham Pak Yob, klik sini.

Saya sendiri tidak pernah menemui allahyarham. Saya pertama kali mengenali karya allahyarham, naskah skrip drama berjudul “Tun Seri Lanang”" semasa di sekolah rendah di perpustakakaan ayah saya. Sejak membelek naskhah itu, saya tertarik pada karya allahyarham yang lain.

Nama Allahyarham Dr. Shaharom Husain tentulah tidak asing dalam sejarah kesusasteraan Melayu moden, khasnya dalam genre drama. Adakah anda mengenalinya?

Bagi mengenali  Allahyarham Dr. Shaharom Husain dengan lebih lanjut, di sini disertakan sedikit biodata allahyarham. Allahyarham telah dilahirkan pada 4 November 1919 di Kampung Peserai, Batu Pahat, Johor. Nama pena allahyarham ialah Dharmaya, Mashor Malaya dan Shabi. Antara kerjaya allahyarham ialah guru dan pensyarah maktab.

Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Peserai di Batu Pahat dari tahun 1928 hingga tahun 1934. Di sana allahyarham belajar dari darjah 1 hingga darjah 4. Kemudian allahyarham melanjutkan pelajaran dalam darjah 5 di Sekolah Melayu Bagan Tinggi, Batu Pahat pada tahun 1935 hingga 1936.

Allahyarham kemudian melanjutkan pengajian ke Maktab Perguruan Sultan Idris dari tahun  1938 hingga 1940. Allahyarham mempelajari Bahasa Jepun semasa Perang Jepun meletus.

Pada tahun 1958, allahyarham menuntut di Maktab Perguruan Bahasa, Bukit Senyum, Johor Bahru. Seterusnya beliau mengikuti kursus Bahasa Inggeris secara pos (Australia).

Allahyarham seorang yang gigih dalam menuntut ilmu. Allahyarham kemudiannya melanjutkan pengajian di Fakultas Sastera Universitas Nasional, Indonesia pada 1963. Allayrham mengikuti kursus prauniversiti secara bertulis (jarak jauh) dalam jurusan Bahasa dan Kesusasteraan Indonesia.

Antara hasil karya Allahyarham Dr. Shaharom Husain dalam kategori novel ialah 10 Julai 1511, Hantu Laut, Korban Sungai Muar, Tun Fatimah, Jiwa Melarat, Seri Nara dan Keris Laksamana Bentan. Bagi kategori drama pula antara karya allahyarham ialah "Lawyer Dahlan", Tun Seri Lanang, Tonggak Kerajaan Johor, Si Bongkok Tanjung Puteri dan Di Atas Pentas.

Karya berbentuk biografi atau autobiografi pula ialah Biografi Perjuangan Politik Dato Onn Jaafar dan Memoir Shaharom Husain.Antara kajian beliau ialah Antara Pengarang-pengarang Melayu dan Karyanya dan Kajian Novel Hantu Laut.

Manakala karya berbentuk umum, beliau telah menghasilkan Meliahat Australia 1, Tawarikh Johor dan Kesan Sejarah tanah Ayer.

Di bawah ini adalah contoh peta minda berkaitan artikel, "Selaut Budi dalam Ingatan".














      " Shaharom Husain berminat mengarang novel sejarah. Minatnya ini sejajar dengan pendirian beliau bahawa masyarakat perlu mengetahui sejarah kegemilangan bangsanya pada masa lampau.


Cara ini akan dapat meningkatkan semangat  cinta  akan negara dikalangan rakyat.  

                                                                                                            Mohd Thani Ahmad,1988.

Saya akhiri entry ini dengan kiriman Alfatihah buat allahyarham Shaharom Husain. semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.


Nota kaki;
  1. Dipetik dan diubahsuai daripada "Selaut Budi dalam Ingatan", muka surat 23, Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 3, DBP, 2007.
  2. Mohd Thani Ahmad. 1988. WAJAH: Biografi Penulis. Kuala Lumpur: Dewan Bahsa Pustaka.
  3. Website Sekolah Kebangsaan Peserai; klik sini.
  4. Blog Ilham Pak Yob; klik sini.

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .