Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Kerjaya; Juru Ukur Bahan

Kerjaya: Juruukur bahan


Oleh Khairina Yasin
kayrina@bharian.com.my
2010/06/03

MOHD ASHRI (kiri) menekankan semangat kerja berkumpulan bagi memastikan kejayaan sesebuah projek pembinaan.
MOHD ASHRI (kiri) menekankan semangat kerja berkumpulan
bagi memastikan kejayaan sesebuah projek pembinaan.

Menuntut semangat kerja berkumpulan, ketelitian

PERKEMBANGAN pesat sektor pembinaan negara menyaksikan lebih banyak peluang kerjaya sebagai arkitek, jurutera atau juru ukur bahan diperlukan industri berkenaan.

Dikategorikan sebagai kerjaya profesional, populariti arkitek atau jurutera dilihat lebih menyerlah berbanding dengan juru ukur bahan yang kurang menonjol biarpun peranannya begitu penting dalam menjayakan sesebuah projek pembinaan. Senario itu diakui juru ukur bahan bertauliah, Sr Mohd Ashri Yusuf yang berpengalaman hampir 20 tahun dalam kerjaya berkenaan.

Kini berjaya menubuhkan syarikat perunding ukur bahan sendiri, May Consult di Gombak, Selangor, Ashri mengakui ramai yang masih kabur dengan peranan dan skop tugas sebagai juru ukur bahan.

Katanya, juru ukur bahan banyak terbabit secara langsung dalam pengurusan kewangan dan kontrak binaan bermula dari awal sehingga peringkat penyelesaian akaun muktamad.

“Selain bertindak sebagai penasihat dalam projek pembinaan khususnya di peringkat perancangan mengenai peruntukan kos, saya juga bertanggungjawab menyediakan kajian bagi menyelidik sama ada sesebuah projek yang dirancangkan itu mampu memberi keuntungan atau sebaliknya.
“Kerjaya ini menuntut semangat kerja berkumpulan apabila perlu bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk perunding reka bentuk bagi memastikan kejayaan sesebuah projek pembinaan,” katanya.

Mohd Ashri menjelaskan, kerjasama dengan perunding reka bentuk penting bagi menentukan setiap elemen bangunan yang dicadangkan berpadanan dengan peruntukan kewangan yang disediakan.

Katanya, skop tugas juru ukur bahan juga dilakukan secara berperingkat, bermula dengan menyediakan kajian kemungkinan, menyiap dan menganalisis dokumen tender.

“Seterusnya memeriksa dokumen kontrak dan insuran, melakukan penilaian dan perubahan kerja, Mempertimbangkan tuntutan kontraktor selain menilai keperluan lanjutan masa sehingga menyelesaikan akaun penamat.

Katanya, kerjaya ini memerlukan ketelitian dan ketepatan dalam pengiraan kos kerana ia membabitkan aspek kewangan.

Justeru katanya, pengetahuan dan kemahiran dalam sains, matematik dan statistik amat diperlukan untuk menjadi juru ukur bahan.

“Sejak kebelakangan ini, wujud permintaan tinggi terhadap juru ukur bahan dan ia dikatakan masih belum mencukupi biarpun beratus graduan dilahirkan universiti tempatan setiap tahun.

“Gambaran ini secara tidak langsung menunjukkan prospek cerah kerjaya sebagai juru ukur bahan,” katanya.

Sama seperti arkitek dan jurutera, pengalaman dan khidmat terbaik juru ukur bahan turut membolehkan mereka memohon status profesional sekali gus membuka peluang menubuhkan firma perundingan sendiri.

INFO: IPTA yang menawarkan program Juru Ukur Bahan




  • Universiti Teknologi Malaysia





  • Universiti Teknologi Mara





  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia





  • Universiti Malaya



  • 1 Comments:

    Anonymous said...

    assalammualaikum,

    saya mrpkn pelajar lpsn matrik aliran sains. Saya berminat untk mengambil degree dlm ukur bahan tetapi saya tidak mempunyai apa-apa basic dlm bidang ini memndangkn saya tidak mengambil diploma. Apakah perkara yg patot saya tahu dlm bdg ini dan bagaimanakah cara belajar dlm bdg ini?

    Disclaimer

    (c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .