Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Pengalaman Pesakit Kanser darah

Pengalaman Pesakit Kanser darah


Assalamu'alaikum w.b.t  & Selamat Sejahtera kepada pelayar teratak blog  ini.

Apa khabar kawan-kawan ? Semoga hari yang ceria ini memberi cahaya baru untuk kehidupan kita,insyaAllah.

Entry ini, 'Rasa kepala macam mahu tercabut',  dilaporkan oleh wartawan Kosmo, SITI NOR AFZAN KASIMAN, myraudhatulukhuwah petik dari Kosmo, 27/2/ 2011.

Kisah ini saya muatnaik di blog ini, kerana ada pelajar-pelajar saya yang menghidap kanser tetapi meminta dirahsiakan. Sebagai kaunselor pelajar, klien selesa berkongsi rahsia dengan saya termasuk penyakit klien. Mungkin kerana klien melihat secara fizikal saya yang berkerusi roda ketika ini (2011). Namun bagi saya, konsep teraputik dalam sesi kaunseling itulah yang menarik klien untuk lebih dekat dengan saya. Artikel ini sebagai panduan saya dalam memahami tahap dan pengalaman kesakitan klien saya.


About This Blog, klik sini.

Myraudhatulukhuwah bukan seorang doktor atau ahli perubatan. Jika pelayar mempunyai pertanyaan kesihatan, saya tidak dapat membantu. Bagaimanapun perkongsian pengalaman tuan puan di komentor  sangat dihargai.

Kita ikuti pengalaman seorang gadis yang cekal dan bersemangat waja ini, Noorliameera Johar, kini berusia 20 tahun. Gadis kelahiran Labis,  Segamat, Johor, melalui liku-liku kehidupan sebagai pesakit kanser darah sewaktu usianya 14 tahun. Myraudhatulukhuwah tertarik dengan impian gadis ini,

"Melihat kesusahan yang terpaksa dilalui keluarganya, Lia tekad untuk terus sihat dan maju dalam pelajarannya.

“Saya tidak mahu jadikan kekurangan ini sebagai halangan untuk saya berjaya dan membalas pengorbanan ayah dan ibu,” azamnya yang ingin menjadi seorang kaunselor satu hari nanti."

Semoga Lia berjaya mencapai cita-citanya sebagai kaunselor, kerana, seorang kaunselor yang pernah melalui pengalaman mengalami pelbagai rencah kehidupan terutamanya dalam aspek masalah kesihatan, biasanya akan lebih memahami jiwa pesakit selain faktor motivasi yang ditampilkan oleh kaunselor itu sendiri dengan sendirinya akan membangkitkan  motivasi kliennya.

Semoga dengan pengalaman yang dilalui oleh Lia dapat membantu insan-insan lain yang mengalami masalah kesihatan seperti kanser dan lain-lain menjalani kehidupan dengan positif.

Sekian, terima kasih.
Kesihatan: Pengalaman Pesakit Kanser Darah

DISAHKAN menghidap leukemia tahap kritikal pada usia 14 tahun dianggap takdir yang paling memilukan buat Noorliameera Johar.

Lantaran penyakit kanser darah yang biasa menjangkiti kanak-kanak itu, kehidupan anak kelahiran Labis, Segamat, Johor ini berubah sama sekali.

Dia yang kini berumur 20 tahun masih dapat merasai kesakitan menjalani pelbagai prosedur rawatan apabila mengingati semula fasa sukar dalam hidupnya itu.

“Ia bermula apabila saya sering sakit di bahagian kiri kepala manakala hidung saya sering berdarah terutama jika berada lama di tempat panas.

“Ayah hanya membawa ke klinik biasa, namun apabila saya kerap sakit, doktor menasihatkan ayah membawa saya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana ada kemungkinan saya menghidap ketumbuhan otak.

“Tidak mahu berlengah, ayah membawa saya menjalani pemeriksaan di sebuah hospital pakar di Batu Pahat. Pakar yang memeriksa mengatakan saya menghidap penyakit hati dan perlu dibedah segera.

“Namun, atas nasihat seorang pakar tulang yang pernah merawat saya, Datuk Dr. Zahir Hussein Kamari, saya enggan dibedah sebaliknya pergi ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk diperiksa dengan lebih lanjut di sana.

readmore...



Jarum besar

“Pada 25 April 2005, saya jalani pemeriksaan darah di HSA. Selepas lima hari, saya diberitahu hasil daripada ujian tersebut menunjukkan saya menghidap leukemia jenis limfoblastik akut (LLA) iaitu leukemia yang dicirikan oleh limfoblas berlebihan.

“Ketika itu, tahap leukemia saya di tahap kritikal dan doktor menjangkakan saya mampu hidup di antara tiga hingga enam bulan sahaja,” katanya.

Lantaran itu, impiannya untuk kembali ke sekolah terpaksa ditangguhkan. Sebaliknya, HSA menjadi rumah kedua bagi mereka tiga beranak.

Setiap hari, selain berehat, bermacam-macam ujian dan pemeriksaan yang perlu dijalani.

Kesakitan yang ditanggung semasa penyedutan tisu sum-sum tulang (BMA), kemoterapi dan radioterapi pernah melenyapkan semangat Lia.

Bersyukur kerana memiliki keluarga yang sangat memahami keadaan dirinya, anak bongsu dari tiga adik-beradik perempuan ini mengaku mereka adalah sumber kekuatannya.

Mana tidaknya, sudahlah seluruh tubuhnya sakit, rawatan yang diberikan juga sangat menyakitkan. Menurut Lia, untuk proses penyedutan tisu tulang sum-sum, jarum yang besar dan panjang digunakan.

“Sakitnya memang tidak tertanggung. Walaupun dibius, saya boleh rasa jarum mencucuk tulang belakang dan menyedut sum-sum tulang.

Muntah hijau

“Kesan daripada itu, hampir dua minggu saya tidak mampu berdiri. Saya hanya mampu berbaring, itu pun secara mengiring di atas katil.

“Prosedur ini saya jalani dua kali sebulan manakala sebulan sekali saya menjalani rawatan kemoterapi di HSA,” katanya.

Waktu itu, katanya, badannya sentiasa rasa panas dan kepalanya sangat sakit.

“Sakitnya sampai saya rasa kepala saya mahu tercabut. Setiap kali jalani rawatan, saya akan menangis sampai tak keluar suara.

“Di samping menjalani rawatan kemoterapi, saya juga menjalani rawatan radioterapi di Hospital Pantai di Jasin, Melaka, memandangkan HSA belum memiliki mesin tersebut,” kata penuntut semester empat dalam bidang Pengurusan Pejabat di Kolej Unikop, Kuala Lumpur ini.

Beberapa kali menjalani rutin rawatan yang sama, tubuh Lia mula menerima kesan sampingan. Badannya terasa panas, cepat letih dan lembik.

Dia juga hilang selera makan sehingga berat badannya turun mendadak daripada 43 kilogram (kg) kepada 20 kg saja. Ada masanya tekak saya membengkak hingga menyebabkan leher membesar melebihi dagu.

“Walaupun tidak mampu menjamah makanan, saya kerap muntahkan cairan hijau yang rasanya sangat pahit.

“Bayangkan kalau saya terpaksa menjalani prosedur yang sama untuk tempoh dua tahun,” katanya yang kini masih mendapatkan rawatan susulan enam bulan sekali di HSA.

Pernah putus asa dan lebih rela mati daripada terus hidup, semangat dan sokongan daripada keluarganya mengembalikan kekuatan untuk dia terus hidup.

“Mereka juga percaya saya mampu melalui semua rawatan ini.

“Lama-kelamaan, timbul kesedaran dalam diri saya. Mengapa saya perlu menyerah kalah sedangkan ayah dan ibu telah berkorban segala-galanya demi memastikan saya mendapat rawatan terbaik.

“Sejak itu, saya kuatkan semangat untuk melawan penyakit ini dan sangat berharap untuk kembali sihat seperti manusia lain,” ujarnya yang menolak untuk menjalani rawatan pemindahan sum-sum tulang kerana tidak mahu kakaknya mendapat risiko sakit seperti dirinya.

Bercerita mengenai penyakit leukemia yang Lia hadapi sama seperti menceritakan putaran roda kehidupan keluarganya.

Bukan sahaja leukemia, Lia juga tergolong sebagai orang kelainan upaya (OKU) selepas tiga jarinya terpaksa dipotong akibat tersepit dalam mesin tebu.

“Semasa berumur lapan tahun, saya menolong ayah yang berniaga air tebu. Secara tidak sengaja, saya tergelincir dan berpaut pada mesin tebu tersebut.

Mesin tebu

“Tanpa saya sedari, jari telunjuk, hantu dan manis tersepit dan turut dimesin. Akibatnya, tulang ketiga-tiga jari itu hancur dan perlu dipotong untuk mengelak daripada terus membusuk.

“Selepas saya mendapat leukemia, ayah berhenti berniaga dan sama-sama menjaga saya di hospital bersama ibu.

“Pengorbanan ayah bukan setakat itu. Memandangkan kos rawatan leukemia yang sangat tinggi, ayah sanggup jual tanah dan kebun.

“Sekarang ayah menyara kami sekeluarga dengan mengambil upah sebagai buruh kasar manakala ibu pula tidak bekerja,” katanya yang pernah mengemukakan permohonan untuk meminta bantuan daripada pelbagai pihak termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) namun tidak pernah dilayan.

Melihat kesusahan yang terpaksa dilalui keluarganya, Lia tekad untuk terus sihat dan maju dalam pelajarannya.

“Saya tidak mahu jadikan kekurangan ini sebagai halangan untuk saya berjaya dan membalas pengorbanan ayah dan ibu,” azamnya yang ingin menjadi seorang kaunselor satu hari nanti.

6 Comments:

mohd suharudin said...

kepada pesakit, saya nak mengesyorkan pergi ke klinik seperti di alamat di bawah.

No. 51, JALAN PUTRA 1/3
BANDAR PUTRA
85000 SEGAMAT
JOHOR
TEL: 016-7090145
Ketua Panel Petugas:
Prof. Dr(H) Abu Naim Kassan

atau layari laman web di bawah:
http://www.homeoutama.blogspot.com/

alia said...

assalamualaikum..
sabar adalah sparuh drpd iman..hanya kesabarn sahaje yg dapt membntu kita tatkala ujian yang maha Esa datng..kesbaran lah yng membawa saya utk trus hidup di muka bumi ini..saya bukan pnghidap pnyakit kanser drh..tapi allahyarhamah ibu saya..swaktu saya di khabarkan tentang pnyakit yng di hidapi umi,sya terasa betapa gelapnya dunia nie..saya bertanya kpd diri sndiri,knape saya yng dipilih untuk mnjalani ujian ini...tapi..lantas sya tringatkan bahawa tuhan xkan mguji hambanya mlebihi dr kmampuannya...sesungguhnya,hanya Dia yng maha mngetahui...berbekal kan smngat yng diberi ahli kluarga dan rakn2,sya mneruskan hidup..pilu hti sya stiap kali mlihat wajah umi yng mnahan kesakitan yang dideritai nya...di saat itu,saya berasa seperti mahu mnggntikan tmpatnya...tapi,saya xmampu brbuat demikian...pnderitaan umi xlame..pd 17/9/2008,umi mningglkan saya, abah, dan adik saya buat selamanya...kini, saya berada di slh sbuah kolej kejururawatan di kuala lumpur..sya mnyambung pngajian di dalm bidang kejururawatan...sememang nya itu lah y dihajati oleh arwah umi...insyallah,saya akan mencuba shabis baik untuk mlaksanakan amanat arwah untuk sya mnjadi seorang jururawat...pada sesiapa yng mnghidap pnyakit ini atau mmpunyai ahli keluarga yng mnghidapnya,sabarlah...Allah itu sntiasa bersama dgn orang yang sabar...dan apa yang ditentukan Nya adalah yang terbaik untuk kita...wallahualam....assalamualaikum...

abu naim said...

Assalamualaikum, dalam bulan Ramadan yg mulia ini saya terjumpa laman ini lantaran ada nama saya dalam komen di atas. Ada kesilapan tentang no hp yang dicatatkan. Ini ialah no hp saya 010-7087030. Insya-Allah saya akan berusaha membantu sesiapa jua yang memerlukan bantuan. Singgahlah ke laman FB saya: abunaim21 atau FB: klinik homeopathy utama. Wassalam...

Puan Ummi said...

assalamualaikum mohd suharudin
teirma kasih

Puan Ummi said...

waalaikumussalam Alia, tahniah adik dah berjaya diterima belajar dlm bdg kejururawatan, akak harap adik dpt jadi jururawat yg berjaya di dunia akhirat. pernah beberapa jururawat membantu akak mengambil wudhuk, membersihkan tubuh akak untuk akak solat, besar bantuan mereka pada akak.

terima aksih atas perkongsian pengalaman alia dan nasihat alia.

Puan Ummi said...

waalaikumussalam Prof. Dr(H) Abu Naim Kassan. terima kasih kerana sudi ke blog biasa2 saya ini.

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .