By Puan Ummi Friday, June 07, 2013
ADTEC, Halatuju, ILJTM, ILKA, kaunseling kerjaya, Kerjaya Kejuruteraan, Kerjaya Kemahiran dan Teknikal, selepas SPM, TEVT
Permohonan Ke ADTEC Shah Alam Julai 2013
Program Diploma Teknologi Elektronik, Teknologi Mekatronik, Teknologi
Penyejukbekuan & Penyamanan Udara,
Teknologi Kimpalan, Teknologi
Pengeluaran Automotif
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Artikel ini telah disiarkan pada 24/4/2013 dan akan menjadi entry utama sehingga 7 Jun 2013.
Pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur di antara
17-35 tahun untuk mengikuti latihan peringkat Pra Diploma dan Diploma di
Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam. ADTEC Shah Alam ialah salah satu rangkaian TEVT Dan ILKA dalam Permohonan UPU yang lepas.
Permohonan Program Diploma (Teknologi Elektronik, Teknologi Mekatronik, Teknologi
Penyejukbekuan & Penyamanan Udara, Teknologi Kimpalan, Teknologi
Pengeluaran Automotif) Sesi Julai 2013 ADTEC Shah Alam
Senarai ADTEC dan Alamat ADTEC
ADTEC SHAH ALAM
|
|
PLOT
59, LORONG PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK 15, TAMAN PERINDUSTRIAN BUKIT
MINYAK, SIMPANG AMPAT, SEBERANG PERAI TENGAH, 14100 PULAU PINANG,
MALAYSIA.
Tel : 04 - 5087800
Faks : 04 - 5087809
|
By Puan Ummi Monday, September 24, 2012
ADTEC, Halatuju, ILJTM, ILKA, ILP, Institusi Kemahiran, IPT, kaunseling kerjaya, kerjaya, Kerjaya Kemahiran dan Teknikal, selepas SPM
Permohonan Ke ILP, ADTEC, JMTI -
ILJTM Januari 2013
PANDUAN AM KEMASUKAN KE ILJTM (ILP, ADTEC, JMTI)
Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) ditubuhkan
bertujuan menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran
pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara.
ILJTM terdiri daripada dua puluh dua (22) buah Institut Latihan
Perindustrian (ILP), enam (5) buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi
(ADTEC) dan sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI).
Pengambilan Pelajar
Pengambilan ke ILJTM dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada
bulan Januari dan bulan Julai. Permohonan yang diterima selepas tarikh
tutup permohonan pada sesi yang berkenaan akan diproses untuk kemasukan
sesi yang akan datang.
Permohonan ke ILJTM dibuka secara dalam talian (
online) melalui:
a)
Laman web JTM www.jtm.gov.my/online bagi permohonan kemasukan Sesi Januari (tiada No Unik ID diperlukan)
b)
Laman web UPU http://upu.mohe.gov.my bagi permohonan kemasukan Sesi Julai (pembelian No Unik ID diperlukan)
Pilihan Institut & Kursus Di ILJTM
Setiap pemohon bebas memilih institusi latihan, namun JTM
adalah berhak untuk menentukan institusi latihan dan kursus yang akan
ditawarkan jika pemohon tidak layak/ tidak memenuhi syarat kelayakan
yang telah ditetapkan atau tiada kekosongan tempat .
Pemohon hanya
boleh memohon sekali sahaja bagi satu-satu sesi. Pemilihan kursus
hendaklah mengikut kelayakan yang telah ditetapkan.
Bayaran
Yuran pengajian adalah
percuma bagi semua kursus di peringkat
Sijil
dan
pinjaman daripada
Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK)
disediakan bagi pelajar program pengajian
Diploma & Diploma
Lanjutan (bagi yang layak).
Lain-lain bayaran akan dikenakan semasa hari pendaftaran
(Anggaran bayaran pendaftaran adalah antara RM400-RM700 tertakluk
kepada institut).
Elaun sara hidup RM100 sebulan dan RM300 sebulan semasa latihan industri (bagi program peringkat Sijil sahaja).
Bagi pelajar
Orang Kurang Upaya (OKU), elaun sara diri RM300 sebulan dan yuran pengajian percuma.
Syarat Kemasukan Am ILJTM
A. Syarat Kemasukan Am Program Lepasan SPM:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 17 hingga 35 tahun;
- Syarat khas kursus sila rujuk Panduan Syarat Kemasukan Kursus Lepasan SPM;
- Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata
/tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau
cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi
pembelajaran.
B. Syarat Kemasukan Am Program Lepasan SKM /ST:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 17 hingga 35 tahun;
- Syarat khas kursus sila rujuk Panduan Syarat Kemasukan Kursus Lepasan SKM & ST;
- Lulus dalam sesi temuduga yang dijalankan.
- Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata
/tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau
cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi
pembelajaran.
KOMPOSISI LATIHAN
MAKLUMAT PENTING:
|
1.
|
Petak bertanda (*) wajib diisi untuk membolehkan permohonan dihantar.
|
|
2.
|
Anda mempunyai tiga (3) kali sahaja peluang mengemaskini maklumat permohonan.
|
|
3.
|
Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses untuk kemasukan ke ILJTM.
|
Sila baca maklumat di bawah sebelum anda membuat
permohonan (Pastikan anda mempunyai perisian Adobe Acrobat Reader untuk
membuka fail dibawah
Panduan Am Kemasukan, klik di sini.
Panduan Syarat Kemasukan Ke ILP, ADTEC Bagi Lepasan SPM, klik di sini
Panduan Syarat Kemasukan Ke Lepasan SKM, ST, klik di sini
MAKLUMAT AM ILJTM
Pengambilan Pelajar Baru JMTI Sesi Januari 2013
Permohonan ke Insititut Teknikal Jepun Malaysia
JMTI Januari 2013
Insititut Teknikal Jepun Malaysia JMTI
JMTI telah ditubuhkan dengan kerjasama teknikal antara Kerajaan
Malaysia dengan Kerajaan Jepun.
Objektif penubuhannya adalah untuk
melahirkan tenaga kerja yang berketerampilan dan berpengetahuan dengan
menyediakan latihan kemahiran di peringkat tinggi dalam bidang
teknologi termaju sejajar dengan keperluan teknologi semasa dalam
sektor perindustrian. Institut ini menawarkan program latihan di
peringkat Diploma Teknologi Kejuruteraan dan Diploma Lanjutan Teknologi
Kejuruteraan.
PROGRAM PENGAJIAN DI JMTI
(a) Diploma Teknologi Kejuruteraan
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekatronik
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Komputer
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektronik
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan
(b) Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan
- Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Mekatronik
- Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Komputer
- Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Elektronik
- Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Pembuatan
Bagi pengambilan Januari 2013, berikut penerangannya:
Kursus yang ditawarkan:
J01 Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekatronik
J02 Diploma Teknologi Kejuruteraan Komputer
J03 Diploma Teknologi Kejurteraan Elektronik
J04 Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan
Syarat kemasukan ialah SPM dengan 5 kredit :
BM, BI, Math/Math Tambahan, Sains/Fizik dan satu Matapelajaran Teknikal lain.
Umur : 17 hingga 35 tahun
Kursus yang ditawarkan:
J01A Sijil Asas Teknologi Kejuruteraan Mekatronik
J02A Sijil Asas Teknologi Kejuruteraan Komputer
J03A Sijil Asas Teknologi Kejurteraan Elektronik
J04A Sijil Asas Teknologi Kejuruteraan Pembuatan
Syarat
kemasukan ialah Peperiksaan Percubaan SPM Tahun 2012 dengan 5 kredit :
BM, BI, Math/Math Tambahan, Sains/Fizik dan satu Matapelajaran Teknikal
lain.
Umur : 18 Tahun
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .