Permohonan Skim Biasiswa Sukan (SBS) 2014
Borang Permohonan SKIM BIASISWA SUKAN KPM 2014
MNRB Holding Berhad ambil SMK Slim River, Perak
sebagai sekolah angkat
Ringan beban sekolah
Syarikat pelaburan, MNRB Holding Berhad menerusi Lestari Cemerlang
mengambil SMK Slim River, Perak sebagai sekolah angkat sebagai
sebahagian komitmen khidmat sosialnya.
Menerusi program yang dijalankan sejak 2011 itu, MNRB memberi
sokongan padu terhadap pelaksanaan pelbagai program berbentuk akademik
termasuk Hari Anugerah Cemerlang, baru-baru ini bertujuan memberi
pengiktirafan kepada pelajar cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.
Bajet 2013 12 tawaran bakal berkuat kuasa esok
12 tawaran bakal berkuat kuasa esok
Kuala Lumpur: Mulai esok, rakyat akan menikmati 12 tawaran yang
dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menerusi Bajet 2013 pada September 2012 lalu.
Semua tawaran itu tercatat pada Fokus Keempat iaitu Konsolidasi
Fiskal dan Mempercekap Penyampaian Perkhidmatan Awam serta
Mensejahterakan Rakyat yang disenaraikan menerusi Fokus Kelima.
Tiga tawaran menerusi Fokus Keempat membabitkan warga tua dan
kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah yang diberi diskaun 50 peratus caj
bayaran pemprosesan pasport yang mana kadar bayaran bagi tempoh lima
tahun dikurangkan kepada RM150 dan RM80 untuk dua tahun.
Pelajar Naik Bas Sekolah Dilindungi Insurans
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sesi persekolahan 2013 akan bermula Rabu ini. Bagaimana persiapan pelajar? Bagi ibu bapa pasti pelbagai persediaan telah dilakukan mengikut kemampuan masing-masing.
Bagi pelajar yang menggunakan bas sekolah sebagai kenderaan ke sekolah, anda bakal dilindungin insurans.
Kira-kira 1.5 juta pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara
yang menggunakan bas sekolah berpermit akan menikmati faedah
perlindungan insurans selewat-lewatnya akhir Januari depan.
Skim perlindungan insurans kemalangan diri, hilang upaya kekal dan
kematian dengan had RM100,000 adalah seperti diumumkan Perdana Menteri,
Datuk Seri
Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2013 September lalu.
Sebagai
ibu bapa, perkara yang menjadi keutamaan adalah soal keselamatan.
Memang benar, kemalangan boleh berlaku dimana sahaja. Namun, ada
kemalangan yang boleh dielakkan seperti faktor kecuaian manusia. Oleh itu, Skim perlindungan insurans untuk pelajar yang naik bas sekolah sebagai satu langkah yang baik.
Bagaimanapun, sebagai hamba Allah, kita digalakkan memohon doa, termasuk doa naik kenderaan. Berikut ialah doa naik kenderaan:
Maha suci Tuhan yang memudahkan kenderaan ini bagi kami, sedangkan kami
tiba dengan mudah dengannya, dan kepada Allah kami kembali.
Boleh rujuk Adab Naik Kenderaan klik di sini.
Bukan
itu sahaja, cara pemanduan bas sekolah juga tidak boleh dipandang
ringan. Pemandu bas sekolah perlu memastikan semua pelajar sudah duduk
di dalam bas sebelum meneruskan pemanduan.
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .