BANJIR JANUARI 2015: KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MENGENAI PENUNDAAN
SESI PERSEKOLAHAN 2015 BAGI SEKOLAH-SEKOLAH TERLIBAT BANJIR (9 Januari
2015)
09 January 2015
KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENUNDAAN SESI PERSEKOLAHAN 2015
BAGI SEKOLAH-SEKOLAH TERLIBAT BANJIR
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa sehingga
pada 9 Januari 2015, terdapat sekolah-sekolah di negeri Perak, Pahang
dan Kelantan yang masih terlibat dengan banjir. Sekolah-sekolah
berkenaan ada yang dinaiki atau ditenggelami air, digunakan sebagai
Pusat Pemindahan Sementara atau mengalami kerosakan teruk termasuk
keadaan berlumpur dan kotor serta masih tidak selamat untuk dijadikan
tempat belajar bagi murid-murid.
PENUNDAAN SESI PERSEKOLAHAN 2015