Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label Sejarah Pahang. Show all posts
Showing posts with label Sejarah Pahang. Show all posts

El Dorado Of the East Sg Lembing Kuantan

Sungai Lembing Kuantan Pahang El Dorado Of the East


Gerai dan pejabat kaunter tiket masuk ke Muzium Sungai Lembing.
 Cantik hiasannya...



Pemandangan dari atas pertengahan puncak bukit di mana terletaknya 
Muzium Sungai Lembing.




Muzium Sungai Lembing dilihat dari bawah taman permainan..


Gambar diambil dari Muzium Sungai Lembing. 
Pahang Darul Makmur mempunyai banyak tempat-tempat yang menarik.



  • Muzium Sungai Lembing
  • Muzium Sungai Lembing
Muzium perlombongan ini dikendalikan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti bertujuan untuk menyebarkan maklumat serta mempamerkan khazanah-khazanah sejarah yang terdapat di sungai lembing dan di Negeri Pahang secara am nya. Kunjungan para pelawat ke sini pastinya akan disajikan dengan pengetahuan yang menarik berkenaan dengan lombong bijih timah bawah tanah yang pernah suatu ketika dulu diiktiraf sebagai antara lombong bijih timah yang terbesar dan terdalam di dunia.


  • Muzium Sungai Lembing
  • Address: 
    Sungai Lembing Museum, Sungai Lembing, 26200 Pahang.
    Tel: 
    09-541 2378
    Fax: 
    09-541 2377
    Email: 
    pr.msl@jmm.gov.my

Sejarah Sungai Lembing


Sungai Lembing mendapat namanya daripada sebatang anak sungai yang dikatakan mengalir dengan deras. seperti lembing masuk ke dalam Sungai Kenau. Anak sungai ini terdapat di sekitar Taipitong tetapi ianya hanyalah alur yang sangat kecil.

 Nama Sungai Lembing mengikut cerita orang tua-tua pula dipercayai berasal dari perkataan lembing iaitu sejenis senjata yang sering digunakan dalam pemburuan. Senjata tersebut dipercayai digunakan oleh orang asli di kawasan hutan yang dikatakan telah melontar sebatang lembing kepada seekor kijang. Dalam usaha menyelamatkan diri, kijang tersebut telah terjun ke dalam sungai dan hilang bersama-sama lembing yang tercacak dibadannya.

 Pada awal kurun ke-18, sekumpulan pelombong bijih timah telah tiba di kawasan ini. Ketika mendulang, mereka telah menemui sebatang lembing yang dipercayai kepunyaan pemburu di zaman dahulu.

 Semenjak itu, kawasan tersebut dinamakan Sungai Lembing. Namun demikian tiada bukti kukuh yang menyokong kesahihan cerita itu.


Lawatan sambil belajar
Lawatan sambil belajar sememangnya sangat menyeronokkan. Ia boleh mempertingkatkan pembelajaran dalam banyak perkara. Ia juga membuatkan satu pengalaman baru di luar bilik darjah. Lawatan ke Sungai Lembing akan menyediakan sebuah pengalaman yang sangat mengujakan kepada pelajar.
Tujuan lawatan sambil belajar  dapat memberikan peluang kepada pelajar untuk mengenali Lombong Sungai Lembing yang sudah berkurun lamanya. Dan juga memberi peluang kepada pelajar untuk menghayati keunikan dan keindahan Lombong Sungai Lembing dengan lebih dekat. Sungai lembing juga memberikan pendedahan tentang tempat-tempat menarik yang terdapat di negeri Pahang.

 Batu Besi?
Batu Besi ialah satu batuan endap di mana salah satu deposit berlaku secara terus kerana berlakunya penggantian kimia. Dan Batu Besi adalah sebijih logam yang banyak terdapat di muka bumi. Galian-galian besi juga mengandungi ironstones sebuah oksida. Juga mengandungi limonit,karbonat, siderit, silika, kamosit dan beberapa gabungan mineral yang lain. Bagi mineral bijih besi seperti magnetit adalah merupakan mineral dengan kandungan Fe yang paling tinggi, Manakala hematit pula merupakan mineral bijih utama yang diperlukan dalam industri besi. Kedua dua bijih besi ini sangat penting di dalam sesebuah industri besi.

Perpindahan Terminal Bas Express Kuantan Ke Terminal Sentral Kuantan

 Perpindahan Terminal Bas Express Kuantan Ke Terminal Sentral Kuantan 

Rapid Kuantan Opens New Route Serving Terminal Sentral Kuantan



 Situasi di dalam Bangunan Terminal Sentral Kuantan.



Di Bandar Kuantan mempunyai pelbagai IPTA dan IPTS. Contohnya UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA UIAM, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG UMP, KOLEJ MATRIKULASI PAHANG GAMBANG, KOLEJ KOMUNITI, POLITEKNIK POLISAS, KOLEJ PROFESIONAL MARA, KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA, KOLEJ PSDC, KOLEJ IKIP dan terdapat juga IPT di Pekan seperti I-CAM, UMP Pekan, IKM Pekan dan lan-lain. Belum lagi sekolah-sekolah berasrama penuh seperti MRSM, SEMSAS, SBPI dan Kolej Vokasional KPM. Oleh itu, pelajar-pelajar yang belajar di sekolah-sekolah ini, IPTA dan IPTS datang dari seluruh pelosok negara. Sebagai pelajar dan mahasiswa sudah tentulah Perkhidmatan Bas Ekspres sangat diperlukan. Tambahan pula Hari Raya Aidil fitri semakin hampir.

Perpindahan Terminal Sementara ke Terminal Sentral Kuantan (TSK) telah bermula pada 01 Ogos 2013 (Khamis). Terminal bas express di Kuantan  berpindah ke Jalan 'bypass' bertentangan dengan Kompleks Mahkamah mulai 01-08-2013. Semua perkhidmatan bas ekspres akan beroperasi di Terminal Sentral Kuantan (TSK) mulai tarikh tersebut.

Terminal Sentral Kuantan (TSK) di Bandar Indera Mahkota dengan keluasan 2,070 kaki persegi memulakan operasinya pada1 Ogos 2013. Terminal ini menyediakan 400 petak letak kereta, 170 motosikal dan 40 untuk teksi, selain ruang tempat menunggu bas berhawa dingin untuk orang ramai. Terminal dua tingkat yang mula dibina pada Jun 2011 itu menyediakan 48 kaunter bas dan akan menggantikan Terminal Makmur.

 Kenyataan Media: Rapid Kuantan Buka Laluan Baru Berkhidmat Terminal Sentral Kuantan

INDAHNYA TAMAN NEGARA PAHANG SUNGAI RELAU KAYA KHAZANAH

INDAHNYA TAMAN NEGARA PAHANG SUNGAI RELAU  KAYA KHAZANAH



  
Visitors playing with kelah, an endangered species,
 at a sanctuary set up in Sungai Relau, Merapoh. 

Sanctuary ikan kelah di Kuala Juram adalah destinasi pilihan bagi pengemar ikan kelah. selain mandi manda anda juga boleh bermain & berenang bersama spesis ikan ini di sekeliling anda..satu pengalaman yang pasti sukar diperolehi di lokasi lain..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Melihat ikan kelah berenang di air jernih di Sungai Relau, Pahang, mengingatkan saya pada pengalaman masa kecil saya di sebuah penempatan yang mana saya mudah sahaja melihat ikan berenang, ada udang-udang kecil dan ketam batu bermain-main di air jernih sungai kecil di situ. Sangat  banyak dengan di pinggir sungai ada pokok periuk kera. Namun setelah 15 tahun berlalu,  sekarang pemandangan itu sudah tiada lagi  di situ. Ini kerana pesatnya pembangunan di kawasan itu turut mencemarkan air sungai di kawasan itu lalu udang dan ikan pun saya dah tak nampak lagi di situ selain airnya sudah kotor. Semoga keindagan alam dan kekayaan khazanah negara kita walau di mana ia berada akan dipelihara oleh masyarakat setempat dan pihak berkaitan.

T aman Negara SUNGAI RELAU, MERAPOH...Sungai Relau terletak diselatan Taman Negara Pahang. Ia merupakan salah satu jalan masuk ke Taman Negara bahagian selatan Kuala Tahan .Sementara pintu masuk yang berhampiran ialah Kuala Koh Di Kelantan dan Tanjong Mentong di Terengganu.

Sungai Relau terletak 7 KM dari Bandar kecil Merapoh. ia juga terletak dipertengahan laluan Kuala Lumpur ke Kota Bahru, Kelantan. Di antara bandar berhampiran ialah Gua Musang (30 KM) dan Kuala Lipis (100KM).  Selain itu pengunjung juga boleh ke Taman Negara Pahang Sungai Relau dengan menggunakan perkhidmatan keretapi dari Kuala Lumpur – Gemas – Tumpat. Taman Negara ini mula dibuka semenjak ogos 1993.




Taman Negara Sungai Relau merupakan laluan utama bagi pendakian Gunung Tahan. Terdapat 2 alternatif pendakian iaitu Sungai Relau-Gunung Tahan-Sungai Relau ( 4 hari ) dan Sungai Relau-Gunung Tahan-Kuala Tahan ( 1 minggu )..pendaki akan menempuhi pelbagai jenis lapisan hutan semula jadi yang kaya dengan flora dan fauna sebelum sampai ke puncak. aktiviti ini sesuai bagi mereka yang meminati cabaran!!!! ia merupakan pintu masuk utama ke GUNUNG TAHAN dan turut menyediakan pelbagai aktiviti MENARIK..CABARAN..dan KEINDAHAN ALAM CIPTAAN ALLAH YANG SANGAT BEHARGA

SEDIKIT FAKTA

Ramsar Tasik Bera adalah khazanah negara

Ramsar Tasik Bera adalah khazanah negara

'Ramsar adalah khazanah negara'




TEMERLOH 24 Julai - Pencerobohan di kawasan tanah lembap atau Ramsar di Tasik Bera bukan sahaja menjejaskan ekosistem dan biodiversiti di kawasan tersebut tetapi turut menjejaskan sektor pelancongan negeri ini.


Fosil Cengkerang berusia 260 juta tahun ditemui di Kuala Lipis

Fosil Cengkerang berusia 260 juta tahun ditemui di Kuala Lipis

ANTARA fosil cengkerang spesies Brakiopoda yang ditemui pada singkapan batuan tapak projek jalan raya berdekatan Sungai Yu, Merapoh

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pahang sangat kaya dengan sejarah termasuk sejarah arkeologi. Contohnya di Tasik Chini. Anda boleh baca berkaitan Sejarah Tasik Chini, klik di sini. 

Fosil Cengkerang berusia 260 juta tahun ditemui di Merapoh

KUALA LIPIS 16 Jun - Seorang Ahli Paleontologi dari Institut Geologi Malaysia (IGM) menemui fosil cengkerang berusia 260 juta tahun di Sungai Yu, berdekatan Merapoh di sini.

Hasil kajian ke atas fosil itu mendapati ia lebih tua berbanding fosil yang ditemui di Taman Emas, bandar Kuala Lipis pada 2011 lalu yang berusia 230 juta tahun.

Ahli Paleontologi itu, Ahmad Rosli Othman berkata, daerah ini mempunyai banyak kawasan yang mengandungi fosil atau tinggalan hidupan purba dari zaman prasejarah.

"Fosil cengkerang ditemui pada satu singkapan batuan di sepanjang projek menaik taraf jalan raya Merapoh ke Kuala Lipis yang sedang dalam pembinaan berdekatan Sungai Yu. 


Sejarah Pahlawan Dato' Bahaman di Pahang

Sejarah Pahlawan Dato' Bahaman di Pahang


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan, Blog ini cuba memaparkan sejarah tokoh awal tanahair berdasarkan dari silibus Mata Pelajaran Sejarah. Misalnya, Dato’ Bahaman Pahlawan Pahang.

Kepada para pelajar yang bakal menduduki Peperiksaan PMR, Topik di Tingkatan 2 juga adalah salah satu topik yang perlu diambil berat.

Pada entry ini akan memaparkan nota ringkas berbentuk NOTA MINDA oleh
cikgukaunseling.com berdasarkan sub topik 7.7 dalam bab 7, Sejarah Tingkatan 2. (Bab 7.7 Dato’ Bahaman Pahlawan Pahang (Buku Teks m/s: 179-181)

Adalah dinasihatkan bahawa anda harus menyemak jawapan dengan merujuk kepada buku teks sebagai panduan.

Dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 2:

BAB 7 – PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN BANGSA.

-British campur tangan di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah telah menggugat sistem politik, ekonomi dan sosial penduduk tempatan

-perubahan dalam sistem pentadbiran menyebabkan sultan kehilangan kedaulatan dan pembesar hilang kuasa. Info lanjut sila
klik di sini.

Dalam muka surat 179 hingga 181 ada dicatatkan berkaitan Tokoh Pahlawan Pahang ini. 













Berikut adalah sebahagian petikan dari teks tersebut:

(i) Latar belakang
-nama sebenarnya Abdul Rahman bin Imam Noh
-dianugerahi gelaran Orang Kaya Dato’ Setia Perkasa Pahlawan
Semantan

-diberikan anugerah kerana kegagahan dan keberanian beliau dalam perang saudara di Pahang dan Perang Klang di Selangor

Untuk maklumat penuh dan dowload artikel, klik di sini 

Artikel di bawah pula adalah berdasarkan sumber di website dan blog, berdasarkan kepercayaan saya kepada penulis blog berkenaan. Tentang keabsahannya, penulis blog tidaklah mengetahui. Namun ia tetap dimuatnaik di sini sebagai pengetahuan am. 

Sebagai generasi pewaris pasca-merdeka, memang kita tidak pernah merasai keperitan hidup dalam penjajahan dan seksaan.  Sejarah mengajar kita erti kedewasaan, kematangan dalam bertindak, belajar dari kesilapan dan  mengisi erti nikmat kemerdekaan ini dengan sebaik-baiknya, jika kepada Muslim, untuk kebaikan dunia dan akhirat.

Sejarah tidak akan berulang. Tetapi retorik sejarah, sering berulang. Sejak dari pelbagai Tamadun Bangsa di dunia. Oleh itu, kita harus menghayati sejarah demi masa depan gemilang.

Usah kita sia-siakan pengorbanan para pahlawan yang rela berkorban apa sahaja. Mereka, datuk nenek moyang kita. Telah banyak darah yang tumpah, harta yang dilabur dan peluh yang lelas mereka, sejak zaman kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka pada 1511 dahulu. 

Al fatihah kita hadiahkan untuk Pahlawan Dato' Bahaman, Mat Kilau, Mat Lela, Tok Janggut, Tok Jelai, Tok Ku Paluh dan semua pahlawan Pahang  dan Malaysia yang beragama Islam, samada nama mereka tercatat dalam sejarah atau tidak.


Gambar Dato' Bahaman

Gambar di atas dipetik daripada blogger  akuanakpahang, di sini. Gambar ini dikatakan gambar Datuk Setia Jaya Semantan Tok Bahaman. Kesahihan gambar ini adakah wajah sebenar beliau tidak dapat dipastikan. Namun menurut sumbernya mengatakan gambar ini adalah wajah Dato' Bahaman. Wa'allahhualam.

BIODATA

SEJARAH KESULTANAN PAHANG DARI DINASTI BENDAHARA

SEJARAH KESULTANAN PAHANG DARI DINASTI BENDAHARA


 Bendahara Wan Ahmad Ibni Bendahara Wan Ali

Pemerintahan Bendahara di Negeri Pahang bermula dengan keturunan Bendahara Tun Habib Abdul Majid dan berakhir apabila Bendahara Tun (Wan) Ahmad ibni Almarhum Bendahara Wan Ali diisytihar sebagai Sultan.

Keturunan Bendahara berjaya menjadi Sultan akhirnya adalah akibat daripada pepecahan semasa pemerintahan Bendahara Ali, di mana kerajaan Johor-Pahang mulai berpecah antara Orang Besar Melayu dan Orang Besar Bugis serta kewujudan kuasa Inggeris-Belanda di Kepulauan Melayu. 

Justeru kerana itu, Bendahara Ali menguatkan kedudukannya di Pahang sebagai pemerintah pada tahun 1819 dan Temenggong pula berkuasa di Johor.


Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah ibni Almarhum Bendahara Wan Ali

Bendahara Tun (Wan) Ali yang menggantikan ayahandanya Marhum Koris dalam tahun 1806, telah mangkat dalam tahun 1857 di Kampung Lamir, Pahang Tua. Puteranya Tun Ahmad bersemayam di Pulau Maulana. Tidak berapa lama selepas itu berlakulah perbalahan antara Tun Ahmad dengan Tun Mutakhir, kekandanya. Perang itu dikenali sebagai 'Perang Saudara'. 

Tun Ahmad akhirnya berjaya menewaskan kekandanya apabila hulubalang-hulubalangnya di bawah pimpinan Panglima Kakap Bahaman telah menewaskan kubu Tun Mutakhir. Tun Ahmad diisytihar sebagai Bendahara dan berpindah dari Pulau Maulana ke Kuala Sungai Parit yang kini dikenali dengan nama Kampung Padang Polo. 

BACA SELANJUTNYA ARTIKEL INI...

Tasik Chini, Bukti Penemuan Arkeologi

Tasik Chini, Bukti Penemuan Arkeologi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tasik Chini, antara mitos dan lagenda. Yang pastinya, bukti arkeologi telah ditemui oleh sekumpulan penyelidik dari UKM. Antara kertas kerja pihak UKM  yang pernah dibentangkan ialah Tasik Chini dalam Konteks Arkeologi Bawah Air di Malaysia, sila rujuk http://gedung.nahrim.gov.my/wapi/mctweb.dll/getObject?MID=LAKES%20INVENTORY&ObjID=260

Sebagai salah seorang bekas mahasiswa jurusan Sejarah, saya  pernah mengikuti kursus asas Arkeologi Bawah Air  di bawah seliaan Pensyarah Sejarah UPSI ketika itu, Encik Rozeman Bin Abu Hassan dan Encik Ahmad Zainudin (2001), sebenarnya negara kita masih kekurangan tenaga pakar dalam bidang arkelogi ini. Baiklah teruskan kepada artikel yang pernah tersiar di Utusan Malaysia pada 2007 di bawah ini.

Teruskan usaha kesan tasik purba

 Tasik Chini, Pahang. Gambar kredit kepada Duni Suhazli, klik sini

PADA Mei 1998, sekumpulan pakar daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menemui satu struktur ganjil dan sebuah batu hampar di dasar Tasik Chini yang kemudiannya menimbulkan debat bahawa mungkin wujud sebuah kota purba yang sudah terbenam di dasar tasik itu.

Selain itu, tembikar dan batu bata buatan tangan juga ditemui di sekitar tasik itu yang memperkuatkan lagi teori berkenaan.

Perkara tersebut mendapat perhatian daripada pelbagai pihak untuk seketika dan menarik minat pakar-pakar asing ke tasik berkenaan yang turut mengesahkan kemungkinan wujudnya sebuah kota purba yang mempunyai kaitan langsung dengan ketamadunan Khmer di Cambodia.

Namun, kekangan dari aspek teknologi dan kewangan dalam usaha pengkajian ke atas penemuan batu hampar dan struktur misteri berkenaan menyebabkan usaha mendokumetasi dan mengetengahkan penemuan berakhir sekadar pada fasa satu kajian.

Bandar Jengka Di Pahang

Bandar Jengka Di Pahang




Bandar Jengka atau dahulunya dikenali sebagai Bandar Pusat Jengka merupakan sebuah bandar utama di Pahang, Malaysia.

Wilayah Jengka merupakan penempatan FELDA terbesar di Malaysia yang terletak di negeri Pahang Darul Makmur, satu daripada projek kerajaan Malaysia ke atas penduduk Malaysia.. Wilayah Jengka juga dikenali sebagai Segitiga Jengka kerana kedudukannya meliputi tiga daerah iaitu Temerloh, Jerantut dan Maran.

Bandar Pusat Jengka menjadi pusat kepada Segitiga Jengka atau dikenali sebagai Felda Jengka. Segitiga Jengka ialah sebuah gugusan terbesar FELDA di Malaysia, satu daripada projek kerajaan Malaysia ke atas penduduk Malaysia.


Bandar Jengka adalah satu inspirasi bekas Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Allahyarham  Tun Abdul Razak untuk menwujudkan satu bandar 100 peratus orang melayu.Kini, Bandar Jengka telah diubah nama kepada Bandar Tun Razak Jengka, Pahang.

Sejarah pembentukan FELDA Segitiga Jengka

Sejarah Jengka

Jengka dibuka secara rasmi pada 1967. Nama Jengka diambil daripada nama sebatang sungai iaitu Sungai Jengka.

Sungai ini pula mendapat nama daripada satu kisah seorang wanita bernama Yang Jangka yang mati lemas di sungai ini. Dalam tempoh tiga dekad (1967-1997), Jengka ditadbir oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ). Setelah LKWJ dibubarkan pada 1997, Pentadbiran Jengka telah diserahkan kepada Majlis Daerah Maran (MDM) hingga ke hari ini.

Jengka ditubuhkan melalaui satu projek iaitu Segitiga Jengka oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Nama Segitiga Jengka digunakan dengan mengambilkira lokasi Jengka yang terletak diantara tiga daerah iaitu Temerloh, Maran dan Jerantut.

Wilayah Jengka terdiri daripada 25 buah rancangan FELDA yang menjadi pengeluar sawit dan getah. Terdapat 25 buah Jengka yang ditandai dengan nombor 1 hingga 25, di samping nombor yang diberikan berdasarkan kawasan yang lebih awal dibuka, Jengka-jengka tersebut juga diberikan nama mengikut nama bunga.

Pemilihan nama bunga juga adalah mengikut abjad bagi mengenal pasti kawasan yang lebih awal dibuka. Hal ini bermakna Jengka yang pertama dibuka ialah Jengka 1 manakala Jengka yang terakhir dibuka ialah Jengka 25.

Dalam kawasan Jengka juga terdapat tanah rancangan Felda yang tidak menggunakan nama Jengka, kerana ianya di tubuhkan lebih dahulu dari Jengka itu sendiri. Antaranya ialah Felda Kampong Awah 1963, Felda Ulu Jempol pada 1965, Felda Sungai Nerek pada 1967.

Setiap kawasan penempatan Jengka mengandungi antara 300 hingga 600 buah keluarga. Sebagaimana di tanah rancangan FELDA lain, penduduk Jengka juga disebut sebagai 'peneroka felda' manakala isteri mereka di panggil 'Penerokawati ' dan ditadbir oleh seorang pengurus yang dilantik oleh pihak pegurusan FELDA.



Senarai FELDA di Jengka
  1. FELDA Anggerik Jengka 1
  2. FELDA Cempaka Jengka 2
  3. FELDA Dahlia Jengka 3
  4. FELDA Kemboja Jengka 4
  5. FELDA Kekwa Jengka 5
  6. FELDA Keembong Jengka 6
  7. FELDA Kenanga Jengka 7
  8. FELDA Kesidang Jengka 8
  9. FELDA Kesumba Jengka 9
  10. FELDA Mawar Jengka 10
  11. FELDA Melati Jengka 11
  12. FELDA Melor Jengka 12
  13. FELDA Puteri Malu Jengka 13
  14. FELDA Raya Jengka 14
  15. FELDA Semarak Jengka 15
  16. FELDA Sena Jengka 16
  17. FELDA Seri Pagi Jengka 17
  18. FELDA Seroja Jengka 18
  19. FELDA Siantan Jengka 19
  20. FELDA Tanjung Jengka 20
  21. FELDA Teratai Jengka 21
  22. FELDA Terkis Jengka 22
  23. FELDA Tonkin Jengka 23
  24. FELDA Jengka 24
  25. FELDA Jengka 25

FELDA Yang Tidak Menggunakan Nama Jengka
  1. FELDA Ulu Jempol
  2. FELDA Kampung Awah
  3. FELDA Sungai Tekam
  4. FELDA Sungai Nerek

Politik


Senarai ADUN Jengka
  1. Sariah Kamiso (BN) 1974-1982
  2. Datuk Zainal Hassan (BN) 1982-1999
  3. Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Pas) 1999-2004
  4. Abdul Rahman Ibrahim (BN) 2004-2008
  5. Wan Salman Wan Ismail (BN) 2008-sekarang

Pendidikan
  • Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang - Kampus Bandar Jengka
  • Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang,- Cawangan Jengka
  • Kolej Sentral
  • Sekolah Kebangsaan Jengka Pusat
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat
  • Maahad Tahfiz Sultan Haji Ahmad Shah
  • Sekolah Kebangsaan Jengka Pusat 2
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat 2
  • Sekolah Menengah Teknik Jengka
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Jaya
  • Sekolah Kebangsaan Desa Jaya

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .