By Puan Ummi Sunday, June 30, 2013
Bina Bahagia, cinta remaja, Dunia Gadis, Isu Gender, kaunseling individu, Lelaki, Motivasi, Pengalaman Cikgu Kaunseling, pengurusan cinta, renungan, wanita
WAHAI ANAK MUDA CANTIK ITU PENTING KAN TAPI
Cantik itu penting tetapi tidak usah terlalu dipentingkan. Ada orang
hingga tidak sanggup keluar dari rumah kerana merasakan dirinya tidak
cantik. Bagi wanita kecantikan adalah syarat hidup sempurna, sebenarnya
bagi lelaki wanita cantik bukan syarat kebahagiaan.
Lelaki yang mudah terpegun dengan kecantikan selalunya tidak setia.
Apabila pasangannya mula kelihatan hodoh, dia mudah terkalih perasaan.
Tika itu dia mungkin merasakan cintanya telah tawar dan hanya manis
kembali tatkala melihat wanita-wanita cantik di sekelilingnya.
Tidak usah perangkap lelaki dengan kecantikan anda yang palsu. Ramai
wanita menghiasi wajahnya terlalu hingga memangsakan ramai lelaki tetapi
kemudian ditinggalkan setelah wajah sebenar terserlah. Sudah tentu anda
tidak mampu bersolek tebal 24 jam. Tapi itulah yang anda lakukan
tatkala di alam percintaan. Tiba-tiba suami anda terkejut melihat anda
tidaklah secantik sewaktu di alam percintaan dahulu. Tanpa mekap wajah
anda biasa saja.
By Cikgu Ma Friday, May 17, 2013
keibubapaan, Kekeluargaan, keluarga, Kesihatan, kesihatan wanita, Lelaki, Pendidikan Kesihatan, suami isteri, wanita
Jangka hayat wanita Malaysia kini 79 tahun - Kajian Ahli Akademik UiTM
Kajian akademik terbaharu mendapati purata jangka
hayat wanita Malaysia kini meningkat kepada 79 tahun berbanding 77
tahun yang dilaporkan dua tahun lalu manakala jangka hayat lelaki pula
kekal di paras 77 tahun.
Dekan Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof.
Datuk Dr. Khalid Yusof berkata, jangka hayat lelaki yang lebih pendek
berpunca daripada kegagalan mereka mengamalkan cara hidup lebih sihat
dan mudah terdedah kepada risiko pelbagai jenis penyakit.
By Puan Ummi Monday, May 13, 2013
Bina Bahagia, catatan pemilik blog, catatanku, cinta, kaunseling individu, keibubapaan, Lelaki, Motivasi, Pengalaman Cikgu Kaunseling, pengurusan cinta, suami isteri, Usah Sedih, wanita
Wanita dan lelaki saling melengkapi
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Ketika ini, musim cuti sekolah telah pun berlalu dan bakal tiba tidak lama lagi. Antara perkara yang sinonim dengan cuti sekolah ialah majlis kenduri perkahwinan. Acapkali juga menerima kad jemputan kahwin yang tertulis dengan pelbagai madah..
Sebuah karya
yang sesuai untuk semua.. bagi yang bujang,boleh mengambil Iktibar..
bagi yang belum dan bakal berkeluarga, boleh belajar, bagi yang
berkeluarga, perlu belajar.
Untuk suami.. renungkanlah...Untuk suami.. renungkanlah...
...Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia.Isteri yang kamu
nikahi tidaklah semulia Khadijah tidaklah setaqwa Aisyah pun tidak
setabah Fatimah Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya
Cita-cita menjadi solehah... Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita
kewajiban bersama. Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya
Isteri ladang
tanaman kamu pemagarnya Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya Isteri
adalah murid kamu mursyidnya Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat
bermanjanya Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika
isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yg
bengkok berhatilah meluruskannya..
Pernikahan atau
perkawinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.Untuk belajar
meniti sabar dan redha Allah swt. kerana memiliki isteri yang tak
sehebat mana. Justeru kamu akan tersentak dari alpa Kamu bukanlah
Rasulullah saw?......
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin.
Untuk isteri renungkanlah...
Pernikahan atau
perkahwinan membuka tabir rahsia Suami yang menikahi kamu tidaklah
semulia Muhammad saw?.. Tidaklah setaqwa Ibrahim Pun tidak setabah Ayyub
atau pun Segagah Musa.. apalagi setampan Yusuf.
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang Punya Cita cita membangun keturunan yang soleh...
Pernikahan atau
perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama Suami menjadi pelindung kamu
penghuninya Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya Suami bagaikan
pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya. Saat suami
menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya Seketika suami menjadi
bisa kamulah penawar ubatnya Seandainya suami bengis lagi lancang
sabarlah memperingatkannya..
Pernikahan
ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk
belajar meniti sabar dan redha Allah swt. Kerana memiliki suami yang tak
segagah mana.
Justeru kamu akan
tersentak dari alpa. Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di
dalam menjaga, Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara.
Cuma wanita akhir
zaman yang berusaha menjadi solehah.. amin... Justeru itu wahai para
suami dan isteri. Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri
jelas tidak berupaya.
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah.
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha.
Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman.
DAN
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar.
Jenis-jenis lelaki yang perlu diketahui oleh wanita
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Artikel yang ada pada entry ini Mungkin kenyataan ini benar, mungkin tidak.
Setiap individu itu punyai karekter berbeza. Selain itu, definisi bahagia atau tidak, bergantung kepada setiap pasangan suami isteri itu (dalam konteks hubungan percintaan suami isteri).
Lihat artikel Dr Sapora Sipon dalam memberikan definisi bahagia dalam Perkahwinan, Apa Maksud Perkahwinan Bahagia, klik sini
Dicintai dan Menyintai adalah fitrah manusia. Dan cinta teragung ialah cinta kepada Allah dan RasulNya.
Jom lihat.....
1) Lelaki Bersemangat
Personaliti lelaki bersemangat ini dikenali menerusi penampilan fizikal mereka. Mereka mempunyai semangat tinggi dalam hidup yang akan menyebabkan mereka kelihatan seperti kepenatan.
Mereka juga antara golongan yang lebih suka memendam rahsianya seorang diri dan dari segi kewangan, tidaklah begitu mewah. Mereka agak sederhana.
Biarpun mereka ini sering keletihan tetapi sebenarnya mereka ini seorang yang sangat bersemangat dalam hidup. Mereka sanggup bekerja keras demi kepentingan keluarga. Biasanya, dengan lelaki jenis ini, wanita boleh mengharapkan lelaki seperti ini sebagai dahan tempat berpaut.
2) Lelaki anti perempuan
Perhatikan corak mereka berbelanja, memang boros. Mereka juga kadangkala gemar mengumpul sesuatu benda sebagai koleksi. Mereka juga tidak sukakan kanak-kanak dan tak begitu rapat dengan keluarga
sendiri.
Sebenarnya mereka ini bukanlah anti perempuan sangat tapi jenis lelaki yang lebih suka mempergunakan wanita untuk kepentingan mereka. Sebelum memiliki seseorang wanita, mereka sanggup melakukan apa cara sekalipun tapi bila dah dapat, semuanya tak kena! Tapi sikap ini akan berubah bila di satu ketika dia akan mendapati dirinya terpikat dengan seorang wanita tapi sudah pastinya perempuan itu seorang yang menurut kehendaknya!
3) Lelaki takut komitmen
Bagaimana mengenali mereka:
Dia sememangnya seorang lelaki yang sangat pandai bergaya dan sentiasa berpakaian kemas. Tiap apa yang dipakainya cukup sesuai dengan majlis dan suasana. Pendek kata, mereka memang trendy dari segi pemakaian dan imej diri. Selain itu, telefonnya juga asyik berdering dan pemanggilnya sudah tentu terdiri dari-pada gadis-gadis.
Sekiranya dia mempamerkan antara sikap begitu, dia dikatakan
seorang yang tak boleh dipercayai sangat apa yang diucapkan pada kamu. Mungkin hari ini dia melafazkan kata suka padamu tapi beberapa minggu kemudian, dia seolah-olah tak mengenali kamu selama ini! Dalam erti kata yang sebenarnya, dia masih belum bersedia untuk menjalinkan komitmen dengan mana-mana gadis buat masa itu.
Selain itu, Lelaki yang selalu sangat hantar sms tak kira masa. Jangan terpedaya dengan laki sebegini. Pada mulanya anda akan rasa dialah tempat anda mengadu segala masalah. Dia selalu ada.
Tapi hakikatnya, dia akan mengeluarkan kata-kata manis bila dia benar-benar memerlukan anda dan anda pula sekadar tempat menghiburkan hati dia. Tapi, bila anda benar-benar perlukan dia, langsung dia tidak balas sms anda tu.
4) Lelaki tradisi
Corak berpakaian mereka selalunya sederhana saja, taklah terlalu kuno atau up to date sangat. Tapi mereka agak suka memerintah orang lain menuruti kehendak mereka. Selain itu, dia sangat bijak mengatur soal kewangannya dan sukakan perempuan yang mampu membuatkan jiwanya tenang.
Bermakna dia ini mampu menjadi suami yang baik nanti. Bagi
dirinya, keluarga adalah segala-gala dalam hidupnya. Mereka impikan sebuah keluarga yang bahagia dan itu juga bermakna dia tak takutkan komitmen.
5)Lelaki korporat
Selalunya mereka ini agak pendiam dan suka berfikir secara logik dan rasional. Bagi dirinya kerjaya adalah perkara yang paling penting dalam hidup. Dia juga pentingkan kesempurnaan termasuk dalam memilih pasangan hidup. Jika ditanya, mungkin mereka akan mengatakan bahawa mereka tak merancang untuk membina keluarga dalam masa yang terdekat itu.
Ternyata mereka ini lebih pentingkan kerjaya dan kejayaan dalam hidup. Sebab itulah dia akan memilih wanita yang pandai berdikari sebagai pasangan. Biarpun romantis tapi kamu tetap akan jadi yang kedua dalam hidup selepas kerjaya.
6)Lelaki playboy
Selalunya mereka ini seorang yang berpenampilan menarik dan up to date. Biarpun kadangkala mereka tu taklah begitu kacak sangat dari segi paras rupa, tapi penampilan mereka buat mereka cukup menawan. Kalau bercakap, memang romantis sekali.
Mereka selalunya memiliki kereta berjenama terkenal dan tinggal di kawasan mewah. Jarang sekali mereka bercakap tentang keluarga mereka.
Mungkin mereka ini belum terfikir untuk kehidupan berkeluarga.
Hanya mementingkan keseronokan hidup saja dan mustahil jika mereka inginkan sesuatu yang teramat berharga daripada perempuan!
Mungkin kerana penampilan diri mereka yang menarik hati, membuatkan mereka sering menjadi perhatian. Jadi, berhati-hatilah! Ada yang berjaya mengikis sikap itu bila usia makin menginjak dewasa tapi usah terperanjat kerana ada yang masih kekal dengan perangai playboy itu biarpun usia dah veteran!
Lelaki yang suka mengajak anda keluar seolah-olah teman tapi mesra.
Awas, dia Cuma ajak anda keluar sbb dia takda kawan , tapi anda pula yg terperasan lebih. Jangan buang masa, OK?
Lelaki yang sudah ada kekasih hati, tapi tetap mahukan anda. walaupun mungkin anda telah menutup aurat, tapi anda tetap diburunya. Aduhai, ini lah spesis yang sangat bahaya yang perlu anda jauhi!
7) Lelaki Yang Tak Boleh Diharap
Lelaki jenis ini suka bersikap ego dan mementingkan diri sendiri berbeza dengan lelaki korporat yang berfikiran rasional.Lelaki jenis ini selalu memerintah dan memeras ugut sesiapa saja dan boleh dilihat di kawasan parking kereta dan tempat di mana kutu rayau selalu berada.
Ciri-ciri lelaki jenis yang tidak boleh diharap ini, antara lain seperti Lelaki yang sangat naif, mementingkan diri semata-mata. Kita sudah berterus-terang tentangg sesuatu perkara atau masalah, tapi sebaliknya dia tidak peduli pun. Yang menambah sakit hati di hati kita apabila lelaki ini berkata yang kita ini suka memiikirkan perkara yang bukan-bukan. Dengan kata lain, perkara yang kita fikirkan itu remeh-temah sahaja.
Pernah kah anda menemui lelaki yang tidak tahu kehendak diri?
Lelaki sebegini selalunya hendak membuat keputusan pun susah. Contoh, lelaki ini tidak tahu cara hendak memaklumkan kepada ibunya bahawa dia sedang berkomitmen dengan seorang gadis. Alasannya, mak dia ni 'lain dari yang lain'.
Ops atau itu cuma alasan untuk dia, atau itukah 'clue' bahawa dia tidak menjalinkan hubungan dengan anda secara serius lalu mencari alasan mudah?
Lelaki yang suka mengganggu anda walaupun diberitahu anda sibuk, dia nak mengganggu juga. Biasakan jumpa lelaki jenis ini? Kalau tahap gangguan begitu bahaya, cepat-cepatlah anda tamatkan zaman dara.
Lelaki yang sering mengutuk lelaki lain dengan harapan anda tak akan mendekati lelaki yang dikutuknya itu. Padahal, dia ni seorang yg cemburu dan sentiasa mengawasi anda
Jika anda menemui lelaki jenis tidak boleh diharap ini, ia memang tidak sesuai untuk dijadikan suami kerana perangainya memang tidak bertanggungjawab. Contohnya, asyik meminta wang semasa orang ramai parking kereta atau motor. Lagi pun wang yang diperolehi digunakan untuk membeli najis dadah dan sebagainya. Mungkin anda juga boleh dijual atau dijadikan bola sepak.
8) Lelaki yang tiada ciri-ciri kepimpinan.
Sila hantar dia pegi Kursus Kepimpinan jika perlu, atau menghadiri program motivasi diri oleh motivator atau kaunselor bertauliah. sebenarnya, kepimpinan ini bermula dari rumah. Budaya yang dibentuk dalam sesebuah keluarga akan membentuk peribadi seorang lelaki atau wanita itu.
Sesetengah orang menyatakan, kepimpinan itu adalah tradisi seseorang itu. Tetapi, sebenarnya, kepimpinan itu boleh dipupuk walaupun seseorang itu sudah dewasa. Kerana, kepimpinan juga adalah sebahagian ilmu dalam kehidupan kita, kan. Inshaallah ia boleh dipelajari dan diperbaiki. Yang penting kemahuan dan azam untuk berubah,kan?
Baiklah setakat ini dulu cataan ini. Harap teman-teman bloggers tidak berkecil hati dengan artikel yang saya siarkan ini.
Sekian, terima kasih
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .