Contoh Kerja Kurus Geografi Soalan Ekonomi : Borang Soal Selidik Tugasan Geografi PT3 2015
Calon PT3 tahun 2015 dikehendaki melaksanakan jenis tugasan iaitu kajian
lapangan tentang pekerjaan penduduk dalam pelbagai kegiatan ekonomi di
sekitar tempat tinggal atau sekolah calon.
Bagi anak-anak SMK Lepar Hilir, Cikgu Mohd Fairus telah memberi penerangan kerja kursus Geografi ini. Sebagaimana yang kita ketahui, anda tinggal di kawasan FELDA dengan tanaman kelapa sawit. Suatu keistimewaan anda ialah anda tinggal berhampiran dengan pelbagai institusi dan pusat pelancongan. Jaringan komuniti ini sebenarnya sangat berkait rapat dengan kajian anak-anak.
Antaranya, Felda Lepar Hilir berhampiran dengan Gambang Resort Water Park, Universiti Malaysia Pahang Cawangan Gambang, Kolej Komuniti Paya Besar, Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan (International Islamic University Malaysia) dan Kolej Matrikulasi Pahang Gambang.
Calon dikehendaki menjalankan kajian lapangan tentang pekerjaan penduduk
dalam pelbagai kegiatan ekonomi di sekitar tempat tinggal / sekolah
calon. Semua borang soal selidik geografi PT3 2015 yang telah pun
dijawab oleh responden anda antara 10 hingga 20 orang wajib disertakan
bersama-sama dengan tugasan Geografi PT3 2015 kali ini.
Perkara-perkara yang perlu diambil kira dalam melaksanakan tugasan ini antaranya ialah:
- Boleh melaksanakan kajian secara berkumpulan namun hasil kerja mestilah dibuat secara individu
- Digalakkan menyertakan foto/ gambar/ rajah/ grafik yang relevan untuk menjelaskan lagi hasil kajian
- Digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi untuk mencari dan mengumpul fakta
- Menulis sumber rujukan dengan betul
Berikut 3 contoh Soal Selidik kesemuanya :
Contoh Kerja Kursus Geografi PT3 Pencemaran Alam
Tugasan melibatkan mata pelajaran Geografi bagi pentaksiran tingkatan
3 adalah wajib dilaksanakan oleh semua calon terbabit mulai tahun 2014.
Sebagaimana yang telah diberitahu kepada pelajar, tugasan PT3
Geografi perlu diselesaikan calon dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Berikut adalah panduan lengkap dan tips untuk menjayakan tugasan Geografi PT3. Bagaimanapun tajuk terkini kerja Kursus Geografi akan cuba saya update segera,
PT3 Jadual Kerja Kursus Geografi 2015 :
Kegiatan Ekonomi
PT3 Jadual Kerja Kursus Geografi 2015 : Kegiatan Ekonomi
Sebaik pelajar PT3 selesai mendengar taklimat ynag disampaikan oleh Encik Mohd Fairus, Guru S/U Peperiksaan Tingkatan 3 di Dewan Bestari, terdapat bebera orang pelajar 3 Maju melangkah masuk ke bilik saya. Wajah masing-masing nampak agak keliru dan bimbang. Sebagai guru, saya cuba membantu pelajar bertenang. InshaAllah anak-anak pelajar boleh menyelesaikan tugasan ini dengan baik.
Pastinya
bermula semalam lagi hingga 3 Julai 2015 adalah tempoh paling sibuk
bagi pelajar Tingkatan 3 bagi menyiapkan Kerja Kursus Geografi PT3 2015
kali ini.
Bagi memudahan lagi
kerja-kerja menyiapkan Kerja Kursus Geografi Kegiatan Ekonomi PT3 kali
ini, blog http://cgkaunseling.blogspot.com/ telah cuba untuk membantu anda untuk berkongsi contoh jadual
kerja Geografi PT3 yang merupakan salah satu elemen yang perlu anda
sediakan dalam Kerja Kursus Geografi PT3.
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .