Showing posts with label
Pelajar Malaysia di Luar Negara.
Show all posts
Showing posts with label
Pelajar Malaysia di Luar Negara.
Show all posts
ACU (Australian Catholic University)
Scholarships Master of Public Health
ACU (Australian Catholic University) Scholarships
Master of Public Health (MPH)
ACU - 10x $4000 scholarships available
- Master of Public Health (MPH)
Australian Catholic University (ACU) has seven campuses around Australia. We empower students to think critically, ethically and to bring about change in their communities and professions.
ACU is celebrating the launch of its new Master of Public Health program in Melbourne.
Join this program in July 2016 and be eligible for one of ten $4,000 scholarships.
ACU is at the top of the field in Public Health and Health Services research.
ACU has been awarded an ERA score of 5 (top score – well above world class) in this discipline by the Australian Research Council.
Study with leading academics in the field of public health and take your career in health sciences to the next level.
The Master of Public Health scholarships are open to applicants for the July 2016 intake. Criteria for the scholarship include academic and professional merit.
10 scholarships valued at $4,000 each will be awarded.
Click here for more information:
WHY YOU SHOULD APPLY FOR MASTER OF PUBLIC HEALTH SCHOLARSHIP
ACU has achieved above world standard in research in the area of Public Health. The Faculty of Health Sciences is one of the largest faculties in Australia providing leadership and teaching in areas related to nursing and allied health. We offer a wide range of inspiring courses at undergraduate, postgraduate and PhD levels.
MASTER OF PUBLIC HEALTH
Academic requirements:
An undergraduate degree in health or a related discipline, and either a minimum of two years professional experience in health (or related field); or suitable practical experience in public health, global health or humanitarian assistance
* Applications are closed
FOR MALAYSIAN FEEL FREE TO CONTACT:
Cik Nurashikin Jaafar
Education Counsellor
AUG Kuantan Office
A-271-1 Jalan Beserah Kuantan Star City II
25300 Kuantan Pahang
Tel: 09-505 5427
Email: nurashikin.jaafar@augstudy.com
kuantan@augstudy.com
Aishah Warga Malaysia Bertemu Kakak Kandungnya
Cikgu Kamar
Mahtum menunjukkan gambar Siti Aishah yang hilang,
dipercayai dijadikan
hamba oleh sepasang suami isteri selama 30 tahun di Britain. -
Sumber gambar: AGENSI
Sumber; Astro Awani.
Kamarmahtum akhirnya bertemu Siti Aishah
LONDON: Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Datuk Seri Zakaria
Sulong mengesahkan Kamarmahtum Abdul Wahab telah berjumpa dengan Siti
Aishah di suatu lokasi rahsia.
Perjumpaan selama setengah jam
itu dilakukan di sebuah lokasi yang dirahsiakan oleh pihak Scotland
Yard, dan ia merupakan perjumpaan pertama bersendirian di antara
kedua-duanya.
Dalam pertemuan itu, Kamarmahtum meminta adiknya agar mengutus surat buat ahli keluarga yang masih diingatinya di Malaysia.
Dalam pada itu, Zakaria turut memberi jaminan kepada Siti Aishah bahawa
pihaknya akan memberi bantuan sewajarnya kepada wanita terbabit yang
menjadi hamba di London selama 30 tahun.
Zakaria turut
merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak berkuasa Britain kerana
telah memberi kerjasama dan bantuan dalam mengaturkan pertemuan
kedua-dua saudara yang terpisah selama 30 tahun itu.
Sumber:
Astro Awani
Media Britain, The Independent semalam
melaporkan bahawa pemimpin kumpulan Maoist, Aravindan Balakrishnan atau
lebih dikenali sebagai ‘Komrad Bala’ yang didakwa telah menjadikan
ketiga-tiga wanita sebagai hamba selama 30 tahun telah dikatakan mengaku
dirinya sebagai ‘Nabi Isa’.
Sementara itu, akhbar Britain, The Telegraph dan Daily
Mail melaporkan salah seorang dari wanita yang dijadikan mangsa
perhambaan itu, Josephine Herivel, 57, dari Ireland merupakan anak
kepada seorang pakar Matematik negara tersebut, John Herivel yang turut
bertanggungjawab menjadi instrumen kepada Tentera Berikat dalam
memecahkan beberapa kod rahsia tentera Nazi ketika Perang Dunia Kedua.
Sebagai ‘Nabi Isa’, beliau telah menggesa pengikutnya dalam kumpulan
itu supaya menyerahkan segala ribuan wang Pound Sterling dengan alasan
untuk digunakan sebagai tujuan ‘perjuangan’ kumpulan tersebut.
Dalam pada itu, harapan Kamarmahtum Abdul Wahab, untuk bertemu dengan adiknya, Siti Aishah yang menjadi mangsa kepada aktiviti perhambaan selama 30 tahun di London akhirnya tercapai.
Ini apabila beliau dibawa ke sebuah lokasi yang tidak didedahkan oleh
pihak polis Britain, Scotland Yard dan untuk kali pertamanya dalam
beberapa dekad, mereka berjaya ditemukan.
Perkara tersebut
disahkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Datuk Seri Zakaria Sulong
kepada kepada Editor Majalah Astro Awani, Zan Azlee Zainal Abidin yang
turut sama dalam misi menjejak Siti Aishah Abdul Wahab di kota London.
Zan Azlee juga merupakan anak saudara kepada Siti Aishah Abdul Wahab.
Dalam catatan terkini blog,
‘tukartiub.blogspot.com' milik aktivis politik, Hishamuddin Rais yang
turut mengikuti perjalanan menjejak Siti Aishah pula memberitahu bahawa
“Pegawai polis, Neil Hamilton akan menerima surat dari cikgu Kamar. Ini
akan dilakukan di kedutaan. Surat ini untuk disampaikan kepada adiknya,
Siti Aishah”.
Siti Aishah
adalah salah seorang daripada tiga wanita yang dibebaskan pada 25
Oktober lalu selepas salah seorang daripada mereka menghubungi
pertubuhan kebajikan.
Dua lagi wanita terbabit ialah warga Ireland berumur 57 tahun dan warga Britian, 30 tahun.
Sumber; Astro Awani, klik di sini
Strok punca Siti Aishah dapat diselamatkan
KUALA LUMPUR: Polis Britain mendedahkan bahawa mereka baru sahaja
memulakan siasatan dan menemubual ketiga-tiga wanita yang ditahan
sebagai hamba di London selama 30 tahun itu hari ini lapor Astroawani.
Menurut laporan AFP, Polis Britain sebelum ini tidak dapat berhubung
secara terus dengan ketiga-tiga wanita terbabit kerana masih menunggu
kebenaran untuk menemubual daripada pakar trauma.
Komander Steve Rodhouse dari Polis Metropolitan London berkata,
kesemua mangsa masih belum ‘ditemubual secara rasmi’ dan kerana itu,
mereka masih belum memahami keseluruhan dan kebenaran tuduhan yang kini
tersebar di media.
Beliau turut menambah bahawa ketiga-tiga mangsa kini berada di dalam
jagaan pakar yang mempunyai pengalaman luas dalam menjaga individu yang
mengalami trauma, dan nasihat daripada pakar amat diperlukan polis dalam
menanggani kes ini.
AFP turut melaporkan bahawa sesi temubual telah dimulakan. Media Britain pula melaporkan oleh kerana tidak mendapat rawatan
ekoran strok merupakan punca wanita-wanita terbabit untuk ‘membebaskan’
diri dan memohon bantuan.
Polis Britain percaya bahawa ketiga-tiga wanita terbabit telah
diindoktrinasi atau ‘brainwash’ dan kemungkinan didera secara fizikal
namun bukan secara seksual. Mereka juga dipercayai sesekali dibenarkan keluar dari rumah.
Polis kini sedang cuba untuk memahami “gari ghaib” yang digunakan untuk mengawal ketiga-tiga hamba tersebut.
Wanita Malaysia antara 3 dibebaskan 30 tahun jadi hamba di London
Wanita Malaysia antara 3 dibebaskan 30 tahun jadi hamba di London
KETUA Unit Pemerdagangan Manusia Polis
Metropolitan London, Kevin Hyland, berkata kepada media mengenai
penahanan dua orang - seorang lelaki dan seorang wanita, masing-masing
berusia 67 tahun - ditahan awal pagi semalam, kerana disyaki menggunakan
buruh paksa. - Foto AP
LONDON: Tiga wanita, termasuk seorang warga negara Malaysia
diselamatkan selepas menghabiskan masa lebih 30 tahun ditahan di dalam
rumah di selatan London, termasuk seorang dipercayai menjadi hamba
sepanjang usianya.
Polis Metropolitan London mengumumkan
kejayaan operasi menyelamat itu selepas dua orang - seorang lelaki dan
seorang wanita, masing-masing berusia 67 tahun -ditahan awal pagi
semalam, kerana disyaki menggunakan buruh paksa.
Kedua-dua suspek kemudian dibebaskan dengan jaminan.
Penahanan itu adalah sebahagian daripada penyiasatan
membabitkan penggunakan hamba selepas seorang wanita menghubungi badan
amal mendakwa dia ditahan bersama dua yang lain.
Badan kebajikan
itu kemudian membuat laporan polis dan wanita berkenaan, warga negara
Malaysia berusia 69 tahun dan seorang wanita warga Ireland berusia 57
tahun dan wanita Britain berusia 30 tahun - dibebaskan pada 25 Oktober
lalu.
Ketua Unit Pemerdagangan Manusia Polis Metropolitan
London, Kevin Hyland, berkata wanita berkenaan kini dalam keadaan 'amat
trauma' dan tidak pernah terdedah di dunia luar yang sebenar sejak 30
tahun lalu.
“Untuk cuba mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku sejak tiga dekad lalu tentunya akan mengambil masa," katanya.
Polis setakat ini tidak mendedahkan warga negara suspek terbabit dan sama ada suspek adalah pasangan suami isteri.
Namun persoalan berkisar bagaimana semua wanita ini boleh terperangkap dan dalam tempoh yang sangat lama.
Apakah yang membawa mereka ke London? Apakah jiran pernah melihat mereka? Adakah mereka cuba untuk melarikan diri?
Haylan
berkata, nama semua wanita terbabit bagaimanapun tidak didedahkan dan
mereka kini dalam keadaan selamat di satu lokasi di Britain. - AP. Sumber; Berita Harian, 2013/11/22 - 09:28:43 AM
Wanita Malaysia dakwa mangsa hamba domestik di Britain adalah adiknya
LONDON 26 Nov. -
Seorang wanita Malaysia mendakwa seorang daripada
tiga wanita yang ditahan sebagai hamba selama 30 tahun di Britain
merupakan adiknya yang hilang dalam tempoh sama selepas menyertai
fahaman komunis Maoist.
Kamar Mahtum Abdul Wahab, seorang guru bersara, ketika diwawancara akhbar Britain, The Daily Telegraph
hari ini berkata, adiknya yang dikenali sebagai Siti Aishah Abdul
Wahab, 69, dipercayai ditahan oleh pasangan suami isteri, Aravindan
Balakrishnan dan Chanda yang memimpin sebuah kumpulan ekstremis komunis
pada 1970-an.
Kamar Mahtum berkata, Siti Aishah pernah belajar di Kolej Tunku
Kursiah di Seremban, Negeri Sembilan sebelum menyambung pengajian dalam
bidang juru ukur bahan di London dengan biasiswa Komanwel.
Jelasnya, Siti Aishah berpindah ke Britain pada 1968 bersama
tunangnya, Omar Munir dengan impian untuk memulakan kerjaya di negara
tersebut bersama keluarga.
Pasangan itu kemudiannya terlibat dalam Forum Pelajar Malaysia dan
Singapura (Mass) yang mempunyai reputasi sebagai sebuah kumpulan
ekstremis Maoist yang beroperasi di London.
"Namun, adik saya terlibat dalam politik pelampau dan meninggalkan
segalanya termasuk tunangnya, Omar untuk mengikuti fahaman Maoist yang
diketuai Balakrishnan.
"Dia begitu mengagumi Balakrishnan yang dikenali sebagai Komrad Bala
dan Chanda atau Komrad Chanda sehingga sanggup membuang cincin
pertunangannya ke Sungai Thames sebagai membuktikan kesetiaan terhadap
fahaman komunis itu," katanya.
Menurut keluarga Siti Aishah, kerajaan Malaysia mengikuti
perkembangan politik wanita itu di London dan pernah memberi amaran pada
1970-an tentang tindakannya itu akan menyukarkan dia untuk pulang ke
tanah air.
Siti Aishah yang berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan dipercayai
pernah mengunjungi abangnya yang ketika itu tinggal di London dengan
ditemani Balakrishnan dan seorang wanita tempatan.
Dia juga dipercayai mempunyai hubungan dengan aktivis, Hishamuddin
Rais yang mendakwa wanita terbabit mempelajari fahaman Marxist-Leninist
dan pemikiran pemimpin China, mendiang Mao Zedong.
Pada 1991, abang Siti Aishah pernah meminta bantuan Hishamuddin yang
ketika itu hidup dalam buangan untuk mencari adiknya yang hilang sejak
berpindah ke Britain.
Sementara itu, di Negeri Sembilan, Kamar Mahtum, 73, berlepas ke London malam ini bagi tujuan pengecaman adiknya.
Menurut abang ipar mangsa, Md. Noh Md Dom, 67, isterinya itu diiringi oleh penulis blog, Hishamuddin bersama seorang wartawan The Telegraph yang beribu pejabat di London.
"Isteri saya diminta melakukan pengecaman dan dia juga membawa
barangan milik Siti Aishah seperti gambar serta pakaian yang masih
tersimpan," katanya.
Md. Noh berkata, dia tidak pernah bertemu dengan Siti Aishah sejak berkahwin dengan Kamar Mahtum pada 1970.
''Saya hanya pernah dimaklumkan oleh isteri saya tentangnya dan
sebelum ini diberitahu bahawa Siti Aishah melanjutkan pelajarandi
London.
''Malah, sebelum ini adik-beradik Siti Aishah juga pernah cuba
mencarinya tetapi gagal. Dua abangnya juga pernah ke London untuk
mencarinya," ujar beliau.
Jelasnya, Siti Aishah yang merupakan anak ke-11 daripada 12
adik-beradik dikatakan tidak mahu pulang kerana kecewa selepas ikatan
pertunangannya putus.
Pada 22 November lalu, polis Britain melaporkan tiga wanita termasuk
seorang warga Malaysia diselamatkan selepas mereka didakwa menjadi hamba
domestik selama 30 tahun di sebuah rumah di selatan ibu negara itu.
Arnaz V Malitam Pelajar perubatan Malaysia meninggal di India
Pelajar perubatan tahun pertama dari Sabah, Arnaz V Malitam, 20,
meninggal dunia akibat masalah pernafasan atau "cardio respiratory
arrest" di Mangalore, Karnataka.
Arnaz, pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di KMC Medical
College di Mangalore, telah tidak sihat sejak sekian lama dan dimasukkan
ke sebuah hospital setempat.
Beliau meninggal dunia pada petang Jumaat.Ibu bapa pelajar itu sudah berada di Mangalore. Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi dan Konsul Jeneral di Chennai
membantu mereka dalam urusan untuk membawa pulang jenazah pelajar itu
pulang ke Malaysia. – Bernama, 26 Oktober, 2013.
Krisis Mesir MARA nilai universiti 3 negara untuk pelajar Malaysia
MARA akan menilai beberapa universiti di Indonesia,
India dan Jordan bagi menempatkan pelajar tajaannya yang terjejas akibat
konflik politik di Mesir.
Tiga negara itu menjadi pilihan
MARA selain institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan memandangkan
pergolakan di Mesir dijangka berlarutan.
Mesir Bergolak Penghantaran pelajar baharu ke Mesir ditangguhkan: Muhyiddin
Gambar-gambar situasi di Mesir
Gambar perhimpunan besar-besaran yang dilancarkan dari Masjid Al
Sharbiny, di Jalan Abaas El Aqad, Madinah Nasr. Orang ramai semakin
meningkat dan mereka menjangkakan ada perhimpunan lain akan menyertai
mereka. - Sumber: Rabaa Today
Penunjuk perasaan menulis tentang maklumat diri mereka diatas
tangan untuk membolehkan kaum keluarga mereka mengecam sekiranya mereka
syahid. - Sumber : masr25channel
Muslim Brotherhood supporters carry a
wounded protester in Cairo's Ramses square on Aug.
16, after clashes
broke out with police during a demonstration in support of ousted
president Mohammed Morsi. Sumber; NBC News
Sedih tengok gambar jenazah bergelimpangan, seolah-olah nyawa manusia tak bernilai. Ada anak kecil, ada gadis. Allah, Kuatkan lah hati mereka ya Allah. Kuatkan lah hati mereka ya Allah. kuatkan lah hati mereka ya Allah. Al Fatihah buat saudara seIslam yang telah meninggal dunia walau di mana mereka berada..... Al Fatihah
Bagi memudahkan ibu bapa dan pelajar mendapatkan maklumat terkini,
bilik operasi KPM telah dibuka mulai semalam (16 Ogos) dan boleh
dihubungi di talian 03-8870 6611 dan 03-8870 6627; e-mel:
egypterisis@mohe.gov.my dan facebook:
www.facebook.com/pages/StudentWorld/207845832591425.
Penghantaran pelajar baharu ke Mesir ditangguhkan: Muhyiddin
Pelajar UCL Malaysia Maut dalam Kemalangan di Jordan Al Fatihah
Cikgukaunseling.com menerima berita sedih ini semalam petang namun hanya pada pagi ini dapat mempublish di blog ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memanjangkan ucapan
takziah kepada ibu-bapa, saudara-mara serta sahabat-sahabat
Allahyarhamah di atas kententuan dan dugaan daripada Allah ini.
Semoga
roh Allahyarhamah ditempatkan dikalangan hamba Allah yang sentiasa
disayangi Allah. Marilah kita hadiahkan Al-fatihah ke atas roh Sumaiyah Binti Romli dan semoga mangsa-mangsa kemalangan jalan raya di Jordan yang lain selamat. Amin.
Pelajar University College London Maut dalam Kemalangan di Jordan Al Fatihah
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia ingin memaklumkan berhubung
kemalangan yang melibatkan lima (5) orang pelajar Malaysia di Jordan.
Pada 21 Jun 2013 (Jumaat), antara jam 5.00 - 6.00 petang (waktu Jordan)
sebuah kenderaan jenis pacuan 4 roda yang dinaiki oleh lima (5) orang
pelajar Malaysia telah terbabas dan terjunam ke dalam gaung di jalan
antara Petra dan Aqabah kira-kira 320 KM dari Amman, Jordan.
Pelajar yang terlibat dalam kemalangan tersebut adalah Sumaiyah Binti
Romli, pelajar tahun satu dalam bidang astronomi fizik di Universiti
Kolej London, tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam, Muhammad Nazirul Mubin
Bin Nasruddin pelajar tahun tiga dalam bidang ekonomi dan perbankan
islam di Universiti Yarmouk, tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam, Nur Ili
Dayana Binti Mazlan @ Masgelan pelajar tahun empat di London School of
Economy tajaan Bank Negara Malaysia, Mohamad Shukri Bin Alias pelajar
tahun tiga dalam bidang pengajian islam di Universiti Yarmouk dan
Humairak Binti Ibrahim pelajar tahun tiga dalam bidang ekonomi dan
perbankan islam di Universiti Yarmouk.
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .