Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label tokoh. Show all posts
Showing posts with label tokoh. Show all posts

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan, Blog ini cuba memaparkan sejarah tokoh awal tanahair berdasarkan namanya ada disebut dari silibus Mata Pelajaran Sejarah. Misalnya, Tok Kenali. 



Di dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 Bab 2,  Topiknya ialah Nasionalisme di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua. Di dalam Sub Topik Bab 2, kita dapati akhbar, majalah dan novel sebagai penggerak kesedaran kebangsaan. Saya hendak sentuh di sini berkaitan Majalah Pengasuh. 

Berdasarkan Buku Teks Tingkatan 5. MAJALAH Pengasuh , Pengarangnya:Dato’ Nik Mohamad :

ANTARA ISU YANG DIPERJUANGKAN MAJALAH PENGASUH

•Membincangkan soal penafsiran Islam yang progresif bagi kemajuan ummah
•Menggalakkan pendidikan di kalangan orang Melayu
•Memperluas ilmu dalam semua bidang
•Memberikan pentafsiran kepada persoalan orang Islam
•Menggesa orang Melayu menjauhkan diri daripada sifat buruk

Di sini mari kita kenali pengasas Majalah Pengasuh, Tok Kenali  selaku pendorong dan pengasas majalah Pengasuh yang diterbitkan bagi pertama kalinya pada tahun 1918.
Pertama kali saya membaca namanya dalam Buku teks Sejarah semasa Tingkatan 4 dulu, saya cuba mencari artikel berkaitan beliau di perpustakaan sekolah.


Syair Bahaya Merokok Tok Kenali

Syair Bahaya Merokok Tok Kenali
Jejak Ulama Nusantara 


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hujung minggu yang tenang. Mendung berarak kala Ramadhan telah menutup tirai Ramadhan 1434 Hijriah. Gerimis mengundang di gamitan Panggilan Haji. Andai masih ada kali di sini, pasti ku turuni jua kerana kali itu anugerah Ilahi. Namun kali yang ada di hadapan ini kian mengecil dan mungkin adakah ia suatu masa nanti.

Syawal masih berbaki beberapa hari lagi. Cuaca dingin mengigit tulang. Matahari bagaikan enggan menjengukkan diri. Di sebalik saki baki Banjaran Tulang belakang tanah semenanjung, mentari pagi mula menyinari bumi Tok Gajah ini. Cahayanya tetap bersinar menerangi alam. Tinggal sahaja ada yang tersesat di dalam sirnanya cahaya kala kabus masih memayungi bumi. 

Kawan, sejak 1511, ketika Kota Melaka diserang Portugis, perjuangan membebaskan Nusantara dari belenggu penjajah telah bermula. Kini, 31 Ogos 2013 kian menghampiri. Ia adalah tarikh keramat Malaysia merdeka dari cengkaman penjajah. Ayuh kawan, mari hayati pesanan dari seorang tokoh Ulama',  guru, pendidik, murabbi dan tokoh pembangun pemikiran umat Islam di Nusantara. Seorang yang dikenali dalam Sejarah Pendidikan Awal Tanahair sebelum kemerdekaan,  TOK KENALI atau nama sebenarnya Muhammad Yusuf bin Ahmad. Al Fatihah kita hadiahkan ke atas roh Allahyarham
Muhammad Yusuf bin Ahmad, klik di sinidan semua pejuang tanahair kita sejak jatuhnya Kota Melaka pada 1511 ke tangan penjajah barat, Tok Bahaman(kisahnya klik di sini)  .....


Di sini dibentangkan sebuah syair yang pernah dikeluarkan oleh Tok Kenali iaitu:


Bahaya Merokok:


Perokok itu terhina, dungu,
 membazir dan keji, 
kerendahan bagi penagihnya, pasti,
 Darinya menguap kentut yang busuk dan diluati. 
Kepulan asap dari bibirnya mengasapi muka dana peribadi.

Syair Bahaya Merokok Puisi yang didendangkan oleh Tok Kenali diwarisi daripada Tuan Guru Syeikh Wan Ahmad Bin Ahmad Zain Mustafa aal-Fathani. Puisi ini terkenal kerana baitnya melucukan tetapi mempunyai maksud mendalam.

Tokoh Guru Kebangsaan Hari Guru

Tokoh Guru Kebangsaan Hari Guru


Anugerah tokoh Guru diperkenalkan semenjak tahun 1972.  Anugerah ini menjadi lambang pengiktirafan kerajaan terhadap pengorbanan, kewibawaan serta sumbangan mereka sepanjang tempoh perkhidmatan.  Sehingga tahun lalu, seramai 127 pendidik dan bekas pendidik sudah dianugerahkan pingat tersebut semenjak 1975 berdasarkan kriteria khusus yang ditetapkan.

Antara kriteria itu ialah calon mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang di bilik darjah, sumbangan cemerlang kepada profesion keguruan dan pendidikan, pembabitan aktif dalam kegiatan luar bilik darjah serta khidmat masyarakat, di samping kecemerlangan dalam bidang lain.


Peace Mobile Telefon Pintar Oleh Zakir Naik

Peace Mobile Telefon Pintar Oleh Zakir Naik

Ulama cipta aplikasi telefon pintar Islam





Aplikasi telefon pintar Islam ciptaan penceramah terkenal Dr Zakir Naik yang dilancarkan minggu lalu.

Bantu amal budaya Islam dalam kehidupan

RIYADH: Satu telefon pintar bercirikan Islam, “Peace Mobile” yang dilancarkan pada minggu terakhir Ramadan lalu, adalah satu aplikasi media berguna yang menggabungkan al-Quran dengan sains moden.

Telefon pintar itu dicipta Dr Zakir Naik, seorang penceramah umum Islam dan perbandingan agama terkenal di peringkat antarabangsa. 


Tokoh Hari Guru Negeri Pahang 2013 Datuk Abdul Hamid Md Shah

Tokoh Hari Guru Negeri Pahang 2013  
Datuk Abdul Hamid Md Shah



Datuk Abdul Hamid Md Shah dianugerahkan Tokoh Hari Guru Negeri Pahang sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Pahang di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Pekan, Pahang.





 Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Menteri Besar Pahang, YAB Datuk Seri Diraja Haji Adnan Yaakub.

 Sumber; http://abihulwa.blogspot.com/


Profil Tokoh Hari Guru Kebangsaan Ke-42

Profil Tokoh Hari Guru Kebangsaan Ke-42


TOKOH Guru Kebangsaan 2013 dari kiri) Rabiah Johari, Wan Hamzah Wan Daud, Noor Rezan Bapoo Hashim, Jacob Mathews dan Freida Mohd. Pilus gembira menerima anugerah yang disampaikan oleh Muhyiddin Yassin dalam Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru Ke-42 di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan

 PROFIL TOKOH GURU KEBANGSAAN 2013


INFO
Sambutan Hari Guru Ke-42

  • 1 Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan.
  • 3 Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan.
  • 1 Anugerah Tokoh Guru Sekolah.
  • Pelancaran Kad 1Guru Bank Simpanan Nasional-Yayasan Guru Malaysia Berhad (BSN-YGMB) untuk guru nikmati potongan harga.
  • Pameran Pendidikan pada 14 hingga 19 Mei di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Seremban, Negeri Sembilan.
    419,000 guru dijangka layak nikmati kemudahan kad kredit dengan kadar faedah 8.8 peratus berbanding 16 peratus.

Profil Tokoh Hari Guru Kebangsaan Ke-42

SEREMBAN 16 Mei - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan anugerah tertinggi pendidikan negara sempena perayaan Hari Guru peringkat kebangsaan Ke-42 di Stadium Tertutup Nilai dekat sini malam ini.

Penerima anugerah tersebut ialah Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim (Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan); Rabiah Johari, Wan Hamzah Wan Daud, Jacob Mathews (Tokoh Guru Kebangsaan) dan Datuk Freida Mohd. Pilus (Tokoh Guru Sekolah Swasta Kebangsaan).



Sejarah Kerjaya kejururawatan dalam Islam

Sejarah Kerjaya kejururawatan dalam Islam
Rufaidah Binti Saad





Rufaidah binti Sa’ad Al-Aslami jururawat Islam di zaman Rasulullah S.A.W. Beliau adalah pengasas jururawat yang pertama sebelum Florance nightingale (yang hidup dari tahun 1794 hingga 1875).
Nama sebenar beliau ialah Rufaidah binti Sa’ad.Beliau adalah dari kaum Khazraj.Beliau dilahirkan di Yathrib sebelum nabi Muhamad (s.a.w) tiba di Mekah dan antara orang Ansar yang memeluk Islam dan ayahnya merupak seorang tabib (phycisian). Beliau mempelajari ilmu kejururawatan semasa membantu ayahnya bekerja.



Ustaz Rujhan Mohamed Razali telah meninggal dunia Al Fatihah

Ustaz Rujhan Mohamed Razali 
telah meninggal dunia Al Fatihah



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya telah mendapat khabar berita dukacita pada Jumaat, 8 Mac 2013 semalam. Namun hanya pada petang ini baru sempat saya nukilkan di blog ini.

Allahyarham Ustaz Rujhan Hj Razali telah kembali ke rahmatullah pada jam  tengah hari Jumaat semalam.  Mohon kita sama-sama hadiahkan  Al-Fatihah untuknya. Al fatihah.



Allahyarham Ustaz Rujhan Hj Razali seorang penceramah bebas berasal dari Jerantut, Pahang. Semasa di SMK Jengka 2, pernah GPK 1 SMK Jengka 2, Ustaz Abdul Rahim membuat kutipan derma untuk allahyarham yang sedang terlantar sakit ketika itu. Allahyarham kerap memberi ceramah di SMK Jengka 2.


Naib Canselor USIM Profesor Dato’ Dr. Asma Ismail dikurniakan Darjah Kebesaran oleh DYMM Sultan Kedah

 Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Profesor Dato’ Dr. Asma Ismail dikurniakan Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK) oleh DYMM Sultan Kedah


 Naib Canselor USIM Profesor Dato’ Dr. Asma Ismail dikurniakan Darjah Kebesaran oleh DYMM Sultan Kedah


SEREMBAN 5 Feb. 2013 - Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Datuk Dr. Asma Ismail dikurniakan Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK) oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Anak Bukit, Alor Setar, baru-baru ini.


JIWAKU TAK PERNAH CACAT CIKGU HUZAIRE

JIWAKU TAK PERNAH CACAT CIKGU HUZAIRE


Pahang Paralimpiad 2012


Sukan Paralampiad 2012 Di Kuantan, Pahang.


Petikan Akhbar Harian Metro 2010 Jiwaku Tidak Pernah Cacat

Sedikit latar belakang Cikgu Huzaire

ANUGERAH GURU CEMERLANG OKU KEBANGSAAN SEMPENA HARI GURU 2010. ANUGERAH KHAS SEMPENA HARI GURU PERINGKAT NEGERI PAHANG 2005.
 ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2008. 
ANUGERAH GURU INOVATIF KATEGORI GURU KURANG UPAYA PERINGKAT NEGERI PAHANG 2009.

BANGKIT selepas kecewa ternyata mencetuskan semangat baru yang jitu sehingga berjaya melonjakkan dirinya setanding insan normal walaupun dia berstatus orang kurang upaya (OKU).


Mohd. Mokhtar Shafii Tokoh Maal Hijrah Pahang



Mohd. Mokhtar Shafii  Tokoh Maal Hijrah Pahang


Mohd. Mokhtar Shafii Bekas pensyarah Tokoh Maal Hijrah Pahang




Mohd. Mokhtar Shafii ditemani isteri, Datin Latifah Ahmad Jailani bersama hadiah yang diterimanya selepas diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Pahang dalam majlis Sambutan Maal Hijrah 1434H Peringkat Negeri Pahang di Dewan Jubli Perak, Kuantan



KUANTAN 15 Nov. - Kesungguhan memartabatkan agama Islam melalui pendidikan sepanjang hayat melayakkan bekas pensyarah Fakulti Ilmu Wahyu dan Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Datuk Mohd. Mokhtar Shafii menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 1434H Peringkat Negeri hari ini.

Menurut Mohd. Mokhtar yang kini berusia 70 tahun, penganugerahan tersebut memberi makna tersendiri kepada dirinya yang kini meneruskan khidmat sebagai pensyarah sambilan di Universiti Malaya selepas bersara.

Prof Dr Muhaya Bapa Sumber Inspirasi

Prof Dr Muhaya Bapa Sumber Inspirasi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya pasti para pelajar ramai yang mengenali Prof Dr Muhaya. Suara beliau sering kedengaran di corong radio. Begitu juga di kaca televisyen.

JIKA tangan seorang ibu yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia, ketegasan seorang bapa pula mampu membentuk negara. Kalau syurga terletak di telapak kaki ibu, reda golongan ayah juga tiada tandingnya.

Sekeras manapun hati seorang bapa, mereka tidak pernah rela menyaksikan kegagalan anak-anak. Riak tenang pada wajah mereka sebenarnya menanggung seribu perit demi membimbing zuriat ke tempat tertinggi.

Arwah bapanya, Mohamad Busu, diibaratkan sebagai perancang kepada keseluruhan kejayaannya hari ini. Selaku seorang askar berpangkat leftenan, bapa Muhaya mengawal ketat setiap pergerakan anak-anak.

Beliau seorang tokoh yang dikenali ramai. Mari kita ikuti kisah perjalanan kejayaan beliau hari ini. Saya petik daripada akhbar Kosmo.




AZIMAT pesanan bapa Muhaya, selain kasih sayang ibunya, telah menjadikan beliau seorang yang berjaya dalam hidup. 

OKU Safie Abd Mubin Semangat Tinggi

Semangat tak cacat 

OKU Safie Abd Mubin Semangat Tinggi

 

JERANTUT: Kecacatan dirinya bermula apabila mengalami demam panas seawal usia kanak-kanak menyebabkan anggota badannya menjadi lemah, namun masih boleh digerakkan walaupun tidak sekuat insan normal lain.

Itu suratan menimpa seorang belia orang kelainan upaya (OKU), Safie Abd Mubin, 30, yang kini bergelar usahawan muda dalam bidang membaiki televisyen.

Safie berkata, dia dilahirkan tidak sempurna, cacat pada bahagian tangan dan kaki kanan, namun tidak mahu menjadikan kekurangan fizikal sebagai alasan untuk tidak bekerja.

Tahniah, Tokoh Guru Maran 2011

Tahniah, Tokoh Guru Maran 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tahniah kepada Bekas guru besar, Cikgu Muhammad Bakar, 61, dan bekas pengetua, Cikgu Siti Messopran Sheikh Luji, 59, atas Anugerah Tokoh Guru sempena sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Maran 2011, pada 16 Julai lalu. Majlis sambutan diadakan di Dewan Ibnu Sina SMK Sri Jengka Maran.

Di dalam sambutan tersebut, SMK Jengka Pusat 2 terlibat sebagai AJK Guru Bersara. 

Untuk info dan gambar selanjutnya, berkaitan Program Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Maran, 2011, sila klik, http://pkgbandarmaran.blogspot.com/2011/07/sambutan-perayaan-hari-guru-daerah.html
Y.B. Dato' Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib, Ahli Parlimen Maran  (kanan) membantu Muhammad Bakar yang berkerusi roda selepas majlis penyampaian 
Tokoh Guru Peringkat Daerah di SMK Seri Jengka, Maran, semalam. - 
Gambar daripada Utusan Malaysia/ Salehuddin Mat Rasad 
MARAN 20 Julai, (Utusan Malaysia, Khamis, 22/7/2011) - Bekas guru besar dan pengetua, Muhammad Bakar, 61, dan Siti Messopran Sheikh Luji, 59, masing-masing dinobatkan sebagai Tokoh Guru sempena sambutan Hari Guru peringkat daerah di sini hari ini.

Muhammad yang berasal dari Kampung Gong Limau, Kemaman, Terengganu memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Inggeris Sungai Lembing, Kuantan pada 1971 selepas menamatkan pengajian di Maktab Perguruan Sultan Idris (kini Universiti Pendidikan Sultan Idris), Tanjung Malim, Perak.

Sepanjang kerjayanya, beliau menjawat guru besar di beberapa sekolah di sini dengan sekolah terakhirnya di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Bota, Chenor dekat sini sebelum bersara pada 2004.

Siti Messopran pula yang berasal dari Kampung Telok Melati, Chenor memulakan perkhidmatan perguruannya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ampuan Afzan, Chenor setelah menamatkan pengajian di Universiti Malaya (UM) pada 1975.

Beliau diberi kepercayaan sebagai pengetua di beberapa sekolah bermula di SMK Jengka 18 dekat sini sebelum bersara wajib di SMK Maran pada 28 Oktober 2007.

Kedua-dua tokoh pendidik terbabit diberi pengiktirafan setelah mengambil kira jasa dan pengorbanan masing-masing dalam dunia pendidikan terutama di negeri ini. 

Program yang turut dihadiri Pemangku Pegawai Pelajaran Daerah, Zainul Abidin Daud itu dirasmikan Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib.

Dalam ucapannya, Ismail mengingatkan pendidik supaya bersedia menjadi guru berwibawa dan serba boleh kerana ia selari dengan tema Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara.

Tegas beliau, peranan guru amat penting kerana mereka dianggap sebagai penentu hala tuju rakyat masa hadapan.

"Guru harus menyedarkan anak bangsa terhadap sejarah jatuh bangun negara sehingga Malaysia muncul sebagai sebuah negara contoh dan dikagumi," katanya.

Menurut beliau, untuk mengekalkan kemakmuran negara, sebarang gejala yang boleh merosakkan negara perlu ditentang habis-habisan.

Sementara itu, Zainul Abidin berkata, Hari Guru merupakan wadah bagi menghargai jasa dan pengorbanan kaum pendidik dalam merealisasikan impian melahirkan rakyat berminda kelas pertama.

Prof Adeeba pakar HIV/Aids

Prof Adeeba pakar HIV/Aids

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada entry kali ini, saya membawakan pembaca blog ini kepada seorang Tokoh Perubatan di tanahair kita ini. Beliau telah banyak menyumbangkan bakti dalam bidang Perubatan HIV/AIDS.
 Prof Dr Adeeba Kamarulzaman


Perjalanan Kerjaya Prof Dr Adeeba Kamarulzaman

PENAMPILAN dan keperibadian Prof Dr Adeeba Kamarulzaman cukup sederhana, namun siapa sangka wanita itu sebenarnya berjiwa besar dan bersemangat kental.

Minat mendalami kepakaran dunia perubatan khususnya bidang penyakit berjangkit seperti HIV/Aids selain sumbangan besarnya kepada negara serta masyarakat dalam menangani isu dan permasalahan penyakit berbahaya itu membuktikan beliau bukan calang-calang orang. 

Kini menerajui Unit Penyakit Berjangkit, Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM), Prof Adeeba antara individu dikagumi dan disegani ramai khususnya dalam dunia perubatan HIV serta Aids

“Saya mula mendalami kepakaran dalam bidang penyakit berjangkit khususnya HIV ketika bertugas di Fairfield Infectious Diseases Hospital, Melbourne, Australia pada 1996.

“Ketika itu, penularan virus HIV di dunia baru lapan tahun dan rata-rata pesakitnya ialah kalangan generasi muda, manakala rawatan pula masih lagi baru. Faktor inilah menjadi tarikan kuat untuk saya mendalami kepakaran dalam bidang ini,” katanya.

Akur berdepan dengan banyak cabaran sepanjang kariernya, beliau bagaimanapun tekad meneruskan perjuangan membantu pesakit yang hidup dengan HIV dan Aids kerana sedar akan tanggungjawab dipikulnya.

Pengalaman kerjaya di luar negara banyak mematangkannya, malah beliau sama sekali tidak pernah jemu menggali ilmu dan kepakaran dalam bidang berkaitan. 

“Secara umumnya, masyarakat masih belum terbuka dengan idea hidup bersama mereka yang hidup dengan HIV dan Aids kerana perasaan syak wasangka serta prejudis masih tebal dalam diri mereka.

“Halangan sebegini yang paling sukar sepanjang karier saya kerana majoriti masih enggan menerima mereka yang hidup dengan HIV dan Aids sebagai sebahagian daripada masyarakat,” katanya.

Tempoh 15 tahun di luar negara dirasakan sudah cukup sehingga akhirnya Prof Adeeba akur dengan permintaan ibunya agar kembali berkhidmat kepada negara.

“Awalnya, saya serba salah untuk kembali ke Malaysia kerana sudah selesa dengan persekitaran kerjaya di sana, apatah lagi saya bersuamikan warganegara Australia selain jaminan pendapatan yang cukup lumayan.

“Namun segala-galanya berubah selepas termakan pujukan ibu yang mahu saya kembali menyumbang bakti kepada tanah air selepas banyak wang kerajaan dilaburkan bagi membiayai pengajian saya di Australia,” katanya.

Beliau berkata, banyak perbezaan dirasainya sebaik kembali ke Malaysia khususnya dalam persekitaran kerjaya dan kemudahan perubatan yang disediakan kepada mereka yang hidup dengan HIV/Aids.

Katanya, pengetahuan dan kesedaran masyarakat terhadap bahaya HIV belum meluas selain kekangan kos perubatan pada ketika itu amat tinggi.

“Saya ditugaskan di PPUM dan skop pekerjaannya lebih kepada pencegahan wabak penyakit berjangkit seperti HIV, denggi, tibi dan virus baru. Pengalaman paling getir ialah ketika kami perlu mengkaji dan mencari rawatan sesuai menangani virus Nipah yang melanda negara pada 1999. Situasi ketika itu amat genting dan menakutkan hingga suami menggesa saya beralih ke unit lain.

“Apapun, pengalaman menjalankan Projek Harapan membabitkan banduan yang hidup HIV di Penjara Kajang bersama rakan karib, Prof Dr Rick Altice dari Yale University cukup mengharukan.

“Detik itu cukup bermakna apabila satu hari saya didatangi seorang bekas banduan yang tidak putus-putus merakamkan ucapan terima kasih atau usaha saya melaksanakan projek sehingga berjaya membuka lembaran baru dalam hidupnya menjadi insan yang lebih baik. Perasaan saya ketika itu sukar digambarkan namun dalam hati terdetik rasa bangga menjadi seorang doktor,” katanya. 

Baca artikel ini selanjutnya, klik ya....

Pengalaman luas Dr Adeeba menangani isu HIV dan Aids, selain berdepan teman rapat yang disahkan hidup dengan virus itu, membuatkan beliau terus aktif dalam pelbagai aktiviti berkaitan HIV/Aids di seluruh dunia.

“Saya juga kerap ke luar negara menghadiri bengkel serta seminar berkaitan Aids selain aktif dalam badan bukan kerajaan seperti Majlis Aids Malaysia dan Yayasan Aids Malaysia.

“Apa yang saya lakukan ini ialah untuk sama-sama membantu masyarakat mendalami pengetahuan penyakit itu, jangan wujudkan unsur diskriminasi terhadap mereka dan sebaiknya, bantulah mereka daripada segi sokongan dan keperluan lain,” katanya yang berjaya merealisasikan penubuhan Pusat Kecemerlangan Kajian Aids (Ceria) di UM pada 2007.
Graduan perlu terus timba ilmu

“KELAYAKAN dalam bidang perubatan bukanlah penamat segala-galanya, sebaliknya sebagai seorang doktor, pencarian ilmu dan kepakaran perlu diteruskan selagi mereka memikul amanah itu,” itulah pesanan Prof Adeeba kepada graduan dan mahasiswa perubatan.

Katanya, ilmu yang dipelajari di universiti perlu diperkukuhkan dengan inisiatif graduan itu sendiri menggali maklumat bagi mempersiapkan diri menjadi seorang doktor yang terbaik.

“Jangan rasa diri sudah cukup dengan ilmu perubatan apabila berjaya menggenggam ijazah. Anggapan itu salah kerana perkembangan bidang perubatan begitu pantas, ada saja wabak baru melanda dunia, begitu juga kemajuan teknologi yang diguna pakai.

“Selari dengan itu, seorang doktor juga perlu bergerak bersama-sama perkembangan dalam dunia perubatan selain bersedia untuk melakukan perubahan,” katanya.

Beliau yang bimbang melihat sikap segelintir mahasiswa perubatan masa kini yang disifatkannya lalai dan tidak serius mendalami bidang pengajian itu mengakui faktor itu dikhuatiri mampu merencatkan usaha melahirkan bakal doktor yang terbaik.

Katanya, mahasiswa perubatan perlu sedar realiti profesion itu yang menuntut pengorbanan tinggi dan jika faktor mereka mengambil jurusan perubatan sekadar memenuhi impian atau desakan keluarga, ia satu alasan yang salah. 


PROFIL

Prof Dr Adeeba Kamarulzaman

Pendidikan: 
Felo Royal Australiasian College Of Physicians MBBS Monash University, Australia Pencapaian: 
Pakar Perunding dan Ketua Unit Penyakit Berjangkit, Pusat Perubatan Universiti Malaya
Ahli Australasian Society for HIV Medicine
Felo Academy of Science, Fellow, 2010
Penasihat Yayasan Aids Malaysia
Editor Tamu, The Lancet Special Series : HIV and Injecting Drug Use 2009-2010
Ahli Australasian Society for Infectious Diseases, 2008
Ahli Majlis International Society for Infectious Diseases, 2008
50 Emerging Women Leader in Asia Pacific 2011 Advance Australia, Australian Government, 2011
Australian-Asian Fellowship Award, Australian Government, 2002
Fellow in Infectious Diseases, Senior Medical Staff, Fairfield Hospital, 1995
Merdeka Award, Exxon Mobil, Petronas and Shell, 2008
Tun Mahathir Science Award, Malaysian Academy of Science, 2008
Prof Adjung School of Public Health and Tropical Medicine, Tulane University, New Orleans, Amerika Syarikat , 2008 - 2011
Prof Adjung, Department of Tropical Medicine, Tulane University 1 Januari 2008
Visiting Consultant Physician, Institut Jantung Negara, 1 Januari - 31 Disember 2000
Clinical Research Fellow, Fairfield Infectious Diseases Hospital, Melbourne , Australia, 1 Februari 1995 - 31 Januari 1996
Infectious Diseases Registrar, Austin Hospital, Melbourne, Australia, 1 Februari 1994 - 31 Januari 1995
Senior Infectious Diseases Registrar, Fairfield Infectious Diseases Hospital, Melbourne , Australia, 1 Februari 1992 - 31 Januari 1994


Sumber: Berita harian.

MBOT memperkasakan pendidikan teknikal

MBOT memperkasakan pendidikan teknikal

Yang Berbahagia Prof Datuk Dr Abdul Hakim Juri


NEGARA akan memartabat pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TEVT) dengan beberapa transformasi seperti menaik taraf Sekolah Menengah Vokasional sebagai kolej vokasional dan menyeragam sistem persijilan bagi mengeluarkan sumber manusia terbaik. 

Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang ditubuhkan MARA pada 2002 antara institusi terawal menerima lulusan TEVT untuk melanjutkan pengajian ke peringkat diploma dan ijazah sarjana muda. Presidennya, Prof Datuk Dr Abdul Hakim Juri menjelaskan perkembangan terkini TEVT di negara ini dengan perbandingan di Eropah kepada Wartawan Varsiti, Mohd Feroz Abu Bakar.

S Bagaimana Datuk melihat transformasi TEVT kepada kepentingannya dalam sistem pendidikan negara ? 

J Memang sudah sampai masa untuk kita melakukan transformasi TEVT secara besar-besaran dengan objektif untuk menjadikan aliran teknikal dan vokasional sebagai pilihan utama dan bukan lagi pilihan untuk pelajar yang ‘gagal’.

Istilah ‘gagal’ sepatutnya tidak digunakan dalam kamus sistem pendidikan di sekolah. Sistem penilaian yang dilakukan di sekolah lebih kepada mengukur keupayaan akademik seseorang, pelajar yang kurang keupayaan ini tidak patut dilabel sebagai ‘pelajar gagal’. Pelajar haruslah diberikan aliran yang sesuai dengan keupayaan dan minat mereka dengan aliran TEVT menjadi antara aliran teras pada peringkat sekolah.

Tidak ada pelajar yang patut dilabel sebagai gagal kerana ini semacam ‘doa’ kita untuk mereka. Kita harusnya mendoakan mereka menjadi anak yang berjaya mengikut kelebihan masing-masing.

Selepas dunia pendidikan pelajar akan berpindah ke dunia pekerjaan. Aliran TEVT di peringkat sekolah membolehkan pelajar didedahkan lebih awal dengan pelbagai kerjaya strategik. Kalau boleh semua pelajar melalui latihan vokasional dalam bidang berkaitan yang mereka minati sebelum melanjutkan pendidikan pada peringkat lebih tinggi. Ini boleh dilakukan dengan kerjasama sektor industri. Ramai pelajar yang memilih program untuk melanjutkan pengajian dalam sesuatu bidang tanpa mempunyai maklumat yang lengkap kerana tidak didedahkan dengan pelbagai pilihan kerjaya yang ada.

Ramai pelajar yang memilih sesuatu program pengajian kerana ingin bersama rakan lain atau kerana mereka ditawarkan oleh institusi pendidikan program berkaitan. Aliran TEVT apabila diperkasakan oleh kerajaan akan membolehkan setiap pelajar memilih bidang kerjaya yang selari dengan keperluan negara.

Mungkin selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ketika pelajar mengikuti Program Latihan Khidmat Negara, mereka boleh didedahkan kepada kerjaya dan kemudian melakukan praktikal di syarikat supaya mereka mempunyai gambaran awal mengenai sesuatu kerjaya.

TEVT yang akan dimartabatkan pada peringkat sekolah memang tindakan ke hadapan kerana pelajar akan didedahkan dengan kerjaya tertentu.

Tetapi, aliran TEVT jangan dilabel hanya untuk mereka yang gagal atau kurang pencapaian akademik. Saya berpendapat mereka tidak gagal cuma sistem peperiksaan akademik tidak mengukur atau mengenal pasti kekuatan lain yang mereka ada. Jika ini dilakukan, kita boleh berikan aliran yang sesuai untuk mereka berjaya.

Sistem pembelajaran TEVT yang membabitkan proses pembelajaran secara praktikal dapat membantu pelajar memahami teknologi yang canggih dan kompleks. Aliran TEVT di sekolah pastinya akan meningkatkan sistem pendidikan negara kita.

BACA LAGI...

Coretan Seorang Pesara Guru




Daripada saya Untuk Saya
Oleh: Hamedah Wok Awang

Andak,
Segala-galanya sudah tersurat. Apa yang sudah berlaku tidak boleh dirungkai semula. Apa yang penting, Tuhan sudah memeberi peluang untuk kita terus hidup walaupun sebagai seorang kurang upaya. Jadi, kita pasti tidak dapat lagi hidup berdikari seperti semula. Tetapi ini tidak bermakna kita tidak boleh hidups ejahtera dari ukuran insan senasib.

Kita sekarang dikira banyak amsa untuk berbuat apa yang kita suka. Kita tidak lagi terikat dengan tugas-tugas rasmi yang menuntut kita melakasanakannya. Jadi kita boleh pilih cara hidup yang terbaik mengikut kehendak kita.

Kita sememangnya mempunyai banayk masa menonton TV malah dapat menjadi "pengantara'. Apabila sudah banayk menonton itu, sudah pasti kita mendapat pengajaran amat berguna daripada para ustaz, ustazah dan pakar motivasi. Salah satu amalan yang patut kita kutip adalah: Amalkan 6S dan tinggalkan 6M.

Sudah diterima umum untuk hidup sejahtera, kita mesti sentiasa memberikan perhatian kepada solat, syukur, sedekah, sayang, senyum dan solehah. mankala 6M yang perlu dibuang pula adalah perbuatan mungkar, maksiat, mengumpat, menderhaka, mals dan marah.

Kita ini bertuah, sangat ebrtuah. So, let's count our blessings. Mari kita hitung rahmat Tuhan.

Pertama, kita diberikan peluang kedua bagi membayar atau menebus kembali kesilapan lampau semampunya.

Kedua, walaupun kita tidak mempunyai keluarga sendiri, kita dikelilingi dan didampingi oleh mereka yang prihatin dan penyayang. Kita ditunggu oleh Mak Su yang sangat penyayang dan penyabar, Kak Tam kita dekat dan pasti sentiasa menjenguk dan bertanya khabar. Acik Tun dan uzair balik menziarahi kita setiap bulan untuk menghantar 'monthly ration'. Anak-anak sauadara kita semuanya sentiasa bersedia membantu. Jiran kita pula terdiri daripada puak kita sendiri, keluarga Ana dan keluarga Ani. baiknya mereka ini tidak perlu dipersoalkan lagi. Kawan-kawan pula, "they are always there for you to rely on'. Norm dan Che Ma sebagai contoh.

Ketiga, daripada segi kewangan. Walaupun tidak lumayan, pencen kita cukup untuk menanggung diri kita. Dengan cara hidup kita yang sangat-sangat sederhana, InsyaAllah setakat ini belum perlu menyusahkan adik beradik dans audara mara.

seterusnya, kita dipinjamkan otak yang waras dan diberikan ilham oleh Tuhan untuk bermain dengan komputer dan mencoretkan semua pengalaman. Inid engan sendirinya memberikan kita ruang dan peluang mengisi masa secara berfaedah.

dalam pada itu, kita jnagn lupa memainkan peranan kita sewajarnya di pentas dunia. Kini kita memgenag watak sebagai seorang pesara guru yang lumxxx. Skrip tidak diberikan, pengarah tidak disediakan. jadi, kita perlu menulis skrip kita sendiri dan terpulang kepada kita untuk mengarahkannnya secara terbaik pula. Apabila skripnya baik,diarahkan pula dengan baik, watak dapat dihayati dan dikembangkan. InsyaAllah.

Dalam pergaulan, mari kita amalkan petua pendulang emas. Kita buang segala kotoran dan cari hanya kilauan emasnya! Cari kebaikannya sahaja.....

Kita bentuk watak yang ceria tetapi cekal yang berpegang kepada prinsip, "Dont ever, ever give up hope. Give your best to life, leave the rest to God" dan sentiasa yakin Tuhan itu Maha Agung, Maha Pengasih, Maha Penyayang.


Kawanmu dunia akhirat;
Hamedah.



Artikel di atas saya, ummu Masyitah, salin kembali dari sebuah buku, "Cerita-cerita Motivasi Untuk kekuatan Diri". Ditulis oleh Cikgu Hamedah Wok Awang, seorang pesara guru. Tempat bertugas terakhir beliau sebelum tragedi ialah sebagai Pengetua di SMKT, Temerloh. Beliau pernah mendapat anugerah Pengetua Cemerlang.

Saya merasa tertarik pada bab ini dan mencoretkannya di ruangan maya ini. Semoga mendapat manfaatnya. Bagi yang berminat mengetahui lebih lanjut tentang buku-buku beliau, boleh didapati di penerbitnya, PTS Publications & Distributors.

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .