Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Mohd. Mokhtar Shafii Tokoh Maal Hijrah Pahang



Mohd. Mokhtar Shafii  Tokoh Maal Hijrah Pahang


Mohd. Mokhtar Shafii Bekas pensyarah Tokoh Maal Hijrah Pahang




Mohd. Mokhtar Shafii ditemani isteri, Datin Latifah Ahmad Jailani bersama hadiah yang diterimanya selepas diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Pahang dalam majlis Sambutan Maal Hijrah 1434H Peringkat Negeri Pahang di Dewan Jubli Perak, Kuantan



KUANTAN 15 Nov. - Kesungguhan memartabatkan agama Islam melalui pendidikan sepanjang hayat melayakkan bekas pensyarah Fakulti Ilmu Wahyu dan Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Datuk Mohd. Mokhtar Shafii menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 1434H Peringkat Negeri hari ini.

Menurut Mohd. Mokhtar yang kini berusia 70 tahun, penganugerahan tersebut memberi makna tersendiri kepada dirinya yang kini meneruskan khidmat sebagai pensyarah sambilan di Universiti Malaya selepas bersara.
 

"Saya bersyukur dengan penganugerahan ini dan segala pengalaman sepanjang mendidik anak bangsa akan terukir sebagai kenangan terindah termasuk 10 buku yang saya terbitkan berkaitan Islam diberi pengiktirafan.

"Walaupun telah bersara, saya masih meneruskan perkhidmatan sebagai pensyarah sambilan kerana mahu terus berkongsi ilmu dengan generasi muda kini," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat negeri di sini hari ini.

Mohd. Mokhtar berkata, beliau juga aktif sebagai Ahli Majlis Fatwa Negeri Pahang, Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Negeri Pahang (Muip) dan Ahli Majlis Fatwa Selangor serta Ahli Majlis Agama Islam Selangor.

Bapa kepada lima cahaya mata itu berkata, proses pembelajaran tidak harus terhenti walaupun usia sudah meningkat malah golongan muda masa kini perlu menuntut ilmu ke tahap yang tertinggi.

"Ini kerana, hanya melalui ilmu terutama ilmu agama kita dapat mengelak generasi muda daripada lalai dan terjebak dalam masalah sosial.

"Malah golongan muda juga harus digalakkan ke masjid dan menghadiri majlis ilmu, namun dalam masa sama perlu berhati-hati agar tidak salah dalam menuntut ilmu," jelasnya.

Tambahnya, pendidikan agama tidak boleh diabaikan malah perlu seiring dengan ilmu yang lain.
Pada majlis itu, Mohd. Mokhtar membawa pulang wang tunai RM10,000, pakej umrah dan sijil penghargaan.

SUMBER; UTUSAN MALAYSIA

Related Posts:

  • Pendidikan Sepanjang Hayat MSU-Utusan MalaysiaPendidikan Sepanjang Hayat MSU-Utusan Malaysia ISMAIL Abd. Muttalib (bersongkok) menyerahkan replika cek penajaan Program Pendidikan Sepanjang Hayat MSU-Utusan Malaysia kepada Eksekutif Pendidikan Kumpulan Utusan, … Read More
  • UPSI teruskan projek bina sekolah di Kemboja UPSI teruskan usaha bina bilik darjah di Kemboja JABATAN Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak, akan meneruskan projek membina sekolah agama di Kembo… Read More
  • Datuk Tan Aminuddin meninggal dunia Datuk Tan Aminuddin meninggal dunia Salam takziah kepada keluarga Allahyarham  Datuk Tan Aminuddin. Datuk Tan Aminuddin   TEMERLOH: Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal FELDA,… Read More
  • TAWARAN MUNSYI DEWAN IV MUNSYI DEWAN  PENGENALAN Munsyi Dewan ialah penceramah bahasa Melayu yang dilantik khas dan diiktiraf oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk mengendalikan kursus, ceramah dan taklimat bahasa Melayu di sektor … Read More
  • Derita budak tong sampah Derita budak tong sampah,  Dipaksa Bapa Hidap HIV Kutip Sisa Makanan JOHOR BAHRU: “Adik cari makanan di tepi jalan dan tong sampah sebab lapar, bapa pula asyik tidur selepas makan,” kata seorang budak lelaki beru… Read More

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .