Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Pembinaan Kolej Felcra Diluluskan KPT

Pembinaan Kolej Felcra Diluluskan KPT






PUSAT LATIHAN FELCRA SEBERANG PERAK

Bandar Baru Seberang Perak, 
36800 Kg Gajah, Perak.
Tel : 05-6551809
Faks : 05-6551109


PUSAT LATIHAN & REKREASI FELCRA BERHAD TEBING TINGGI
D/A Pejabat Pos Jementah, 85200 Jementah, Segamat Johor.
Tel : 07-9372249, 07-9372250
Faks : 07-9371410


KPT lulus pembinaan Kolej Felcra

 

KAMPUNG GAJAH - Felcra Berhad (Felcra) sudah memperoleh kelulusan Kementerian Pengajian Tinggi untuk penubuhan sebuah kolej Felcra berharga RM300 juta di Changkat Lada, Seberang Perak, di sini, kata pengerusinya, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata pelan pembangunan kolej tersebut telah disediakan dan pembinaannya dijangka siap dua tahun lagi.

"Penubuhan kolej ini sebagai memenuhi tanggungjawab sosial korporat dalam memberi pendidikan kepada generasi kedua anak-anak peserta Felcra,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Felcra Berhad Seberang Perak bernilai RM1 juta di sini hari ini.

Tajuddin berkata kerajaan negeri Perak telah meluluskan tanah seluas 60 hektar untuk pembinaan kolej berkenaan.

Katanya, program pengajian di kolej itu akan memberi penekanan terhadap bidang pertanian, perladangan, bioteknologi, pengurusan kewangan, teknologi maklumat dan undang-undang perniagaan.

Menurut Tajuddin, sementara menunggu pembinaan kolej siap sepenuhnya, Pusat Latihan Felcra di Seberang Perak akan dijadikan kampus sementara dengan pengambilan kumpulan pertama pelajar akan dimulakan awal tahun depan.

Beliau berkata adalah menjadi matlamat Felcra menaikkan taraf Kolej Felcra itu menjadi sebuah kolej universiti dalam tempoh lima tahun akan datang dan menjadi sebuah universiti sepenuhnya dalam masa 10 tahun.
Felcra juga akan menubuhkan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) terletak bersebelahan kolej itu nanti yang akan memberi tumpuan terhadap sektor pertanian seperti penanaman padi dan kelapa sawit. — BERNAMA

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .