Cemerlang UPSR Syukur ibu bapa banyak marah
KOTA KINABALU: “Saya akui sebelum ini saya memang nakal, kurang
menumpukan pelajaran sebelum Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan
keputusan peperiksaan percubaan di sekolah juga tidak memuaskan.
“Namun, atas nasihat dan dorongan ibu bapa, saya berubah
untuk berjaya kerana jika kita nakal pasti kita tidak akan berjaya dan
akhirnya kini saya memperoleh keputusan luar jangkaan,” kata Muhammad
Jacquim Irsyad Irwan, 12, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Aru 1
yang mencapai keputusan cemerlang dalam keputusan UPSR yang diumumkan,
semalam.
Muhammad Jacquim Irsyad mendapat 5A dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu (Pemahaman), Bahasa Melayu (Penulisan),
Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris.
Katanya, sebelum menjawab soalan, dia memperbanyakkan doa demi mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
“Saya bersyukur dan gembira mendapat keputusan cemerlang ini dan terima kasih buat ibu bapa saya yang banyak ‘marah’ saya.
“Marah
mereka itu dijadikan azimat untuk mencapai keputusan cemerlang.
Kejayaan ini akan diteruskan sehingga menara gading,” katanya.
Bapanya,
Irwan Ibrahim berkata, pengurusan masa dan jadual pembelajaran harian
anaknya sentiasa dipantau bagi memastikan kejayaan dapat dicapai.
Katanya,
setiap kali pemantauan pembelajaran anaknya dilakukan, dia menegur
anaknya kerana mahu melihat Muhammad Jacquim Irsyad memperoleh keputusan
cemerlang.
sumber; harian metro
Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini
Home »
keibubapaan
,
kisah kejayaan
,
kisah motivasi
,
Pelajar cemerlang
,
Selepas UPSR
,
UPSR
» Cemerlang UPSR Syukur ibu bapa banyak marah
Cemerlang UPSR Syukur ibu bapa banyak marah
Related Posts:
Pelajar OKU Cemerlang STPM 2011 Pelajar OKU Cemerlang STPM 2011 CHII MOU (kiri), Anis Nabilah (tengah) dan Ting Fong berkongsi kegembiraan selepas menerima keputusan STPM masing-masing di Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR - Kecacatan tidak… Read More
Buta mata, bukan buta hati 'Buta mata, bukan buta hati' JOHOR BAHRU 21 Feb. - Cacat penglihatan tidak menghalang pelajar Maktab Sultan Abu Bakar di sini, Muhamad Nadhir Abdul Nasir mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekola… Read More
Petua 4 pelajar OKU Cemerlang Petua 4 pelajar OKU Cemerlang Mohd.Rifaat Hussin menerima ucapan tahniah dari Pengetua SMK St.John, En.Lim Hean Hua. sumber gambar ini dari Web Blog SMK St. John's I… Read More
Kisah Anugerah Pelajar Cemerlang STPM & MUET 2010 Kisah Anugerah Pelajar Cemerlang STPM & MUET 2010 Peristiwa ini sudah berlalu lama tetapi ia dimuatnaik di sini sebagai perkongsian kisah kejayaan insan-insan cemerlang, yang datang dari luar bandar dan juga Orang Kelai… Read More
Pelajar OKU cemerlang STPMPelajar OKU cemerlang STPM CHII MOU (kiri), Anis Nabilah (tengah) dan Ting Fong berkongsi kegembiraan selepas menerima keputusan STPM masing-masing di Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR - Kecacatan tidak menghalang pe… Read More
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .
0 Comments:
Post a Comment