Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label MRSM. Show all posts
Showing posts with label MRSM. Show all posts

Keputusan Kemasukan ke MRSM Bagi Tingkatan 1 dan 4 Tahun 2016

Keputusan Kemasukan ke MRSM Bagi Tingkatan 1 dan 4 Tahun 2016


Keputusan kemasukan ke MRSM bagi Tingkatan 1 dan 4 Tahun 2016 boleh disemak

mulai 4/2/2016. 

Tarikh bagi pendaftaran pelajar baru adalah pada 15/2/2016 (kecuali MRSM Kuala

Krai pada 20/3/2016)

Semakan boleh dibuat melalui pautan berikut ;









SEMAKAN KE TINGKATAN 4 MRSM SESI 2014


SEMAKAN KE TINGKATAN 4 MRSM SESI 2014


SEMAKAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 4 MAKTAB RENDAH SAINS MARA SESI 2014


>> Semakan Online
Tarikh pendaftaran masuk adalah pada 10 Februari 2014

Permohonan ke Tingkatan 1 MRSM Tahun 2014

Permohonan ke Tingkatan 1 MRSM Tahun 2014

 Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 1 Maktab Rendah Sains MARA Bagi Tahun 2014

>> Semenanjung Malaysia
>> Sabah & Sarawak 



Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tahun 6 2013  Warganegara Malaysia yang layak untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 tahun 2014. 


Bagi pengambilan Tingkatan 1 ini, MRSM menyediakan empat program seperti berikut;


  1. MRSM Biasa – melaksanakan program Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM).
  2. MRSM Ulul Albab – Sistem Pendidikan MRSM Ulul Albab ini merangkumi Pengajian Al-Quran (Hafazan), Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Jepun selain mata pelajaran teras seperti yang sedia ada di MRSM.
  3. MRSM IGCSE – Program Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) diperkenalkan untuk menambah nilai (value-add) SPMRSM sedia ada yang menawarkan pensijilan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sijil Cambridge IGCSE merupakan kelayakan peperiksaan yang berprofil tinggi dan bereputasi cemerlang serta diiktiraf di kebanyakan universiti di peringkat antarabangsa.
  4. MRSM Ulul Albab dan IGCSE – Program yang dilaksanakan ini menggabungkan program Ulul Albab dan program IGCSE.
SYARAT UMUM KE MRSM
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Ibu atau bapa warganegara Malaysia.
  3. Pelajar sekolah Bumiputera dan bukan Bumiputera tahun enam yang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan di Semenanjung Malaysia.
  4. Memperolehi keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2013.
  5. Lulus Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).
  6. Lulus temuduga.

SYARAT KHAS

MRSM Biasa

  1. Memenuhi syarat umum.

MRSM Ulul Albab

  1. Memenuhi syarat umum.
  2. Pelajar tahun enam yang menuntut di Sekolah Rendah Agama Negeri atau Sekolah Rendah Agama Rakyat.
  3. Berkebolehan membaca Al-Quran dengan baik dan mempunyai minat dalam bidang agama.
  4. Lulus ujian hafazan dan tulisan jawi.
  5. Pemohon mestilah memilih MRSM Gemencheh atau MRSM Kepala Batas sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan secara online.

MRSM IGCSE

  1. Memenuhi syarat umum.
  2. Pemohon berkebolehan menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.
  3. Lulus ujian comprehension.
  4. Pemohon mestilah memilih MRSM Tun Abdul Razak atau MRSM Batu Pahat atau MRSM Baling atau MRSM Alor Gajah sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan secara online.
  5. Yuran peperiksaan dan kos pembelian buku IGCSE akan ditanggung oleh ibu bapa yang berkemampuan mengikut perkiraan kriteria yang ditetapkan.

MRSM Ulul Albab & IGCSE

  1. Memenuhi syarat umum.
  2. Mempunyai minat dalam bidang agama.
  3. Berkebolehan menguasai bacaan Al-Quran dan Bahasa Inggeris dengan baik.
  4. Lulus ujian hafazan, tulisan jawi dan comprehension.
  5. Pemohon mestilah memilih MRSM Kota Putra sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan secara online.
  6. Yuran peperiksaan dan kos pembelian buku IGCSE akan ditanggung oleh ibu bapa yang berkemampuan mengikut perkiraan kriteria yang ditetapkan.

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

  1. Pemohon akan menduduki UKKM dalam bulan Disember 2013.
  2. UKKM Tingkatan 1 mengandungi 3 aspek utama iaitu Matematik, Sains dan Sikap.

Pemilihan

  1. Selain syarat am dan khas, keutamaan akan diberikan kepada calon yang berikut :
    1. Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta pasukan pakaian seragam.
    2. Berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dari sekolah pedalaman dan luar bandar.
  2. Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pelajaran (SBP dan SBPI) tidak akan ditawarkan ke MRSM.
  3. Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA.
  4. Keputusan Jawatankuasa Tertinggi Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad.

Isi Borang Online

  1. Permohonan perlu dibuat secara online di website MARA http://www.mara.gov.my(Sila guna Internet Explorer)
  2. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut berjaya dihantar secara online.
  3. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak.
  4. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang tersebut serta dokumen yang berkaitan ke alamat berikut :
    • Permohonan ke Tingkatan Satu,
      Pengarah,
      Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah),
      Tingkat 19,
      Ibu Pejabat MARA,
      21, Jalan Raja Laut,
      50609 KUALA LUMPUR.


  • Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
  • Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tutup akan ditolak. 
  • Tarikh tutup permohonan online  27 November 2013
  • Tarikh akhir borang bercetak 4 Disember 2013.mr


  • Terima kasih kepada:

    2) eputra

    Permohonan ke MRSM Bagi Tingkatan 4 pada Tahun 2013

    Permohonan ke MRSM Bagi Tingkatan 4 pada Tahun 2013



    Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada para calon PMR 2012 yang berminat melanjutkan pelajaran ke MRSM pada 2013, anda boleh mula memohon MRSM bermula 1 Oktober 2012 nanti.

    Pada entry ini, dimuatkan artikel berkaitan permohonan dan syarat kemasukan ke MRSM bagi tingkatan 4 pada Tahun 2013. Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tingkatan 3 2012 warganegara Malaysia yang layak untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 tahun 2013.



    PERMOHONAN

    1. Sebelum mengisi borang secara online pemohon perlu mendapatkan nombor pin atau kata laluan.
    2. Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 di website http://www.mara.gov.my/
    3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online.
    4. Pemohon juga perlu membuat cetakan borang permohonan dan menghantarnya bersama-sama dokumen lain yang berkaitan ke alamat di bawah:
      • Permohonan Ke Tingkatan 4 Tahun 2013, 
        Pengarah, Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah), 
         Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut, 50609 KUALA LUMPUR.

    Syarat Kelayakan Ke MRSM Tingkatan 4 Secara Online 2013


    1. Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia.
    2. Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.
    3. Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2010 di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam Subjek Matematik dan Sains.
    Cara Memohon MRSM Tingkatan 4 2013 Secara Online  

    MRSM Alor Gajah Raih Emas Pertandingan Inovasi Antarabangsa

    MRSM Alor Gajah Raih Emas Pertandingan Inovasi Antarabangsa

     Raih emas pertandingan inovasi antarabangsa


    Pelajar MRSM Alor Gajah bersama guru pengiring meraikan kejayaan menerima pingat emas dalam Pertandingan Pencipta Muda Antarabangsa Kelapan 2012 di Bangkok, Thailand baru-baru ini.Utusan Malaysia.


    PENYERTAAN sulung Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Alor Gajah dalam pertandingan antarabangsa berjaya meraih pingat emas untuk memartabatkan inovasi generasi muda Malaysia dalam bidang sains dan teknologi.

    Guru maktab itu, Mohamad Rizal Mukhtar berkata, dua projek penyelidikan iaitu D.I.Y. Fire Retardant Paint dan Recyling Tyre berjaya meyakinkan juri mengenai ciptaan, inovasi serta reka cipta untuk dianugerahkan pingat emas di Pertandingan 8th International Exhibition for Young Inventors (IEYI) 2012 di Bangkok, Thailand baru-baru ini.

    "Berkat kesungguhan dan kreativiti, juri dari pelbagai negara termasuk pensyarah berpengalaman dari Jepun berasa kagum dengan penyelidikan serta persembahan pelajar kami," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

    SUMBER; UTUSAN MALAYSIA

    Disclaimer

    (c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .