By Puan Ummi Sunday, July 21, 2013
catatan pemilik blog, catatanku, jalan-jalan, Kesihatan, Kisah Masyarakat, Pahang, Pengalaman Cikgu Kaunseling, Petua, petua pemakanan, Puasa, Ramadhan, Temerloh
BUAH KELAPA BAKAR TEMERLOH
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pokok kelapa dikenali sebagai pohon 1001 guna dalam masyarakat kita. Dulu masa sekolah rendah, saya masih ingat guru Bahasa Melayu menyuruh kami membuat karangan berkaitan kegunaan pokok kelapa ini.
Oklah tentang gamba di atas saya ambil di Temerloh, Pahang. Temerloh yang dikenali sebagai Bandar Ikan Patin dan Titik Tengah Semenanjung Malaysia. Banyak keistimewaan Bandar Temerloh. Bumi Tok Gajah ini sangat dekat dengan leluhur saya suatu ketika dahulu.
Buah kelapa bakar ini ada di Temerloh. Gerai menjual buah kelapa bakar di Temerloh. Ia terletak di tepi jalan dari exit Tol LPT Temerloh Menghala ke Bandar Temerloh, berhampiran simpang ke Kampung Lubok Kawah. Air kelapanya rasa enak. Sesuai untuk dijadikan juadah berbuka puasa.
Berbeza
dengan kesegaran kelapa muda, rasa hangat air kelapa bakar dipercayai
mampu meningkatkan daya tahan tubuh dan mengelakkan tubuh masuk
angin.
Kraf Tangan Kayu Dari Temerloh Bertaraf Dunia
Encik Muhaimin bin Hasbollah dari Syarikat Inakraf
Cantik kan ukiran ini...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Temerloh, bukan setakat titik tengah Semenanjung Malaysia, bahkan mempunyai pelbagai keistimewaan khazanah sejarah bangsa. Salah sebuah daerah yang semakin pesat membangun di Pahang ini juga mempunyai ramai pengukir kayu yang kreatif dan mencipta nama di persada antarabangsa. Tahniah kepada Encik Muhaimin bin Hasbollah dari Syarikat Inakraf Temerloh Pahang kerana telah mengharumkan nama Negara Malaysia.
Ukiran yang menggambarkan sekuntum kelopak bunga di bawah punca benih
lambang bermulanya kelahiran dalam kehidupan dan setiap sulur bertaut
serta melingkar dengan sendirinya tanpa halangan dan tidak bersentuhan
lambang sikap rendah diri serta penghormatan orang muda kepada orang
yang lebih tua.
Ukiran serta falsafah yang lahirkan dari hati beliau
melayakkan karya beliau untuk di anugerahkan sebagai The Best
Craftmanship Award pada pertandingan International Live Wood Carving Show and Competition 2012 di Guangxi, China. Beliau membawa pulang Sijil
Penghargaan serta wang tunai.
Menurut En. Muhaimin, kejayaan ini bukan milik beliau seorang tetapi
milik seluruh rakyat Malaysia terutamanya penggiat seni ukir tanah air.
Pengiktirafan ini membuktikan bahawa seni ukiran kayu Melayu, amnya
dan Malaysia, khasnya dipandang dan ditempatkan di martabat yang tinggi
di mata dunia. Semoga industri ukiran kayu di Malaysia akan
terus berkembang maju.
Kraf Tangan Kayu Dari Temerloh Bertaraf Dunia
Kotak Hantaran ciptaan Puan Rohani
TERDAPAT pelbagai jenis motif ukiran moden dihasilkan antaranya bunga pekan, paku pakis dan ketumbit.
ROHANI memulakan perniagaan bengkelnya dari bawah dan kini mendapat tempahan dari seluruh negara.
KEASLIAN serta keunikan seni kraf tangan kayu yang diwarisi sejak
turun-temurun adalah aset negara yang tidak ternilai harganya. Warisan
seni itu mencabar kreativiti pembuatnya daripada pemilihan kayu,
memotong dan mengukir sehingga menjadi kraf seni yang serba indah.
Hasil rimba berasaskan kayu tersebut mempunyai pelbagai kegunaan daripada perabot, produk hiasan sehinggalah hadiah cenderamata.
By Puan Ummi Monday, February 04, 2013
1Dream 2U, bimbingan kerjaya, Halatuju, kaunseling kerjaya, kerjaya, KPT, Selepas Matrikulasi, Selepas Peperiksaan, selepas SPM, Temerloh, UPU
Program 1Dream 2U realisasi impian pelajar ke universiti
TEMERLOH — Kementerian Pengajian Tinggi menganjurkan program 1Dream
2U di sekolah menengah seluruh negara pada tahun ini bagi merealisasikan
impian pelajar ke universiti tempatan.
Yang Berhormat Datuk Saifuddin Abdullah
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata,
program turun padang dengan kerjasama Unit Pusat Universiti (UPU) dan
Jabatan Pendidikan Negeri itu bertujuan membantu pelajar memilih kursus
pengajian pilihan mereka di universiti kelak.
Guru Bermasalah Saraf Tunjang tetap semangat teruskan tugas
TEMERLOH 24 Jan. - Seorang guru masih mampu
meneruskan tugasnya mendidik anak bangsa walaupun menghidap penyakit
berkaitan saraf iaitu Prolapse Intervertebral Disc (PID) yang menyebabkan kesakitan amat sangat di bahagian paha kiri dan belakang.
Menurut guru berkenaan, Mohd. Jasmin Jamaluddin, 40, yang kini
mengajar di Sekolah Kebangsaan Teluk Ira dekat sini, dia dapat melupakan
kesakitan yang dialami sejak lapan bulan lalu apabila mengajar di
kelas.
Dia yang kini berulang alik setiap hari dari rumahnya di Taman
Temerloh Jaya ke sekolah yang sejauh 11 kilometer memberitahu, semasa
mengajar dia seolah-olah dapat melupakan seketika kesengsaraan penyakit
berkenaan yang mula dikesan pada 1 Julai tahun lalu.
"Jika saya berehat di rumah seperti nasihat doktor, saya akan berasa
sakit, tetapi jika ke sekolah dan mengajar di kelas seolah-olah sakit
itu hilang seketika.
By Puan Ummi Thursday, March 04, 2010
catatan pemilik blog, catatanku, civil servant, Dunia GBK, dunia pendidikan, Pahang, Persahabatan, puisi, SMK Temerloh Jaya, Temerloh
Memori Indah di TJ
TJ
Terima kasih
atas memori indah
kerjasama dan bantu membantu
TJ
walaupun seketika
ada yang tak pernah bersua
banyak cerita
yang belum sempat di manuskrip
Namun
nilai persahabatan
nilai kejiranan
amat bermakna
semoga Allah berkati
bantuan kalian...
p/s; puisi ku ini TJ bermaksud Temerloh Jaya. Kenangan di SMK Temerloh Jaya...
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .