Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label peperiksaan. Show all posts
Showing posts with label peperiksaan. Show all posts

Doa Guru Buat Murid Yang Bakal Menduduki Peperiksaan Percubaan SPM 2017

Doa Guru Buat Murid Yang Bakal 
Menduduki Peperiksaan Percubaan SPM 2017

Masa berlalu sangat pantas. Rupanya pelajar Ting 1 SMKLH yang belajar BM dan Sivik dengan saya pada tahun 2013 kini dah berada di Tingkatan 5. 

Doa saya untuk mereka, doa saya juga bekas pelajar saya di SMK Seri Mahkota, juga doa saya untuk pelajar Ting 5 di tempat Kerja sekarang.

 Peperiksaan Percubaan SPM 2017 akan anak-anak hadapi. 

. *بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم*

*Ya Allah,*
Minggu ini adalah minggu anak2 Pelajar menduduki peperiksaan Percubaan SPM. Kami mohon kepada Mu ya ALLAH, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang mereka hadapi YA ALLAH.

*YA ALLAH,*
Peliharalah kesihatan anak anak di hari peperiksaan. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.

*YA ALLAH,*
Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

*YA ALLAH,*
berilah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami.
 Mudah- mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan solehah dan menghampiri diri mereka kepada mu ya Allah.

*YA ALLAH,*
Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat, kami mohon kepada Mu Kau perbaiki akhlak anak anak kami.

*Ya ALLAH,*
kami tidak mampu mengawasi anak anak kami setiap waktu YA ALLAH, kami serahkan anak anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami YA ALLAH. 

Gerakkanlah hati mereka untuk mereka berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat yang Engkau murkai.
Jauhilah mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah.

*YA ALLAH,*
Tetapkan hati mereka untuk menunaikan solat dan jangan Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah YA ALLAH.

*YA ALLAH,*
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak jiran jiran dan sahabat kami YA ALLAH. Berikanlah mereka kejyaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat YA ALLAH.

*YA ALLAH*
Perkenankanlah doa kami ini.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَاِنْ لمَ ْتَغْفِرْلَنَاوَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّا مِنَ اْلخَاسِرِيْنَ.
رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا وَِلاِخْوَانِنَا اَّلذِيْنَ سَبَقُوْنَ بِاْلاِيْمَانِِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا اِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ. 
رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَاْبَ النَّارِِ.
رََََبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا اِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ اْلعَلِيْمُ وَتُبْ عَلَيْنَا اِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ. 
وَصَلَّى اللهُ عَلىَ سَيِِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. 
سُبْحَانَ رَبِِّكَ رَبِِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ 
وَسَلاَمٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ وَاْلحَمْدُ لِلهِ رَبِِّ اْلعَالَمِيْنَ.

امين يا رب العالمين.

Good Luck buat Semua Pelajar KMPh Peperiksaan Matrikulasi PSPM

Good Luck buat Semua Pelajar KMPh Peperiksaan Matrikulasi PSPM

Untuk seluruh penuntut Ilmu, para pelajar Matrikulasi serta khususnya kepada pelajar-pelajar KMPh  yang akan menduduki PSPM 2 dan 4 pada 18 April 2016 hingga 26 April 2016, semoga kejayaan mengiringi anda.

PEPERIKSAAN SEMESTER PROGRAM MATRIKULASI (PSPM) SESI 2015/2016

Program Satu Tahun (PST) dan Program Dua Tahun (PDT) Semester II,

Program Dua Tahun (PDT) Semester IV,
Tarikh:

18 hingga 26 April 2016

Tajdid Niat masing-masing. Bagi pelajar Muslim, Pastikan Allah Ta'ala sebagai No. 1 dalam hati kita.

Semoga kejayaan yang diberkati menanti kita di kemudian hari.
In Shaa Allah. 
smile emoticon

JADUAL PEPERIKSAAN SEMESTER PROGRAM MATRIKULASI (PSPM) APRIL 2016

JADUAL PEPERIKSAAN SEMESTER PROGRAM MATRIKULASI (PSPM) APRIL 2016
 SESI 2015/2016

JADUAL PEPERIKSAAN SEMESTER PROGRAM MATRIKULASI (PSPM) SESI 2015/2016

Program Satu Tahun (PST) dan Program Dua Tahun (PDT) Semester II,

Program Dua Tahun (PDT) Semester IV,

Tarikh:

18 hingga 26 April 2016

Jadual peperiksaanSila klik di sini

JOM SEMAK KEPUTUSAN SPM 2015

JOM SEMAK KEPUTUSAN SPM 2015

Dimaklumkan bahawa, Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2015 akan dikeluarkan pada Khamis, 3 Mac 2016

Tajuk                     : Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2015
Tempoh                 : 10:00 pagi, 3 Mac 2016 hingga 11:59 malam 9 Mac 2016
Format semakan    : SPMNo KPAngkaGiliran
Contoh semakan    : SPM 941229085468 WY189A234

Bengkel UPSR KBAT Sains di Subang Jaya

Bengkel Menjawab Kertas Peperiksaan KBAT Sains UPSR 2016

BENGKEL MENJAWAB KERTAS PEPERIKSAAN KBAT SAINS UPSR 2016
==================
Tarikh :
Fasa Sasaran @ 24 April (AHAD)
Fasa Pecutan @ 7 Ogos (AHAD)
Tempat : 
Bilik Auditorium 
SK Dato Onn Jaafar USJ 15, Subang Jaya.
==================
SASARAN PESERTA
Murid-murid yang ingin berjaya memperolehi gred 'A' Kertas Sains UPSR.
==================
KELEBIHAN BENGKEL
1.Persediaan menghadapi peningkatan 30% kepada 40% soalan-soalan KBAT dalam peperiksaan UPSR 2016 seperti yang disasarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
2. Menguasai Kemahiran Proses Sains + Kemahiran Manipulatif via item soalan konstruk KBAT iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta.
3. Strategi iTHINK dan teknik memaksimumkan markah kertas 1 dan 2 Sains UPSR.
4. Pengenalan kepada murid Tahun 4 dan 5 skop item soalan KBAT Sains UPSR yang luas bermula Tahun 1 hingga Tahun 6.
==================
TENTATIF BENGKEL
0830-0900
Pendaftaran
0900-1030
iTHINK + KPS KBAT via UPSR
1030-1100
Rehat
1100-0130
Teknik menguasai soalan KBAT Sains
==================
YURAN BENGKEL
RM 50 (Modul + Makanan/Minuman + Sijil)
#Yuran bengkel dijelaskan semasa pendaftaran#
==================
PENCERAMAH
En. Hisham Ahmad Hidil
✅Penceramah Sains UPSR
✅Penulis Buku, Kertas Model dan Modul Sains UPSR
==================
PENDAFTARAN TERHAD KEPADA 100 PESERTA BENGKEL
>Sila isikan borang online di sini
> http:goo.gl/forms/WCtt9Suaez
==================
TARIKH TUTUP PENDAFTARAN 
15 April 2016
==================
PERTANYAAN
Sila whatsApp
0163805620
Facebook :
Minda Sains @ Bengkel Sasaran 'A' Sains UPSR

# Mohon disebarkan bengkel ini # 📢

Sekian, terima kasih.

#Minda Sains
#kapten picagari

Cara Periksa Semula MUET

Cara  Periksa Semula MUET

 1) Transkrip result –salinan.

2)  Sampul surat putih Saiz A4 beralamat sendiri letak stem. Atau. Sediakan Sampul surat ekspress. Beralamat sendiri.

Rayuan Penyemakan Semula Keputusan MUET

Rayuan Penyemakan Semula Keputusan MUET

RAYUAN PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN MUET

Calon boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan ujian MUET. Caj bagi rayuan 
menyemak semula keputusan ujian MUET ialah RM70.00.

Tarikh tutup rayuan semak semula ini ialah seminggu selepas tarikh keputusan ujian 
MUET diumumkan. 

Soalan SPM bocor disiasat

Soalan SPM bocor disiasat

Kementerian Pendidikan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan kebocoran kertas soalan Matematik dan Matematik Tambahan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud, berkata kementerian sudah mendapatkan maklumat daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang membuat aduan berkenaan.

Dakwaan soalan SPM bocor disiasat

Sumber gambar; Berita Harian

Doa dan Tip Motivasi Pecutan Akhir SPM

Doa dan Tip Motivasi Pecutan Akhir SPM

Buat semua calon SPM 2013.
Peperiksaan tidak perlu ditakuti. Jika segala pesediaan untuk peperiksaan
telah dibuat. Tiada apa yang perlu dikhuatirkan.
Berserah kepada Allah, Yakin dan bertawakkal.
Usaha hak kita, tetapi kejayaan Allah yang kurniakan
Persediaan yang rapi serta ketenangan fikiran amat penting di dalam menghadapi peperiksaan. Jadikanlah pepriksaan sebagai kayu ukur di atas persediaan yang anda buat selama ini dan bukanlah sesuatu yang menyiksa dan membebankan. Bertawakalah kepada Allah SWT, InsyaAllah anda pasti berjaya.

MALAM SEBELUM PEPERIKSAAN

1. Pastikan anda tidur secukupnya untuk memberi kesegaran pada esoknya.

2. Kumpulkan keperluan teknikal untuk peperiksaan seperti pen, pensel, pemadam, pembaris, kad pengenalan dan lain-lain. Letakkan ditempat yang senang diambil dan mudah diingati.

3. Kuatkan azam dan tekad untuk BERJAYA.

PAGI SEBELUM PEPERIKSAAN

1.Jangan lupa ambil sarapan pagi.

2. Jangan lupa bawa kad pengenalan,slip peperiksaan anda.

3.Datang awal ke tempat peperiksaan iaitu sekurang-kurangnya 15 minit sebelum peperiksaan. Ini bertujuan memberi ketenangan kepada anda.

4..Sebaik-baiknya jangan berbincang lagi tentang pelajaran dengan rakan-rakan sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Perbincangan seperti ini boleh merungsingkan fikiran anda.

5.Berdoalah agar anda tenang menghadapi peperiksaan dan mendapat kejayaan yang cemerlang.

6.Masuklah ke dewan peperiksaan dengan disiplin dan keyakinan.

7.Pastikan tempat duduk anda selesa. Duduk dan tenangkan fikiran anda.

MEMULAKAN PEPERIKSAAN

1.Dengar arahan pengawas peperiksaan.

2.Pastikan kertas soalan anda itu lengkap.

3.Lihat semua soalan.

4.Tandakan semua soalan yang hendak dijawab (untuk soalan esei).

5.Tuliskan isi-isi soalan yang hendak dijawab supaya tidak lupa.

6.Mulakan soalan esei dengan membuat rangka kasar terlebih dahulu.

Artikel sebelum ini, Menjelang Peperiksaan, sila klik di sini.

SEDIKIT PERKONGSIAN DOA JIKA TERLUPA

Doa adalah sangat penting bagi membantu setiap pelajar agar tenang dan berjaya setanding dengan usaha yang telah dicurahkan.

Doa apabila terlupa

سُبْحَانَ مَنْ لا يَنَامُ وَلايَسْهُو آللهُمَّ ذِكِّرْنِى مَانَسِيْتُ
Maha Suci Tuhan yang tidak pernah Tidur dan tidak lupa,
Ya Allah peringatkanlah aku apa yang aku lupa.

- Salawat ke atas Nabi s.a.w. dan baca doa ini ketika terlupa -

Doa ketika terlupa jawapan
اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ
اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.
“Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya.
 Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku
 
Kepada semua calon yang berjuang di dalam kelas dan dewan peperiksaan… Semoga Allah SWT memberikan ketenangan, dipermudahkan segala urusan dan proses mengingat, dapat menjawab dengan baik dan menepati kehendak soalan seterusnya diberikan kejayaan cemerlang di dunia dan akhirat. InsyaAllah…
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
   
Debaran SPM Usah Dukacita Keputusan Percubaan Sederhana

Debaran SPM Usah Dukacita Keputusan Percubaan Sederhana

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Anak-anak...yang rajin menatap tulisan saya di sini dan kemudian kita berdiskusi kembali di sekolah, terima kasih saya ucapkan. Masa memang amat cemburu dnegan kita, kan. Masa mengenali anak-anak cuma dalam tempoh 9 bulan rasanya belum cukup untuk saya mengenali keseluruhan diri anak-anak. Namun, saya ucapkan ribuan terima kasih anak-anak sentiasa tidak jemu membuat temu janji dengan saya hingga ada yang merajuk hati. Maaf ya anak-anak. 

      Saya tidak dapat memuaskan hati semua anak-anak, tetapi saya cuba membantu secara umum. Anak-anak perlu utamakan proses P&P. Saya sedia bertemu anak-anak di luar waktu sekolah agar tidak mengganggu PNP anak-anak. Terima kasih ya anak-anak, kerana sentiasa membuatkan perkhidmatan kaunseling ini sentiasa HOT MARKET. 

Soalan KH Modul Cakna Akademik PMR 2013

Soalan KH Modul Cakna Akademik PMR 2013

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada calon PMR 2013, khususnya para pelajar SMK Lepar Hilir, semoga anda telah menyiapkan  bekalan secukupnya.  Pada entry ini saya kongsikan bahan Modul Cakna Akademik PMR 2013  yang boleh anda print out.
 
Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan melancarkan Modul Cakna Akademik PMR 2013 sebagai pendekatan baru bagi meningkatkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sekolah di negeri tersebut. Pengarahnya Hussain Awang berkata modul itu merupakan satu daripada rujukan untuk guru melestari dan mendepani kecemerlangan akademik ke peringkat kebangsaan.

Soalan Pendidikan Islam Kelantan 2013

Soalan Pendidikan Islam Kelantan 2013 
Modul Cakna Akademik PMR 2013 Negeri Kelantan

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada calon PMR 2013, khususnya para pelajar SMK Lepar Hilir, semoga anda telah menyiapkan  bekalan secukupnya.  Pada entry ini saya kongsikan bahan Modul Cakna Akademik PMR 2013  yang boleh anda print out.
 
Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan melancarkan Modul Cakna Akademik PMR 2013 sebagai pendekatan baru bagi meningkatkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sekolah di negeri tersebut. Pengarahnya Hussain Awang berkata modul itu merupakan satu daripada rujukan untuk guru melestari dan mendepani kecemerlangan akademik ke peringkat kebangsaan.

Soalan Matematik Cakna Akademik PMR 2013

Soalan Geografi Modul Cakna Akademik PMR 2013 Negeri Kelantan

Koleksi Soalan Sejarah PMR Dari 2004-2012

Koleksi Soalan Sejarah PMR Dari 2004-2012

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada calon PMR 2013, khususnya para pelajar SMK Lepar Hilir, semoga anda telah menyiapkan  bekalan secukupnya. Pada
SEJARAH

Soalan PMR Pecutan Akhir Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Geografi 2013

Soalan PMR Pecutan Akhir Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Geografi 2013

Bahan bantu saat akhir menjelang PMR yang tinggal tak berapa hari saja lagi ni diusahakan oleh Majlis Guru Cemerlang Kebangsaan (MGCK) dengan kerjasama Kelas Cikgu Mariyam (KCM). 

Soalan Bahasa Arab Modul Cakna Akademik PMR 2013 Negeri Kelantan

Soalan Bahasa Arab Modul Cakna Akademik PMR 2013 Negeri Kelantan

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada calon PMR 2013, khususnya para pelajar SMK Lepar Hilir, semoga anda telah menyiapkan  bekalan secukupnya.  Pada entry ini saya kongsikan bahan Modul Cakna Akademik PMR 2013  yang boleh anda print out.
 
Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan melancarkan Modul Cakna Akademik PMR 2013 sebagai pendekatan baru bagi meningkatkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sekolah di negeri tersebut. Pengarahnya Hussain Awang berkata modul itu merupakan satu daripada rujukan untuk guru melestari dan mendepani kecemerlangan akademik ke peringkat kebangsaan.

Modul PMR Bahasa Inggeris 2013

Petua Ibu Bapa Bantu Anak Hadapi Peperiksaan

Petua Ibu Bapa Bantu Anak Hadapi Peperiksaan

Memandangkan kita semakin menuju ke penghujung Tahun 2013. Peperiksaan juga semakin hampir. Peperiksaan Percubaan SPM Pahang telah BERMULA pada 29 Ogos 2013 lalu. Peperiksaan PMR Percubaan sudah pun melabuhkan tirainya. Peperiksaan PMR 2013 akan bermula pada 2 Oktober 2013. Manakala Peperiksaan SPM akan bermula pada 6 November 2013 dengan Kertas BM sebagai kertas peperiksaan pertama yang bakal calon SPM 2013 duduki.

Selain para guru yang semakin sibuk mengadakan kelas tambahan dan latih tubi soalan bentuk peperiksaan sebenar kepada para pelajarnya, para ibu bapa juga digalakkan membuat langkah persediaan bagi anak-anak menghadapi peperiksaan.

Pada saat-saat akhir ini, apa yang perlu kita lakukan ialah berusaha dan selebihnya berdoa agar dia mampu memberikan yang terbaik. Petua untuk membantu anak menghadapi peperiksaan yang antara lainnya:-
 
1) Doa, fikir, cakap dan yakin anak akan berjaya.
2) Membentuk suasana yang tenang di rumah
3) Pengorbanan ahli keluarga dengan membantu, menemaninya sewaktu belajar dan menutup TV
4) Menyediakan getaran positif untuknya di rumah dengan mengelakkan gaduh, marah & rajuk.

TIP BELAJAR UNTUK PEPERIKSAAN

TIP BELAJAR UNTUK PEPERIKSAAN 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada calon PMR 2013 Negeri Pahang, anda telah pun selamat menduduki Peperiksaan Percubaan PMR 2013 pada Ramadhan lalu.

Kepada calon PMR, saya ucapkan semoga anda telah dapat mengukur kekuatan diri dan kelemahan diri anda semasa Percubaan PMR tempoh hari.  Selepas ini guru-guru akan berbincang mengenai hasil pencapaian anda. Keputusan peperiksaan percubaan PMR adalah kayu ukur untuk mengesan sejauh manakah kemampuan anda. Refleksilah diri anda dan buatlah penjajaran strategi bagi memastikan anda benar-benar telah bersedia untuk melakar kejayaan dalam peperiksaan PMR nanti. 

 Jadikanlah semua program yang dijalankan oleh pihak sekolah sebagai peluang dalam memantapkan persiapan sebelum PMR. Sekiranya persiapan anda masih belum mantap untuk menduduki PMR, anda sebenarnya masih belum terlewat, kerana setiap saat adalah di dalamnya kesempatan. Selagi PMR belum bermula, selagi itulah masa dan ruang masih ada.

Bagi calon SPM peperiksaan percubaan SPM InshaAllah akan dijalankan pada akhir Ogos 2013 ini. Di sini saya kongsikan Tip Belajar Untuk Peperiksaan.

BELAJAR UNTUK PEPERIKSAAN 

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .