Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia
Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh
Panduan Temuduga Dalam Talian
Panduan Temuduga Online
Panduan Hadiri Temuduga
Panduan Hadiri Temuduga
This is default featured slide 4 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.
This is default featured slide 5 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.
Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini
Showing posts with label Jerebu. Show all posts
Showing posts with label Jerebu. Show all posts
Bacaan IPU seluruh negara setakat jam 6 pagi, 7 Oktober 2015.
By Puan Ummi Wednesday, October 07, 2015
Alam di Malaysia, Bencana Alam, Fenomena Alam, Jerebu, Malaysia No comments
Jerebu Cuti Sekolah 5 dan 6 Oktober 2015
By Puan Ummi Sunday, October 04, 2015
Bencana Alam, berita sekolah, Jerebu, KPM, Malaysia No comments
JEREBU KEMBALI LANDA PANTAI BARAT SEMENANJUNG MALAYSIA
By Puan Ummi Monday, July 22, 2013
Alam di Malaysia, Bencana Alam, Jerebu, Malaysia, prihatin No comments
JEREBU KEMBALI LANDA PANTAI BARAT SEMENANJUNG MALAYSIA
KUALA LUMPUR 22 Julai - Beberapa kawasan di negeri pantai barat Semenanjung seperti di sekitar kawasan pantai di Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor kembali mengalami keadaan berjerebu.
Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, Malaysia yang masih mengalami Monsun Barat Daya serta peningkatan bilangan titik panas dan keadaan cuaca agak kering pada tempoh dua hari yang lepas telah mengakibatkan berlaku jerebu.
KUALA LUMPUR 22 Julai - Beberapa kawasan di negeri pantai barat Semenanjung seperti di sekitar kawasan pantai di Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor kembali mengalami keadaan berjerebu.
Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, Malaysia yang masih mengalami Monsun Barat Daya serta peningkatan bilangan titik panas dan keadaan cuaca agak kering pada tempoh dua hari yang lepas telah mengakibatkan berlaku jerebu.
Jerebu Bukit Rambai catat kualiti udara tidak sihat
By Puan Ummi Sunday, July 21, 2013
alam, Alam di Malaysia, Bencana Alam, Jerebu, Kesihatan, Malaysia, prihatin No comments
Jerebu Bukit Rambai catat kualiti udara tidak sihat
Bukit Rambai catat kualiti udara tidak sihat
MELAKA - Bukit Rambai di sini merupakan satu-satunya kawasan di negara ini yang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu 105 pada tengah hari tadi.Jerebu di Kuantan Semua sekolah di Kuantan dibuka esok
By Puan Ummi Monday, June 24, 2013
alam, Alam di Malaysia, Bencana Alam, dunia pendidikan, Jerebu, JPN Pahang, Kuantan, Malaysia, Pahang, PPD Kuantan No comments
Jerebu di Kuantan Semua sekolah di Kuantan dibuka esok
Keadaan Jerebu di Felda Lepar Hilir 2
KUANTAN - , Semua sekolah di Kuantan yang ditutup hari ini akibat jerebu akan dibuka semula seperti biasa mulai esok, kata Pemangku Pengarah Pelajaran Pahang, Rosdi Ismail.
GAMBAR JEREBU DI KUANTAN JUN 2013
By Puan Ummi Monday, June 24, 2013
about me, alam, Bencana Alam, Bidang Perkhidmatan UBK, catatan pemilik blog, catatanku, dunia pendidikan, Jerebu, Kuantan, memoir seorang guru, Pahang, SMK Lepar Hilir, Tugas Hakiki No comments
GAMBAR JEREBU DI KUANTAN JUN 2013
dan Program Ziarah Ke Rumah Pelajar Yang Baru Kematian Ibu
Al fatihah ..
Pejabat Felda Lepar Hilir 2, Gambang, Kuantan, Pahang.
Alhamdulillah semalam hari minggu. Hari cuti di Negeri Pahang Darul Makmur.
Saya
ambil kesempatan masa cuti itu untuk menziarahi seorang pelajar
Tingkatan 5 di SMK Lepar Hilir. Bersama-sama suami bagi membantu
memudahkan perjalanan saya kerana saya tidak boleh memandu buat masa ini.
Alhamdulillah
tertunai jua hajat saya untuk Ziarah Ke Rumah Pelajar Yang Baru
Kematian Ibu. Pelajar ini bagi saya seorang yang rajin belajar dan
sedia membantu guru apabila guru memerlukan bantuan.
Allahyrhamah
ibu pelajar ini meninggal dunia pada Hari Ahad lepas setelah menderita
pelbagai jenis penyakit seperti diabetis, Hipertensi, jantung, buah
pinggang dan diagnosis terakhir Kanser Paru-paru Tahap 4. Marilah kita
sama-sama hadiahkan Al Fatihah kepada allahyarhamah.
Gambar-gambar pemandangan sekitar Felda Lepar Hilir di bawah ini diambil semalam ketika jerebu sangat tebal menyelubungi bumi Kuantan...
Keadaan berjerebu tebal di Felda Lepar Hilir 3, Gambang, Kuantan
pada Hari Ahad, 23 Jun 2013 semalam.
JEREBU DI BANDAR KUANTAN
Bencana Jerebu Jun 2013
By Puan Ummi Saturday, June 22, 2013
ASEAN, Bencana Alam, general knowledge, Geografi, Haze, Jerebu, Kesihatan 4 comments
Bencana Jerebu Jun 2013
Pekerja-pekerja binaan melakukan kerja seperti
biasa berlatar belakangkan Menara Berkembar Petronas yang di selaputi
jerebu ketika tinjauan di sini, hari ini. - Foto BERNAMA
KEADAAN jerebu yang teruk melanda bandar Muar
sejak awal pagi sehingga menjejaskan penglihatan pemandu kenderaan.
Beberapa kenderaan memasang lampu berikutan jarak penglihatan yang
terhad. - Foto Shahrul M Zain
RUANG udara Pasir Gudang yang diselubungi jerebu teruk sepertimana yang
dirakam jurugambar dari tingkat 20 Menara Aqabah, Pasir Gudang, Johor
pagi semalam.
Jerebu Di Malaysia Jom Jaga Alam Kita, klik di sini
Tip Untuk Pemandu Ketika Jerebu, klik di sini.
Jerebu Di Malaysia Jom Jaga Alam Kita, klik di sini
Tip Untuk Pemandu Ketika Jerebu, klik di sini.
Muar kembali ke paras berbahaya, IPU 373
ASEAN perlu bersatu atasi masalah jerebu
PBB prihatin kemerosotan kualiti udara di Asia Tenggara
Jerebu tebal dari Indonesia yang kini merebak ke Singapura dan Malaysia mendorong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membuat gesaan agar langkah pantas segera diambil untuk meningkatkan kualiti udara di Asia Tenggara.Dalam reaksinya tentang asbut tebal yang memenuhi ruang udara kebanyakan bandar raya di Asia Tenggara, seorang pegawai kanan PBB menggesa kerajaan di rantau itu supaya mengambil tindakan segera dan berkesan untuk menghadapi cabaran serius daripada kemerosotan kualiti udara yang boleh menjejaskan kesihatan penduduk di sana.
Jerebu Di Malaysia Jom Jaga Alam Kita
By Puan Ummi Monday, June 18, 2012
alam, Bencana Alam, general knowledge, Geografi, Jerebu, Malaysia, Pendidikan Kesihatan, pengetahuan am No comments
Jerebu, Kabus atau Kabut?
Gambar Kredit Kepada Cikguhairul cikguhairul.com dan Utusan Malaysia
Kabus dan kabut terbentuk hasil daripada pemeluwapan wap air ke atas zarah terampai di atmosfera. Dalam kajicuaca, kabus wujud jika ketampakan menjadi kurang (tanpa cuaca lain) dan kelembapan bandingan atmosfera di permukaan bumi melebihi 95%. Bila ketampakan mengufuk mengurang di bawah 1000 meter, fenomena dikelaskan sebagai kabut.
Apakah Itu Jerebu?
Jerebu disebabkan
oleh zarah terampai di dalam atmosfera. Pada kepekatan yang tingg,
zarah ini terserak dan menyerap cahaya matahari menyebabkan ketampakan
mengufuk mengurang serta menjadikan atmosfera kelihatan pendar baiduri.
Jerebu tidak hanya terbatas di kawasan
bandar tetapi juga di luar bandar. Zarah yang menyebabkan fenomena
jerebu berasal daripada pelbagai sumber yang terhasil secara semulajadi
atau aktiviti manusia.
Zarah-zarah terhasil daripada aktiviti manusia seperti:
-
Pembakaran terbuka
-
Pembukaan tanah
-
Penggunaan kenderaan bermotor
-
Pembakaran bahan api industri
Jerebu di Malaysia
Di kawasan tropika , angin biasanya
bertiup perlahan. Bagi tempoh tertentu terutamanya semasa monsun barat
daya, keadaan atmosfera sangat stabil dimana pergerakan udara mengufuk
dan menegak berkurangan. Dalam keadaan ini, pembentukan awam adalah
tidak aktif dan menyebabkan cuaca menjadi kering.
Faktor-faktor yang membantu pembentukan jerebu:
-
Tempoh cuaca kering yang panjang
-
Keadaan atmosfera yang stabil
-
Sumber pencemaran yang pelbagai
Zarah-zarah yang bebas di atmosfera akan terperangkap dalam jisim udara yang terapung dan meningkatkan kepekatannya yang menyebabkan keadaan atmosfera berjerebu.
Di
Semenanjung Malaysia, keadaan berjerebu biasanya berlaku dari bulan
Januari ke Februari dan Jun ke Ogos.
Sebaliknya, semasa Monsun Timur
Laut, angin lengas timur laut bertiup kuat dari Laut China Selatan
mempunyai kelembapan tinggi sering membawa hujan di daratan, oleh
itujerebu jarang kelihatan.
Bagaimana Jerebu Menghilang?
Dalam keadaan atmosfera yang
berubah-ubah, terdapat hari yang berjerebu dan cerah. Apakah yang
menyebabkan perubahan ini? Bila keadaan berjerebu, zarah-zarah di
atmosfera disingkirkan melalui beberapa proses iaitu:
-
Pemendapan – zarah yang lebih berat mendap ke bumi melalui pemendapan graviti.
-
Basuhan hujan (rainout) – pemeluwapan wap ke atas zarah membentuk titis air yang akhirnya menghasilakan awan.
-
Cucian (washout) – zarah disingkirkan melalui pelanggaran dan pencantuman dengan titisan hujan.
-
Pergolakan – zarah jerebu di paras atmosfera tinggi lebih senang terserak dan tersebar. Hujan lebat atau ribut petir yang menyeluruh dengan arus menaik dan menurun yang kuat boleh menyingkirkan jerebu dengan berkesan.
-
Tempoh hujan renyai yang singkat biasanya tidak berkesan dalam menghilangkan jerebu teruk.
Adakah Jerebu Berbahaya?
Tip Untuk Pemandu Ketika Jerebu
By Puan Ummi Saturday, June 16, 2012
alam, Bencana Alam, general knowledge, Jerebu, Keselamatan Jalan Raya, pengetahuan am, pengguna, prihatin, semasa No comments
Tip Untuk Pemandu Ketika Jerebu
Jerebu merupakan satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel kecil atau jirim yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia.
Apabila partikel tersebut wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ia akan menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi dan seterusnya mengurangkan jarak penglihatan. Oleh itu, setiap pemandu dinasihatkan supaya :
Menyalakan lampu kecil kenderaan apabila tahap penglihatan berada di bawah paras normal.
Tidak menyalakan lampu tinggi kerana kabut akan membalikkan cahaya tersebut dan mengurangkan tahap penglihatan termasuk terhadap pemandu lain.
Mengurangkan kelajuan agar sempat memberhentikan kenderaan sekiranya berlaku sebarang kecemasan.
Mengekalkan jarak pemanduan yang selamat sebagai langkah berhati-hati terhadap sebarang kejadian dan tindak balas akibat suasana jerebu.
Tidak berhenti atau meletak kenderaan di pinggir jalan kerana penglihatan yang kurang jelas boleh menyebabkan kemalangan.
Berhati-hati semasa membelok dan memintas serta memastikan keadaan benar-benar selamat sekiranya ingin berbuat demikian.
Mengalihkan segera kenderaan yang rosak ke bahu jalan serta menundanya secepat mungkin.
Warga emas yang mempunyai masalah penglihatan dinasihatkan agar tidak memandu dalam keadaan jerebu.
Sentiasa peka dengan maklumat dan pengumuman berhubung lalu lintas di radio mahupun papan tanda elektronik.
Penunggang motosikal perlu berpakaian warna terang dan topi keledar daripada material lut sinar serta memakai topeng penapis.
Tidak menggunakan signal kecemasan apabila memandu dalam keadaan berjerebu kerana ianya boleh mengelirukan pemandu lain.
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .


































