Jerebu Bukit Rambai catat kualiti udara tidak sihat
Bukit Rambai catat kualiti udara tidak sihat
MELAKA - Bukit Rambai di sini merupakan satu-satunya kawasan di
negara ini yang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak
sihat iaitu 105 pada tengah hari tadi.
Menurut Jabatan Alam Sekitar dalam laman webnya bacaan IPU di kawasan
itu dikesan berada pada paras tidak sihat pada pukul 8 pagi dengan
catatan 102 dan kekal dengan bacaan tersebut pada pukul 9 pagi.
Bagaimanapun bacaan itu meningkat kepada 103 pada pukul 10 pagi dan 105 pada pukul 11 pagi.
Sementara keadaan di Bandaraya Melaka dilapor masih berada pada tahap
IPU sederhana, bagaimanapun bacaannya meningkat daripada 77 pada pukul 8
pagi, 9 pagi (78), 10 pagi (79), 11 pagi (79) dan 12 tengah hari (80).
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan seagai baik, 51 hingga 100
(sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak
sihat) dan 300 ke atas sebagai bahaya.
Agensi Alam Sekitar Nasional Singapura turut meramalkan republik itu mungkin mengalami jerebu beberapa hari lagi. - Bernama
Sumber; Kosmo Online 21/07/2013 2:29pm
MELAKA 21 Julai - Kualiti udara di Bukit Rambai, Melaka setakat
tengah hari ini mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 105.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menerusi laman webnya menyatakan bacaan tidak sihat itu diperoleh sejak pukul 8 pagi (IPU 102).
Setakat tengah hari ini, Bukit Rambai merupakan satu-satunya kawasan
di negara ini yang mencatat bacaan tidak sihat dengan petunjuk bacaan
IPU antara 100 dan 200, kata laman web itu.
Related Posts:
Subhanallah Ribut di Pulau Pinang TakziahSubhanallah Ribut di Pulau Pinang Takziah dan Simpati buat keluarga mangsa
Gambar-gambar selepas ribut di Pulau Pinang. (sumber; google)
BUMBUNG dan siling rumah di Flat Hamna, Sungai Dua, … Read More
Belajar mengurus bencana
Belajar mengurus bencana
Assalamualaikum dan sleamat sejahtera. Artikel ini diambil disalin semula daripada akhabar Utusan Malaysia, Jumaat, 18/3/2011 untuk renungan bersama.
Belajar mengurus bencana
Oleh AZIZ JAMA… Read More
Tip Untuk Pemandu Ketika Jerebu
Tip Untuk Pemandu Ketika Jerebu
Jerebu merupakan satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak
partikel kecil atau jirim yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan
terapung-apung di udara. Partikel ini mungk… Read More
Gambar Sebelum Kejadian Tanah Runtuh
Gambar Sebelum Kejadian Tanah Runtuh
Gambar sebelum kejadian tanah runtuh berlaku...Sumber; klik sini.
Al Fatihah untuk semua mangsa yang telah meningal dunia dan yang terselamat.
Salam takziah kepada keluarg… Read More
Senarai nama 25 mangsa tragedi tanah runtuh
Senarai nama 25 mangsa tragedi tanah runtuh
Berikut adalah senarai nama 25 mangsa yang terbabit dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat.
Senarai nama ber… Read More
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .
0 Comments:
Post a Comment