Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

SPM 7A Syarat Jadi Guru

SPM 7A Syarat Jadi Guru

Syarat minimum SPM 7A mohon jadi guru


KUALA LUMPUR 8 Julai - Kementerian Pendidikan menetapkan syarat baharu minimum 7A bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari semenanjung untuk memohon menceburi profesion perguruan bermula tahun ini.



Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, kelonggaran minimum 5A diberikan kepada mereka yang tinggal di Sabah dan Sarawak.


Langkah itu bagi memartabatkan profesion perguruan di negara ini dan sejajar dengan hasrat kementerian mahukan 30 peratus lulusan SPM terbaik menyertai profesion itu, katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini.


Ketika ini, syarat asas mendapat cemerlang sekurang-kurangnya dalam tiga mata pelajaran dan kepujian dalam tiga mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan satu mata pelajaran lain serta lulus Bahasa Inggeris selain kelayakan khusus bagi bidang pengajian yang dipohon.


Sementara itu, Idris berkata, kementerian juga sedang mengkaji bagaimana untuk meringankan beban guru dalam pelaksanaan sistem pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) selain daripada menambah bilangan pembantu guru seperti yang telah dilaksanakan di Kedah dan Sabah.
Katanya, antara perkara yang diambil kira ialah penyediaan laporan yang tidak perlu terlalu banyak perincian dalam membuat penilaian mereka. - BERNAMA


Related Posts:

  • Tema Hari Kebangsaan Malaysia Tema Hari Kebangsaan Malaysia   Alhamdulillah bersyukur kepada Ilahi, kita dikurniakan nikmat kemerdekaan.  Pada tahun ini, kita akan menyambut ulangtahun kemerdekaan tanahair tercinta yang ke 53. Alhamd… Read More
  • Kenanglah Jasa BondaKenanglah Jasa Bonda Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar semua pengunjung blog Dunia Cikgu Kaunseling? begitu juga, apa khabar teman-teman followers blog ini? Semoga sihat-sihat semuanya. Untuk semua insan ber… Read More
  • TERIMA KASIH MGKK MARAN TERIMA KASIH MGKK MARAN Terima kasih kepada MGKK Maran di atas bantuan yang dihulurkan kepada saya.   Terima kasih kepada  MGKK MARAN khusuSnya  kepada Encik Sabaruddin bin Hashim, Guru Bimbingan dan… Read More
  • Hari Kemerdekaan Malaysiake 52 (2009) Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 52 SEGALA puji dan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahNYA hari ini kita rakyat Malaysia masih dapat mengecapi kehidupan yang aman damai dan sejahtera wa… Read More
  • PEMBELAJARAN DALAM TALIAN PELUANG TAMBAH ILMU PEMBELAJARAN DALAM TALIAN  PELUANG TAMBAH ILMU  EDU W EB TV , adalah salah satu contoh pendidikan dalam talian  yang sangat baik untuk para pelajar sekolah rendah dan menengah. KURSUS DALAM TAL… Read More

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .