Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Selamat Menduduki Peperiksaan Calon PMR 2013

Selamat Menduduki Peperiksaan Calon PMR 2013



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada pelajar SMK Lepar Hilir, Peperiksaan Percubaan PMR 2013 akan bermula pada 29 Julai 2013.  Semoga anda telah bersedia dengan bekalan secukupnya untuk menjawab soalan-soalan yang pasti ada jawapannya. 

 Walaupun sedang berpuasa jangan jadikan sebagai alasan untuk kurang bersedia kerana lapar dan dahaga kerana ingatlah bahawa orang-orang terdahulu berjuang menegakkan agama di bulan Ramadhan yang penuh berkah ini. 
Terdapat beberapa doa yang baik untuk diamalkan. Dengan berkat bulan Ramadhan semoga berjaya. Amin…

(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,
wa ‘ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii ‘aafiyaati, ya Arhamar raahimiin)
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul
serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu,
juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih”
Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan
(Wa hai yi’ lanaa min amrinaa rashadaa)
Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)
Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan
(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu
Allahumma zakkirnii maa nasiit) 3 kali
Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)
Doa memohon kejayaan cemerlang -
dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.
(Allahumma inni as-alukal fauza ‘indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa ‘ai syas su ‘a da’
wan nasra alaal a’daa’)
Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh


Saya doakan semoga anda berjaya membuktikan bahawa anda  boleh cemerlang, selamat berjuang wahai anak didikku.

Artikel ini disiarkan pada 26/7/2013 dan akan menjadi entry utama sehingga 2/8/2013.

Related Posts:

  • Petua Ibu Bapa Bantu Anak Hadapi PeperiksaanPetua Ibu Bapa Bantu Anak Hadapi Peperiksaan Memandangkan kita semakin menuju ke penghujung Tahun 2013. Peperiksaan juga semakin hampir. Peperiksaan Percubaan SPM Pahang telah BERMULA pada 29 Ogos 2013 lalu. Peperiksaan PMR … Read More
  • Selamat Menduduki Peperiksaan Calon PMR 2013Selamat Menduduki Peperiksaan Calon PMR 2013 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada pelajar SMK Lepar Hilir, Peperiksaan Percubaan PMR 2013 akan bermula pada 29 Julai 2013.  Semoga anda telah bersedia denga… Read More
  • Nadiah Amirah peroleh 19 1A SPM 2006 Nadiah Amirah peroleh 19 1A SPM 2006 CEMERLANG... Nadiah Amirah Jamil yang memperoleh 19 1A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2006 menunjukkan 19 kertas soalan mata pelajaran yang diambilnya di Kampung Sun… Read More
  • MUET 2011MUET 2011 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan MUET buat calon-calon MUET yang bakal menduduki peperiksaan MUET  bermula 4 April 2011 nanti. Kepada adik-adik yan… Read More
  • TIP BELAJAR UNTUK PEPERIKSAANTIP BELAJAR UNTUK PEPERIKSAAN  Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada calon PMR 2013 Negeri Pahang, anda telah pun selamat menduduki Peperiksaan Percubaan PMR 2013 pada Ramadhan lalu. Kepada calon PMR, saya … Read More

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .