Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Salam Nuzul Quran 2013 bersamaam 1434

Salam Jumaat dan Nuzul Quran 2013 bersamaam 1434


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah Pada pagi 17 Ramadan 2013 Masihi ini, umat Islam memperingati Malam Nuzul Quran yang berlaku pada 610M.Ia juga disebut Allah sebagai malam yang diberkati (lailatin mubarakah). Bermula malam 17 ramadhan malam tadi,  sebaik azan Isyak dilaungkan di surau perumahan saya, hujan lebat membasahi bumi seketika. Subhanallah.

Di Malaysia, ada negeri-negeri yang menjadikan peristiwa Nuzul Quran ini sebagai satu cuti umum.  Tahun ini 17 Ramadhan 1434 Hijrah jatuh pada 26 Julai 2013, Hari Jumaat yang mulia. Subhanallah.

Peristiwa  Nuzul Al-Quran adalah salah satu rahmat Allah swt yang terbesar buat umat manusia sejagat. Ia mempunyai ingatan dan pengajaran yang besar kepada kita pada hari ini, bahkan kepada kesemua bani insan hingga ke Hari Kiamat.

 Nuzul Quran bererti “Penurunan Al-Quran” oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad saw melalui Jibril pada malam 17 Ramadan tahun 610M di Gua Hirak, di puncak bukit Jabal Nur, Makkah Al-Mukarramah. 



Ketika nabi Muhammad saw sedang mengasingkan diri dari kekufuran dan kemaksiatan kaumnya di Mekah, datang Jibril menyampaikan 5 ayat pertama Surah Al-Alaq (Iqrak, bismirabbaikalladzi khalaq …) sekaligus terlantiklah Nabi Muhammad saw sebagai Rasul Allah yang terakhir dan Nabi Akhir Zaman.

 Allah SWT telah menurunkan al-Quran sebagai satu mukjizat terbesar yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad SAW dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya. Membaca al-Quran serta menghayati dan mengamalkannya adalah satu ibadat sunnah.
.
Maka peristiwa Nuzul al-Quran memberi makna terlalu besar kepada umat Islam dan kehidupan Nabi SAW khasnya.  Ayat al-Quran diturunkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW. melalui perantaraan Malaikat Jibril secara berperingkat-peringkat hingga menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.


Al-Quran dinukilkan kepada kita secara mutawatir, pasti dan qat’i serta ditulis mashaf yang hari ini lebih dikenali sebagai mashaf ‘Uthmani. Adalah wajar bagi umat Islam mengkaji sejarah al-Quran dan perkara yang berkaitan dengannya.

Firman Allah SWT.:
  1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat.(Surah al-Dukhan ayat 3).
  2.  Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.(Surah al-Qadr, ayat 1).
  3. Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.”  (Surah al-Baqarah, ayat 185)
‘Malam yang berkat’ yang dinyatakan Allah SWT dalam surah al-Dukhan itu adalah malam yang penuh dengan kebaikan dan rahmat, yang lebih besar keutamaannya dari amalan seribu bulan. Maka Allah SWT telah memilih tarikh turun kalam-Nya buat pemimpin umat sejagat Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan kemuliaan itu untuk berlaku pada hari yang mulia iaitu malam al-Qadr itu sendiri.


Ketiga2 ayat ini menunjukkan penurunan berlaku pada bulan Ramadhan dan secara khususnya ia diturunkan pada malam al-Qadr yang merupakan suatu anugerah Allah buat mereka yang menghidupkan malam-malam pada bulan Ramadhan. 


Sila baca lanjut di 


Related Posts:

  • Istimewanya Ramadan, Peristiwa Nuzul Al QuranIstimewanya Ramadan, Peristiwa Nuzul Al Quran Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar Semua? Apa khabar pelajar-pelajar SMKJP2 dan pelajar-pelajar di Negeri Pahang darul Makmur yang bercuti pada hari ini, (cuti um… Read More
  • Johor Cuti hari Jumaat Menjelang 1 Januari 2014Johor Cuti hari Jumaat Menjelang 1 Januari 2014 Johor ubah cuti hujung minggu  Sultan Ibrahim Iskandar mengurniakan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Datuk Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) kep… Read More
  • Salam Nuzul Quran 2013 bersamaam 1434Salam Jumaat dan Nuzul Quran 2013 bersamaam 1434 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Alhamdulillah Pada pagi 17 Ramadan 2013 Masihi ini, umat Islam memperingati Malam Nuzul Quran y… Read More
  • SALAM MAAL HIJRAH 1435 HIJRAHSALAM MAAL HIJRAH 1435 HIJRAH Salam maal hijrah buat semua umat Islam di seluruh dunia...di mana jua anda berada...semoga kita semua diberkati ALLAH & dimudahkan segala urusan, diberi kekuatan dan kesabaran, bersatu… Read More
  • AidilAdha Yang Mulia AidilAdha yang Mulia Assalamu'alaikum w.b.t kepada pelayar muslim teratak ini & Selamat Sejahtera kepada semua pelayar teratak myraudhatulukhuwah ini. Sempena perayaan Aidil Adha yang bakal menjelang tidak lama lagi, … Read More

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .