Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Seminar Peningkatan Profesionelisme Guru Bimbingan dan Kaunseling Kuantan 2013

Seminar Peningkatan Profesionelisme
 Guru Bimbingan dan Kaunseling Kuantan 2013


Seminar Peningkatan Profesionelisme
 Guru Bimbingan dan Kaunseling  Kuantan 2013

Tempat diadakan seminar:

Kolej IKIP di Kuantan (Kampus 5) (Nama Lama : Kolej IKIP5)
Taman Pertanian Indera Mahkota,
25200 Kuantan, Pahang.
No Tel : 09-573 6888 

Seminar dirasmikan oleh Tuan PPD Daerah Kuantan,
Tuan Haji Mohamad Bin Hamid.
 
Artikel di blog ini sebelum ini berkaitan Kolej IKIP sila kli di pautan IKIP, di sini.


Sebahagian gambar-gambar semasa seminar dijalankan.



Tn Hj Ali Afandi Pegawai JPN Pahang Unit HEM



 Pegawai IKIP sedang memberikan taklimat kepada GBK yang hadir.

 Mesyuarat MGKK Kuantan 2013.



Pada 5 Julai 2013, Isnin, telah diadakan


Seminar Peningkatan Profesionelisme
 Guru Bimbingan dan Kaunseling  Kuantan 2013.

Antara mesej yang disampaikan oleh Tuan PPD Kuantan
 Tuan Haji Mohamad Bin Hamid dalam ucapan perasmiannya ialah
berkaitan Ciri-ciri Profesionelisme Seorang guru Bimbingan dan kaunseling samada di epringkat Sekolah Menengahd an Sekolah rendah.

Beliau menyatakan anjakan profesionelisme, proaktif, inovatif, kreatif . Selain meminta GBK memikirkan kembali fungsi dan tugas GBK di sekolah, kepercayaan pelajar/ anak murid terhadap Guru Bimbingan Kaunseling, bagaimana untuk menjadi GBK yang berkesan, peranan perkhidmatan BNK di sekolah, keadaan Bilik Kaunseling di sekolah masing-masing, dan lain-lain lagi.

Seminar diteruskan dengan perkongsian ilmu oleh Yang Berbahagia Prof Dato' Dr Mansor Bin Abdullah, seorang ilmuan dan pakar dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Malaysia.

Saya merasa sangat bersemangat kerana inilah kali pertama saya melihat wajah dan susuk tubuh idola saya dari dekat. Walaupun dari jauh di sudut dewan, sekurang-kurangnya saya dapat berkata,"Oh inilah orangnya yang selama ini saya cuma baca sahaja untaian mutaira ilmunya di buku-buku ilmiahnya dan hanya mendengar tentang dirinya daripada ayah saya".

Tajuk Seminar
Yang Berbahagia Prof Dato' Dr Mansor Bin Abdullah
sampaikan ialah Peranan GBK Daerah Kuantan Ke Arah Transformasi Pendidikan Malaysia Masakini.

 Pada 11.40 pagi, Tuan Haji Afandi Pegawai UNIT HEM JPN Pahang memberikan taklimat beliau berkaitan Profesionelisme GBK.

Banyak yang beliau sentuh. Antranya Pelan Pembangunan Pendidikan Negara, Modul Guru Penyayang, Program Mentor mentee, Program Minda Sihat, Dasar Warga Emas Negara, Transformasi Sekolah ke arah sekolah Berkesan, Program Pembangunan Sakhsiah Diri, Program PERHALUS dan lain-lain lagi.

Seminar di Kolej IKIP di Kuantan (Kampus 5)
 (Nama Lama : Kolej IKIP5)
diteruskan dengan Sejenak Bersama IKIP Group of College.

 Pada 2.30 petang Mesyuarat Majlis Guru Kaunseling Kuantan  diadakan. 

Mesyuarat ditangguhkan pada 4.05 petang.
 

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .