Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Aliran Trafik Kuantan Diubah Julai 2013

Aliran Trafik Kuantan Diubah Julai 2013


                                                                   Bandar Kuantan Pahang


Perubahan trafik di bandar ini sejak 22 Julai yang lalu akan menjadi ujian paling getir hari ini (Jumaat). Ia memandangkan, sudah menjadi tradisi bandar Kuantan akan penuh sesak dengan kenderaan hari ini terutamanya selepas solat Jumaat. Ini kerana orang ramai dari Kemaman, Kerteh, Paka dan Terengganu Selatan akan turun untuk membeli-belah dan membuat urusan di sini. 


KUANTAN 24 Julai - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) mengalu-alukan maklum balas orang ramai berhubung perubahan trafik di daerah ini yang diubah daripada dua hala kepada sehala melibatkan beberapa jalan utama bagi mengurangkan kesesakan bermula kelmarin.
 
Yang Dipertuanya, Datuk Zulkifli Yaacob berkata, apa yang diharapkan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu orang ramai tampil memberi pandangan dan cadangan bagi memperkemaskan lagi perubahan aliran trafik yang dibuat.



"Jalan mana yang perlu dibaiki atau tambah lagi, tanda amaran apa diperlukan, di mana kita (MPK) perlu letakkan, tapi saya rasa hari ini masuk hari ketiga pelaksanaannya, kita lihat keadaan menjadi semakin baik.
"Saya harap warga Kuantan bersabar kerana jika kita tidak mencuba kita tidak boleh berubah. Kali terakhir kita ubah Jalan Besar dan Jalan Mahkota daripada dua hala menjadi sehala adalah pada tahun 1979, semasa itu Menteri Besar adalah Allahyarham Datuk Abdul Rahim Abu Bakar.
"Maknanya sudah 34 tahun kita tidak melalukan perubahan kepada aliran trafik di daerah ini, jadi saya rasa sudah sampai masanya kita lakukan perubahan ini," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.


Beliau sebelum itu menyempurnakan majlis penyampaian sumbangan 'Kami Prihatin' dan Bakul Ramadan kepada orang kurang upaya (OKU) Badan Kebajikan Bagi Insan Istimewa (Bakbiis) 2013 di sini hari ini.


Yang turut hadir, Ahli Majlis MPK, Datuk Dr. Abd. Wahid Abd. Manap.
Zulkifli berkata, MPK juga akan melakukan penambahbaikan bagi memastikan perubahan aliran trafik yang dilakukan berjaya direalisasikan.
"Pertamanya dari segi papan tanda, saya telah mengarahkan bahagian pembangunan MPK untuk menyediakan papan tunjuk arah yang lebih banyak lagi supaya memudahkan pengguna.
"Buat sementara waktu ini, kita juga menempatkan penguat kuasa MPK yang ditugaskan selama 24 jam untuk memastikan keadaan berjalan lancar. Kita juga berterima kasih kepada pihak yang turut membantu mengawal lalu lintas terutama pada waktu-waktu puncak," katanya.
Mengenai masalah orang ramai terutama pejalan kaki untuk melintas jalan akibat perubahan aliran trafik itu, beliau berkata, jejantas sedia ada perlu digunakan.
"Dalam pada itu, MPK dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang melihat kesesuaian semasa lampu isyarat merah sebagai laluan orang ramai melintas. Ini kita sedia maklum kerana kereta pastinya lebih laju melalui jalan sehala," katanya.

Sumber; Utusan Malaysia


















0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .