Kursus Kejuruteraan Elektrik Institut Kemahiran Baitulmal
Kursus Kejuruteraan Elektrik Institut Kemahiran Baitulmal
PENGENALAN :-
Kursus Kejuruteraan
Elektrik diperkenalkan pada tahun 1995. Tawaran kursus hanya satu tahun
dengan dianugerahkan Sijil Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) dan Sijil
Kemahiran Malaysia Peringkat Asas (SKM Asas). Bagi memenuhi permintaan
pasaran kerja sedia ada, maka kursus ini dinaiktaraf kepada dua tahun
pengajian dengan memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) peringkat
Asas dan Pertengahan pada tahun 1996.
Pada tahun
1997 hingga sekarang Sijil Kemahiran Malaysia ditukarnama kepada SKM
Tahap 1 dan Tahap 2. Bagi memenuhi permintaan global, pihak IKB
menjalankan pentauliahan kekompetenan Pendawai Tiga Fasa & Endorsan
(PW 4) daripada Suruhanjaya Tenaga kepada para pelatih yang mencapai
standard kemahiran yang dikehendaki.
Kelayakan Umum
- Pendapatan ketua keluarga pemohon adalah mengikut had kifayah semasa yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. (Asnaf Fakir dan Miskin)
- Pemohon beragama Islam tanpa mengira bangsa.
- Pemohon hendaklah sihat mental dan fizikal.
- Berumur antara 18 tahun sehingga 30 tahun.
- Minimum tamat Darjah 6 untuk kursus RPF, PPM, TBB dan SSR.
- Minimum mempunyai SPM dengan lulus Matematik untuk kursus KJE.
- Terbuka kepada lelaki dan wanita.
- Tidak pernah mengikuti mana-mana kursus kemahiran di institut kemahiran yang lain.
INSTITUT KEMAHIRAN BAITULMAL
Lot 1363, Jalan Perkasa, Taman Maluri
55100 Kuala Lumpur
Telefon : 03-92830385
Faksimili : 03-92811387
Email : ikbaitulmal@yahoo.com
0 Comments:
Post a Comment