Visitors playing with kelah, an endangered species,
at a sanctuary set up in Sungai Relau, Merapoh.
Sanctuary ikan kelah di Kuala Juram adalah destinasi pilihan bagi pengemar ikan kelah. selain mandi manda anda juga boleh bermain & berenang bersama spesis ikan ini di sekeliling anda..satu pengalaman yang pasti sukar diperolehi di lokasi lain..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Melihat ikan kelah berenang di air jernih di Sungai Relau, Pahang, mengingatkan saya pada pengalaman masa kecil saya di sebuah penempatan yang mana saya mudah sahaja melihat ikan berenang, ada udang-udang kecil dan ketam batu bermain-main di air jernih sungai kecil di situ. Sangat banyak dengan di pinggir sungai ada pokok periuk kera. Namun setelah 15 tahun berlalu, sekarang pemandangan itu sudah tiada lagi di situ. Ini kerana pesatnya pembangunan di kawasan itu turut mencemarkan air sungai di kawasan itu lalu udang dan ikan pun saya dah tak nampak lagi di situ selain airnya sudah kotor. Semoga keindagan alam dan kekayaan khazanah negara kita walau di mana ia berada akan dipelihara oleh masyarakat setempat dan pihak berkaitan.
T aman Negara SUNGAI RELAU, MERAPOH...Sungai Relau terletak diselatan Taman Negara
Pahang. Ia merupakan salah satu jalan masuk ke Taman Negara bahagian
selatan Kuala Tahan .Sementara pintu masuk yang berhampiran ialah Kuala
Koh Di Kelantan dan Tanjong Mentong di Terengganu.Sungai Relau terletak 7 KM dari Bandar kecil Merapoh. ia juga terletak dipertengahan laluan Kuala Lumpur ke Kota Bahru, Kelantan. Di antara bandar berhampiran ialah Gua Musang (30 KM) dan Kuala Lipis (100KM). Selain itu pengunjung juga boleh ke Taman Negara Pahang Sungai Relau dengan menggunakan perkhidmatan keretapi dari Kuala Lumpur – Gemas – Tumpat. Taman Negara ini mula dibuka semenjak ogos 1993.
Taman Negara Sungai Relau merupakan laluan utama bagi pendakian Gunung Tahan. Terdapat 2 alternatif pendakian iaitu Sungai Relau-Gunung Tahan-Sungai Relau ( 4 hari ) dan Sungai Relau-Gunung Tahan-Kuala Tahan ( 1 minggu )..pendaki akan menempuhi pelbagai jenis lapisan hutan semula jadi yang kaya dengan flora dan fauna sebelum sampai ke puncak. aktiviti ini sesuai bagi mereka yang meminati cabaran!!!! ia merupakan pintu masuk utama ke GUNUNG TAHAN dan turut menyediakan pelbagai aktiviti MENARIK..CABARAN..dan KEINDAHAN ALAM CIPTAAN ALLAH YANG SANGAT BEHARGA
SEDIKIT FAKTA
Taman Negara telah ditubuhkan pada tahun 1938/ 1939 yang meliputi tiga buah negeri di semenanjung malaysia ia itu Pahang, kelantan dan terengganu.Dahulunya di sebut sebagai King George V National Park bagi memperingati jubli Perak Kerajaan Diraja Britain Selepas kemerdekaan pada tahun 1957 namanya ditukar kepada Taman NegaraTaman Negara meliputi kawasan seluas 4343km persegi bersamaan 434300 hektar.
Taman Negara Pahang seluas 2477 km persegi bersamaan 247700 hektar .Taman Negara negeri Kelantan Darul Naim seluas 1013 km persegi bersamaan 101300 hektar diikuti taman Negara negeri trengganu seluas 853 km persegi bersamaan 85300 hektar. Dasar Perundangan yang dikuatkuasa di Taman Negara ialah Enakmen Taman Negara Pahang No.2 tahun 1939; Enakmen taman Negara Kelantan no 14 tahun 1938 dan enakmen taman Negara Terengganu no 6 tahun 1939 Objektif penubuhan Taman Negara adalah seperti dinyatakan dalam enakmen taman Negara
ARTIKEL DI BAWAH DARI KOSMO ONLINE:
SEBAIK sahaja memasuki simpang Bentong, Pahang perjalanan kru Horizon menuju ke Taman Negara Pahang Sungai Relau (TNPSR) ditemani oleh pemandangan pekan-pekan kecil.
Sedikit sebanyak suasana tersebut menjadikan perjalanan sejauh 250 kilometer dari Kuala Lumpur tidak dirasakan terlalu jauh. Perjalanan itu melewati pusat bandar Bentong, Raub dan Kuala Lipis sebelum tiba di destinasi yang dinanti-nantikan.
Pemanduan ke sana menjadi sedikit mencabar kerana terdapat banyak kenderaan memotong secara berbahaya walaupun berada di selekoh tajam di jalan satu lorong itu.
Namun, hati semakin teruja tatkala melihat beberapa bongkah ‘hutan batu’ gergasi yang ditumbuhi pohon-pohon hijau merimbun, menandakan lokasi yang ingin dituju semakin hampir. Pemanduan selama lima jam terbayar sewaktu kaki melangkah masuk ke hutan simpan TNPSR, Merapoh di Kuala Lipis.
Ketenangan benar-benar dirasakan bagi mereka yang ingin melarikan diri daripada kesibukan kerja kerana tiada gangguan panggilan keluar masuk di TNPSR. Liputan perkhidmatan telefon mudah alih terhad membuatkan anda lebih dekat dengan alam semula jadi.
Suasana di rimba masih terjaga dengan kekayaan flora dan fauna yang diidamkan oleh seorang pencinta alam. Jika anda ingin merasa sendiri pengalaman menangkap ikan kelah menggunakan tangan kosong, TNPSR adalah tempatnya.
Pengurus RA Adventure & Tours, Roslan Abdullah, 49, atau lebih dikenali dengan nama Pak Teh oleh penduduk setempat sudah berpengalaman selama enam tahun membawa pengunjung ke santuari ikan kelah TNPSR.
Sumber;
Kosmo Online
NST;
0 Comments:
Post a Comment