Permohonan Pinjaman Pendidikan Yayasan Bank Rakyat Julai 2013
Permohonan Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah
Yayasan Bank Rakyat Julai 2013
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada lepasan SPM dan STPM/ Matrikulasi ada berita gembira untuk anda daripada Yayasan Bank Rakyat.
Permohonan
terbuka kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS
yang berumur 18 tahun hingga 30 tahun ke bawah.Sila klik button readmore pada entry ini untuk info lanjut.
Permohonan terbuka kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS yang berumur 18 tahun hingga 30 tahun ke bawah. | |
Sila membuat pendaftaran akaun portal YBR sebelum membuat permohonan PPBU dengan mengklik butang “Pendaftaran Ahli”. | |
Isikan maklumat pelajar yang diperlukan sehingga selesai dan tekan butang “Hantar”. | |
Sebaik sahaja menekan butang “Hantar”, sila semak e-mel anda untuk mendapatkan KATA PENGGUNA dan KATA LALUAN. | |
Seterusnya, sila klik pautan yang diberikan di dalam e-mel yang sama bagi tujuan pengaktifan akaun. | |
Masukkan kata pengguna dan kata laluan di ruang yang telah disediakan dan klik butang “Masuk”. | |
Sebaik sahaja “Log in”, sekiranya anda ingin menukar emel atau kata laluan sila klik “Profil Pelajar” untuk kemaskini maklumat. | |
Sila klik butang “E-Borang” untuk membuat permohonan PPBU. | |
Isikan segala maklumat yang diperlukan sebelum menekan butang “Hantar”. | |
Anda akan menerima e-mel yang mengandungi maklumat yang telah anda berikan dan ia boleh dicetak sebagai salinan simpanan peribadi anda. | |
Sekiranya terlupa kata laluan, sila klik "Lupa Kata Laluan". | |
Isikan maklumat yang diperlukan dan klik "Hantar" selepas melengkapkan ruang maklumat. | |
Sila semak e-mel anda bagi mendapatkan kata laluan yang baru. | |
Segala perkembangan dari semasa ke semasa akan diberitahu melalui emel anda. |
SILA KE WEBSITE; http://www.yayasanbankrakyat.com.my
UNTUK PERMOHONAN
YAYASAN BANK RAKYAT
Penubuhan Yayasan |
Yayasan Bank Rakyat ditubuhkan setelah Perwakilan Mesyuarat Agung Tahunan Bank Rakyat yang bersidang pada 11 Jun 2005 di PWTC, Kuala Lumpur bersetuju dengan usul supaya Bank Rakyat menubuhkan sebuah Tabung Pendidikan. Lanjutan dari kajian terhadap usul tersebut, satu keputusan telah dicapai di mana Bank Rakyat perlu mewujudkan sebuah Yayasan yang berfungsi sebagai sebuah entiti yang berasingan daripada operasi Bank Rakyat. |
Permohonan penubuhan Yayasan ini telah dimajukan kepada pihak Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi dan Kementerian Kewangan . Kementerian ini telah bersetuju secara bersama dengan cadangan penubuhan sebuah Yayasan. Pada 1 Ogos 2006, Bank Rakyat telah menerima kelulusan dari Bank Negara Malaysia bagi penubuhan Yayasan dan pada 18 Ogos tahun yang sama Kementerian Kewangan telah meluluskan penggunaan perkataan "Bank" untuk nama Yayasan Bank Rakyat. |
Setelah melalui pelbagai proses penubuhannya, Yayasan Bank Rakyat telah secara rasminya didaftarkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 [Akta 258] dengan nombor pendaftaran PPAB-06/2007 pada 16 Mei 2007. Yayasan Bank Rakyat telah dilancarkan pada 5 April 2008 sempena majlis perasmian Mesyuarat Agung Bank Rakyat oleh Y.A.B Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi Datuk Noh Omar di Pusat Dagangan Dunia Putra. Yayasan telah memulakan operasinya pada 1 Oktober 2008. |
Pengisian dana Yayasan diperolehi menerusi sumbangan sebanyak RM10.00 daripada jumlah dividen yang diperolehi oleh setiap anggota Bank Rakyat (individu dan koperasi) yang layak pada setiap tahun. |
Logo Logo Yayasan Bank Rakyat (YBR) masih mengekalkan logo Bank Rakyat. Ia merupakan kesepaduan imej yang mempunyai jalinan erat yang melambangkan keprihatinan YBR yang komited untuk membantu meningkatkan taraf pendidikan anggota dan anak-anak anggota Bank Rakyat khususnya dan Malaysia amnya disamping menggalakkan sikap tolong-menolong di kalangan Masyarakat yang memerlukan. |
Ikon Segi Tiga Ikon tiga segi melambangkan objektif utama YBR dalam memberikan sumbangan kearah pembangunan pendidikan dan komitmen YBR untuk melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Objektif ini memberi momentum ke arah mencerminkan warga kerja YBR yang optimistik dalam mencapai matlamat dan cita-cita Yayasan. |
Warna Biru melambangkan YBR sentiasa bersatu, bersedia, setia, profesional, komited dan berdedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab bagi menjayakan setiap misi yayasan. Putih melambangkan keikhlasan YBR untuk menawarkan perkhidmatan yang berkualiti kepada anggota dan anak-anak anggota khususnya dan orang ramai amnya. |
Visi Berusaha untuk mempertingkatkan taraf pendidikan rakyat Malaysia yang miskin tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan serta berusaha meningkatkan taraf sosio-ekonomi menerusi bidang ilmu dan pendidikan disamping menggalakkan sikap tolong menolong dikalangan rakyat Malaysia. |
|
Misi | |
* | Menerima dan mentadbir dana yang disumbangkan oleh anggota masyarakat dan badan-badan korporat dengan bijaksana bagi memastikan kekukuhannya. |
* | Memberi peluang yang adil dan saksama kepada rakyat Malaysia yang miskin tanpa mengira bangsa, agama, keturunan dan yang berkelayakan untuk melanjutkan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi. |
* | Mewujudkan masyarakat yang berilmu pengetahuan, berkemahiran, memiliki sosio-ekonomi yang teguh dan berjasa kepada bangsa dan negara. |
* | Menjadi penyumbang kepada pembangunan modal insan negara. |
Objektif | |
* | Membina dan meningkatkan taraf pendidikan rakyat Malaysia konsisten dengan Polisi Pendidikan Nasional dan Akta Pendidikan 1961 dari masa kesemasa tanpa prejudis kepada matlamat utama penubuhan Yayasan untuk memberi biasiswa dan pembiayaan kepada rakyat Malaysia yang miskin tanpa mengira bangsa, agama, keturunan dan berkelayakan untuk melanjutkan pelajaran di IPTA / IPTS. |
* | Menjaga dan menguruskan perihal urusan pemberian biasiswa atau pembiayaan pinjaman kepada rakyat warganegara Malaysia yang miskin tanpa mengira bangsa, agama, keturunan dan yang berkelayakan dan yang telah diterima masuk atau yang sedang mengikuti kursus bagi peringkat sarjana atau ijazah sarjana lanjutan yang difikirkan oleh Yayasan layak menerima biasiswa atau pinjaman bagi tujuan pengajian mereka di IPTA / IPTS. |
* | Menyedia dan menguruskan bantuan pendidikan berbentuk biasiswa atau pembiayaan / pinjaman (termasuk yuran pengajian dan kos sara hidup) kepada rakyat warganegara Malaysia yang miskin tanpa mengira agama, keturunan dan yang berkelayakan serta sedang menuntut di IPTA / IPTS atau mana-mana institusi pendidikan di dalam negeri yang akan diputuskan dari masa ke semasa. |
* | Menyediakan perkhidmatan mengurus, mentadbir dan memungut bayaran pembiayaan / pinjaman yang diberikan. |
* | Memberikan bantuan kepada semua rakyat warganegara Malaysia yang miskin tanpa mengira bangsa, agama, keturunan dan yang berkelayakan umumnya yang kurang upaya dan tidak berkemampuan dari segi kewangan. |
* | Memberi sumbangan amal kepada mana-mana individu, badan-badan atau pertubuhan sebagai menjalankan tanggungjawab sosial yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Jabatan Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN). |
Matlamat Matlamat utama penubuhan Yayasan Bank Rakyat ialah untuk menyediakan bantuan kewangan kepada rakyat warganegara Malaysia, anggota dan anak-anak anggota yang berkelayakan yang telah mendapat dan menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA / IPTS di dalam negeri. |
0 Comments:
Post a Comment