PBS BM TING 1 INSTRUMEN BAND 1
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. PBS adalah suatu instrumen baru menggantikan Peperiksaan PMR. Saya memuat naik artikel berkaitan PBS di blog ini sebagai kemudahan saya membuat rujukan dalam menjalankan tugas saya.
Artikel Apa Itu PBS, sila klik di sini.
Markah Gred PBS, sila klik di sini.
KEMAHIRAN
|
Mendengar dan Bertutur
|
BAND
|
1
|
PERNYATAAAN STANDARD
|
Mengetahui perkara yang didengar- dituturkan, dibaca dan ditulis
|
DESKRIPTOR
|
B1 DL 1
Berinteraksi dengan menggunakan perkataan yang mudah
|
EVIDENS
|
B1 DL1 E1
Berinteraksi tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan kehidupan harian.
|
AKTIVITI PENTAKSIRAN
|
1.Guru berbual dengan murid tentang hobi pada masa lapang.
2.Murid-murid memberikan respon kepada perbincangan.
3.Guru mengarahkan murid berbincang dengan pasangan tentang pengisian masa lapang mereka.
4.Guru meminta kedua-dua murid berbual tentang aktiviti pada masa lapang.
|
Contoh perbualan:
Murid 1: Apakah aktiviti yang anda selalu buat pada masa lapang?
Murid 2: Pada masa lapang saya suka bermain bola sepak.
Murid 1: Di manakah anda selalu bermain bola sepak?
Murid 2: Saya selalu bermain bola sepak di padang berhampiran dengan rumah
saya.
Murid 1:Siapakah yang selalu bermain dengan anda?
Murid 2:Saya selalu bermain bersama-sama dengan rakan sekolah saya.
Murid 1: Di manakah posisi kegemaran anda?
Murid 2: Saya suka bermain sebagai penyerang.
|
KEMAHIRAN
|
MEMBACA
|
BAND
|
1
|
PERNYATAAN STANDARD
|
Mengetahui perkara yang didengar- dituturkan, dibaca dan ditulis.
|
DESKRIPTOR
|
B1 DB1
Membaca ayat daripada sesuatu sumber.
|
EVIDENS
|
B1 DB1 E1
Membaca ayat secara mekanis daripada sesuatu sumber dengan bimbingan.
|
AKTIVITI PENTAKSIRAN
|
1. Guru meminta murid membuka buku teks Antologi Cerpen Kasut Kelopak Jantung.
2. Guru meminta murid membuka halaman 84, cerpen Kasut Kelopak Jantung.
3. Guru meminta beberapa orang murid membaca petikan tersebut secara bergilir-gilir.
4. Guru membimbing murid yang kurang lancar bacaannya.
5. Ketika murid membaca, guru mengisi Borang Inventori Bacaan.
CONTOH BAHAN BACAAN
“Ahmad
tak ada. Dia pergi ke kebun sayur mengambil upah memetik cili.
Sebentar lagi dia balik,” kata orang tua itu. “Encik ni siapa?”
tambahnya kemudian.
“Saya Cikgu Harun.” Riak wajah wanita itu terus berubah mendengar jawapan itu.
“Jemputlah naik,” pelawa wanita itu. Cikgu Harun dapat meneka bahawa wanita itu ibu Ahmad daripada raut wajahnya.
“Tak apalah! Saya nak jumpa Ahmad,” balas Cikgu Harun.
Tidak
lama kemudian Cikgu Harun terpandang kelibat seorang budak lelaki
berjalan di celah-celah semak di belakang rumah. Pergerakan budak itu
tidak lancar. Cikgu Harun hanya menanti dengan sedikit debaran di
dada.
“Ahmad!”
sapa Cikgu Harun apabila budak itu hampir dengannya. Ahmad seperti
terkejut dengan sapaan dan kehadiran Cikgu Harun. Dia terus sahaja
membatukan diri. Cikgu Harun memerhatikan Ahmad dari atas ke bawah.
Pandangannya terlekat peda kaki Ahmad. Kelopak jantung pisang yang
sudah berjurai-jurai masih terlekat pada kaki budak lurus itu.
“Kenapa
tak buka kelopak jantung ini?” tanya Cikgu Harun pantas. Perasaannya
mula tersentuh. Dia tidak menyangka arahan supaya tidak menanggalkan
kelopak jantung itu benar-benar dipatuhi oleh anak murid yang selalu
menganggu perhatiannya itu.
“Saya
belum cukup duit untuk membeli kasut baru, jawab Ahmad
terkebil-kebil. Jemari halus kelihatan kemerah-merahan, barangkali
bekas keperitan bekerja memetik cili api di kebun sayur berdekatan.
Air
mata Cikgu Harun gugur tanpa disedari. Dia terus sahaja menghidupkan
enjin motosikalnya. Dia melalui denai-denai sempit menuju ke arah
pekan berdekatan. Di pekan itu, dia membeli sepasang pakaian sekolah
dan sepasang kasut.
Kemudian, Cikgu Harun bergegas pulang. Dia terus ke
hujung kampung. Dia menyerahkan beg plastik berisi pakaian sekolah
itu kepada Ahmad. Ahmad tetap dengan caranya berhadapan dengan guru
darjahnya itu, diam dan terkebil-kebil.
(Antologi Kasut Kelopak Jantung, halaman
|
KEMAHIRAN
|
MENULIS
| ||||
BAND
|
1
| ||||
PERNYATAAN STANDARD
|
Mengetahui perkara yang didengar- dituturkan,dibaca dan ditulis.
| ||||
DESKRIPTOR
|
B1DT1
Menulis ayat mudah.
| ||||
EVIDENS
|
B1DT1E1
Menulis ayat mudah dengan bimbingan (FN+FN,FN+FK,FN+FA,FN+FSN)
| ||||
AKTIVITI
PENTAKSIRAN
|
1. Guru menunjukkan contoh-contoh ayat mudah bagi keempat-empat pola ayat (FN+FN,FN+FK,FN+FA,FN+FSN)
2. Guru meminta murid menulis ayat mudah dengan melengkapkan tugasan yang disediakan.
| ||||
|
B1DT1E1 (Aras 1)
Lengkapkan pola ayat di bawah berdasarkan padanan ayat di atas.
1. FN + FN
____________________________ .
2. FN + FK
____________________________.
3. FN + FA
____________________________ .
4. FN + FSN
____________________________ .
| ||||
|
B1DT1E1 ( Aras 2)
Lengkapkan ayat-aat berikut dengan menggunakan pola ayat dasar yang berikut.
FN + FN
1. Puan Salmah _______________ .
FN + FK
2. Murid-murid itu ______________ .
FN + FA
3. ______________ besar.
FN + FSN
4. _______________ dari Sabah.
| ||||
|
B1DT1E1 (Aras 3)
Bina ayat mudah berdasrkan pola ayat di bawah.
FN + FN
1. _______________________________________ .
FN + FK
2. _______________________________________ .
FN + FA
3. _______________________________________ .
FN + FSN
4. _______________________________________ .
|
0 Comments:
Post a Comment