Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Contoh Resume Ke Universiti


Contoh Resume Ke Universiti









Gambar program Unit Kaunseling Kerjaya KMPh bersama Prof Madya Dr Wan Amizah Wan Mahmid, Ketua Program  Komunikasi Media UKM 

Assalamualaikum dan selamat malam. Anak-anak apa khabar?  Saya mendapat banyak pertanyaan berkaitan resume. Antara 


Cara Membuat Resume dan Contoh Resume

Apa itu resume? Resume merupakan ringkasan maklumat peribadi, kelayakan, pengalaman dan rujukan. Setiap pekerjaan menginginkan resume untuk melihat kelayakan anda untuk bekerja. Bagaimanakah cara untuk membuat resume?  Diakhir penulisan saya sertakan contoh format resume kepada anda.

Sedikit tip  Semoga bermanfaat dan dapat dijadikan panduan terutama buat anak2 

RESUME

1. Pastikan resume yang dihasilkan paling maksimum 2 muka surat jangan lebih.
2. Bentukkan resume mudah dan padat (elok guna konsep minimalis).
3. Gunakan font tulisan yang terang, kemas seperti Arial, Century atau Verdana (please do not use fancy font) .
4. Dalam resume, letakkan objektif kerje (penting). Objektif kerja ini berbeza mengikut bidang. (bagi resume mohon kerja).

5. Mana-mana isi yang tidak berkaitan atau tidak penting seperti tinggi, berat tidak perlulah dinyatakan didalam resume.
6. Update segala maklumat bermula lepas SPM sehingga sekarang. (Kerja jual dadih juga boleh disi dibawah kategori usahawan).
7. Susun dan cetak salinan sijil akademik, kokurikulum, kursus mengikut tahun.
8. Untuk part reference, boleh guna nama ketua jabatan, penasihat akademik, supervisor FYP atau pensyarah tapi pastikan maklumkan pada mereka.

9. Isi setiap maklumat yang diperlukan dengan betul tanpa penyelewengan.
10. Wajib ada satu email formal dan no telefon yang tidak akan ditukar-tukar (walaupun anda clash 

11.  Pastikan no telefon yang diberikan itu boleh dihubungi 24jam dimana sahaja anda berada. 
12.  Sekiranya dapat miss call tu, maka segera lah buat panggilan balas. Jangan biarkan pemanggil menunggu/mencari kita (jangan kedekut kredit sangat).
13. cetak resume atas kertas keras >80gsm (looks professional).


INTERVIEW

1. Selidik latar belakang universiti seperti jumlah fakulti dan jabatan.
2. Periksa lokasi tempat interview disesuatu tempat (kalau boleh sehari sebelum cari lokasi tempat interview, jadi esoknya tidak kelam kabut mencari)
3. Sedia sejam sebelum interview. Mungkin nampak skema datang awal tetapi kalau dalam keadaan bersedia ianya akan lebih mudah.
4. Keep calm, be yourself (seriusly jangan nak propa sangat masa interview)
5. Masa bercakap, buat eye contact (it shows that you are confident)
6. Masa masuk beri salam dan masa keluar cakap terima kasih.

The rest is doa, tawakal dan tunggu maklumbalas. Ini yang mampu aku kongsikan selama aku memohon pekerjaan (masih lagi mencari yang terbaik). Kebanyakan tips adalah adaptasi melalui perkongsian di FB dan pencarian di Google.

Kepada lepasan Matrikulasi KPM, STPM, STAM.dan setaraf yang mendapat panggilan temuduga, samada temuduga ke IPTA mahupun MedSI, tahniah diucapkan. Kepada yang tidak dipanggil temuduga, usahlah berdukacita.

Berdoalah terus kepada Ilahi, dengan gigih dan kesabaran, InsyaAllah masa anda tiba juga.

Apa yang perlu ada dalam resume?

1.    Gambar pasport

2.    Nama penuh
Cth:
ABDUL KARIM BIN ABDUL RAHIM

3.    Alamat tetap, no telefon dan alamat emel
Cth:    
No 38, Lorong Pelindung Jaya 38,
Beserah 26100, Kuantan, Pahang
No Telefon: 01X-XXXXXXX
e-mel: xxxxxxxxx@yahoo.com

4.    Objektif anda bekerja
Cth:
Untuk menjadikan pekerja yang progresif dan inovatif dalam suasana pekerjaan dengan menggunakan kemahiran dan ilmu yang ada.

5.    Maklumat peribadi
Cth:
No IC              : _________                Tarikh Lahir    : _________   
Warganegara  : _________               Tempat Lahir  : _________   
Bangsa           : _________               Agama             : _________   
Status             : Bujang/Berkahwin    Jantina            : _________   
           
6.    Latar belakang pendidikan
20XX-20XX    Sekolah Menengah ___________(Nama sekolah)
                                   Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
                                   Gred: ______________________
           
            20XX-20XX    Universiti _____________ (nama universiti)           
Diploma _____________
                                   CGPA: _____________

7.    Pengalaman kerja
Cth:
Tahun                                     Nama syarikat - Jawatan
Jun 20XX – Julai 20XX         Syarikat XXX – Jurutera

8.    Kemahiran @ skil (bahasa)
Cth:
·         Mahir bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
·         Mempunyai kebolehan untuk bertutur dalam Bahasa Perancis

9.    Kemahiran @skil (perisian) atau (bakat)
Cth:
Kemahiran menggunakan applikasi komputer termasuk MS Office.

10.  Aktiviti
Cth:
Tahun             Jawatan yg disandang, Nama persatuan dan Nama sekolah
2008               Pengerusi, Kelab Kembara Sekolah Menengah _________

11.  Anugerah
Cth:
Anugerah Dekan Universiti......... (20XX)

12.  Rujukan
Biasanya rujukan ada 2
Cth:
Nama Pensyarah/Bos/Penyelia                 Nama Pensyarah/Bos/Penyelia
Jawatan                                                         Jawatan                     
Alamat                                                            Alamat                                              
Tel. No (Off.): _________                             Tel. No (Off.): _________    
Tel. No (H/P): _________                             Tel. No (H/P): _________ 

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .