Terima Kasih Jururawat Malaysia
Selamat Hari Jururawat (Selasa,12 Mei 2009). Begitu juga buat para doktor yang bertungkus-lumus sampai takde masa nak rehat dan nak makan sebab nak utamakan keselamatan pesakit. Hari doktor ada tak ya?
Buat semua para jururawat, semoga kalian terus tabah dan sabar menghadapi kerenah pesakit dan keluarga pesakit. Juga kepada sesiapa yang berurusan dengan jururawat.
Saya di sini juga mengucapkan terima kasih Terutama buat semua jururawat yang pernah meladeni saya dan anak dengan baik dan telaten/cakna. Khusunya Kak Nor dan rakan-rakan Hospital Segamat, Kak An JM Jengka yang baru je bersara dan balik ke Mentakab, Kak Timah JM HTAA 8A yang dah 2 tahun bersara, Staf 8A,Staf 1A(especially Letchumy dan 2 SN sekitar 20-an maaf ya terlupa),1C,6C.
Juga istimewa buat semua doktor yang dedikasi Dr Sudesan, Dr Ganesh, Dr Anita, Dr Haslinda. TQ
Sekalung penghargaan jua buat semua staf Poliklinik dan Klinik Ibu hamil dan Anak Keratong, dari Dr, M.A, Staff Nurse, Nurse, Jururawat masyarakat, Pembantu Kesihatan. Buat Dr Chai, maaf sebab selalu membuatkan Dr tak senang duduk.
Staf O&G Hospital Muadzam Shah. terutama kak asnah yang selalu memberi motivasi agar saya meneruskan kehamilan dengan baik jua meneruskan kehidupan dengan semangat jitu. Mungkin pengalaman kita hampir sama, sama ada punca cuti sakit berpanjangan (bezanya Kak As tak retired), kekeluargaan, hubungan anak menantu-mertua dan pasang surut kerjaya.
Perbaiki kualiti hidup anak terlantar di hospital
Oleh: DR. TEOH HSIEN-JIN
Siri Akhir
BAGI Tasnim, pergi ke hospital sungguh tidak
menggembirakan. Sudah cukup teruk baginya menanggung segala macam
kesakitan, ramai pula orang yang sibuk ke sana ke mari tanpa sesiapa pun
memberitahunya apa yang sedang berlaku. Setelah tiba, dia dipaksa
berbaring di atas katil, dan dilarang bergerak sementara dirinya dicucuk
dan ditujah. Sebilah jarum dicucuk ke lengannya dan sekampit air yang
besar menitiskan sesuatu yang dingin menerusi jarum ke dalam lengannya.
Setiap beberapa minit mesin di sisi katilnya menghasilkan bunyi bip
yang pelik, garisan merah melompat ke atas dan ke bawah pada skrin mesin
itu. Tidak cukup dengan itu, seorang wanita berpakaian biru sesekali
akan datang dan menyumbat termometer ke dalam mulutnya.
Pada hari-hari yang berlalu, Tasnim mendengar doktor yang datang
melawatnya bilabila sahaja dia suka, menyebut sesuatu mengenai leukemia.
Hidup di hospital sungguh membosankan. Tiada rakan untuk bermain. Untuk
tidur agak sukar kerana keadaannya bising dan yang paling teruk, dia
tidak tahu apa yang sedang berlaku kerana tidak ada sesiapa pun yang
memberitahunya.
Yang dia tahu pelbagai orang akan muncul di sisi katilnya tanpa
sebarang pengumuman, dan kemudian sama ada mencucuk atau menusuk sebilah
lagi jarum kepadanya. Ia bukan sahaja menyakitkan, tetapi pengalaman
yang membosankan.
Patutlah rakan-rakan saya kata orang yang pergi ke hospital akan mati, Tasnim memberitahu ibunya.
Pemergian ke hospital sering kali menjadi pengalaman yang melemahkan
semangat bagi ramai kanak-kanak. Mereka hilang kawalan ke atas kehidupan
sendiri disebabkan rutin yang tidak dapat diramal dan kekhuatiran
mengenai sesuatu yang tidak diketahui.
Hasilnya, ramai kanak-kanak benci ke hospital. Bagaimanapun,
kanak-kanak yang sakit akhirnya terpaksa juga ke hospital dan ada banyak
perkara yang ibu bapa, jururawat dan doktor boleh lakukan untuk membuat
keadaannya lebih gembira.
Apabila seseorang anak masuk ke hospital untuk kali pertama, ia
adalah perjalanan yang tidak diketahui. Kita mengandaikan kanak-kanak
tahu bahawa orang pergi ke hospital untuk menjadi sihat. Sebaliknya,
yang mereka ingat ialah masa penantian yang lama, prosedur yang
menyakitkan dan kesakitan. Ini bukan pengalaman yang disenangi dan
akibatnya, kanak-kanak berasa risau dan takut untuk tinggal di hospital.
Hidup dalam wad sering kali menyebabkan mereka cepat marah, bosan,
rindukan rakan-rakan dan sering bimbang bila seseorang kakitangan
perubatan masuk ke dalam bilik. Akibat semua ini, kualiti kehidupan
seseorang anak sering menurun apabila memasuki hospital. Kualiti
kehidupan seseorang boleh diterangkan sebagai tahap kepuasan emosi,
sosial dan fizikal dengan kehidupan.
Situasi hospital tempat kanak-kanak berada sering kali menjadi lebih
teruk apabila melihat ibu bapa mereka bimbang. Umumnya, ibu bapa yang
membawa anak mereka ke hospital selalu risau, bimbang dan khuatir
mengenai diagnosis dan hasil rawatan. Mereka sangat risau mengenai
kesihatan anak mereka dan menyerahkan hidup anak itu dengan penuh
kepercayaan ke tangan kakitangan perubatan.
Ketika di hospital, seorang ibu atau bapa selalu menemani anak. Ibu
atau bapa yang berada di hospital terpaksa mengambil cuti dan
mengorbankan masa yang dahulunya diluangkan dengan ahli keluarga lain.
Ketika cuba menyesuaikan diri dengan rutin wad yang seolah-olah tidak
dapat diramal di mana ibu atau bapa selalu tidak pasti apa yang doktor
dan jururawat akan katakan selepas itu, ibu bapa menjadi keletihan di
segi fizikal dan emosional. Kualiti kehidupan mereka juga merosot. Anak
yang melihat tingkah laku dan emosi ibu bapa mereka mula berasa tidak
berupaya.
Memang malang kualiti kehidupan kanak-kanak sering menurun ketika
berada lama di hospital. Dalam proses ini, ramai yang berasa tidak
berupaya kerana seluruh hidup dan rutin adalah dalam tangan kakitangan
wad. Kunjungan untuk prosedur yang menyakitkan dan terpaksa memakan ubat
yang rasanya tidak disukai tidaklah dapat diramalkan dan ini
mengukuhkan lagi perasaan tidak berupaya itu. Penyelidikan menunjukkan,
apabila seseorang berasa tidak berupaya akibat penurunan kualiti
kehidupan, sistem imun mereka lemah dan menjadi terdedah terhadap
penyakit. Ini melambatkan kadar penyembuhan dan kanak- kanak itu mungkin
memerlukan masa yang lebih lama untuk sembuh. Ini bukan berita baik
memandangkan kanak-kanak sepatutnya ke hospital untuk menjadi lebih
baik.
Ada beberapa perkara yang kakitangan perubatan boleh lakukan untuk
meningkatkan kualiti kehidupan anak yang tinggal di wad. Seseorang
manusia bukan setakat entiti fizikal, tetapi juga dipenuhi dengan emosi
dan perasaan. Penjagaan perubatan perlu mempertimbangkan kedua-dua aspek
ini dalam seni penyembuhan. Ia bermula dengan penerangan mengenai
masalah perubatan dan prosedurnya dalam istilah yang mudah difahami
oleh ibu bapa.
Seseorang profesional perubatan yang empatik memang meluangkan masa
untuk pesakitnya. Dalam bidang psikologi klinikal, adalah menjadi
falsafah bahawa rawatan ke atas anak turut memasukkan unsur yang
membantu ibu bapa yang menjaga anak itu. Selain itu, sesetengah
struktur dalam sesuatu hari yang patut diberikan pada anak itu ialah
jangkaan masa makan, masa prosedur dijalankan, dan masa doktor dan
jururawat melawat. Ini menimbulkan suasana yang boleh diramal yang mana
akan membuat pesakit dan keluarganya berasa lebih selesa.
Akhir sekali, hidup seseorang anak di wad juga memerlukan sedikit
persamaan dengan kehidupan di rumah. Rutin wad boleh diwujudkan dan ini
termasuk masa bermain, bersosial, makan, berehat, menonton televisyen,
membaca, melawat, prosedur dan belajar. Sesetengah wad kanak-kanak malah
mempunyai sekolah hospital di mana kanak-kanak yang tinggal lama
dikehendaki terus belajar dengan jumlah kerja akademik yang terhad.
Penyelidikan menunjukkan bahawa rutin dapat membantu mewujudkan
penetapan jangka waktu dan ini mengurangkan tahap perasaan murung dalam
kebanyakan kanak- kanak yang tinggal di wad.
Kebanyakan tanggungjawab menjaga anak di wad tetap menjadi
tanggungjawab kakitangan perubatan. Bagaimanapun, ada banyak perkara
yang ibu bapa boleh lakukan untuk menyokong usaha mereka. Sesetengah
cadangan yang boleh membantu termasuk membentuk suatu struktur dan
jadual waktu ketika anak berada di wad. Ini perlu dilakukan secara
bekerjasama dengan kakitangan perubatan dan harus perlu memasukkan masa
untuk bermain, belajar dan berehat, di samping aktiviti perubatan dan
pengemasan yang perlu.
Ibu bapa patut membawa buku-buku, alatan dan permainan bagi
mewujudkan aktiviti untuk anak itu. Di mana yang boleh, cuba ikhtiarkan
supaya anak itu berinteraksi dengan kanak-kanak lain di dalam wad.
Mempunyai rakan bermain dan berbual dapat membantu meningkatkan semangat
anak itu. Sebagai sebahagian daripada struktur, ibu bapa boleh membantu
menguruskan lawatan oleh saudara-mara dan rakan-rakan pada waktu yang
ditetapkan.
Semua ini memeras kesihatan dan emosi ibu bapa. Oleh itu sebahagian
besar dalam menjamin kualiti kehidupan anak ialah untuk memastikan ibu
bapanya sihat. Ibu bapa boleh mencapai ini dengan cuba bersikap optimis
dan ceria, berhenti seketika untuk berehat sesekali dan saling menyokong
satu sama lain dalam masa krisis.
Sumber; Utusan online
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .