Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label Kerjaya Kejuruteraan. Show all posts
Showing posts with label Kerjaya Kejuruteraan. Show all posts

Lepasan SPM 2018 Permohonan Matrikulasi KPM dilanjutkan sehingga 2 April 2019

Lepasan SPM 2018 Permohonan Matrikulasi KPM dilanjutkan sehingga 2 April 2019




Permohonan Matrikulasi dibuka  mulai 25 Februari 2019 hingga 2 April 2019


PUTRAJAYA: Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 yang ingin ke Program Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh mula membuat permohonan mulai 25 Februari hingga 2 April ini.
KPM dalam kenyataan hari ini berkata, pemohon boleh membeli Nombor Pengenalan Individu (NPI) lima digit di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berharga RM10 dengan menggunakan Nombor Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan yang digunakan untuk mendaftar masuk peperiksaan SPM tahun 2018.
Sila buat permohonan anda di link berikut:
Menurutnya, keputusan ke Program Matrikulasi KPM akan dikeluarkan melalui laman sesawang berkenaan.
“Pelajar atau pemohon tidak perlu menghantar salinan keputusan SPM ke Bahagian Matrkulasi KPM kerana keputusan SPM calon yang berjaya akan diperoleh terus daripada Lembaga Peperiksaan sejurus selepas keputusan SPM diumumkan secara rasmi,” katanya.
Katanya, pelajar yang ditawarkan ke Program Matrikulasi KPM perlu mencetak sendiri surat tawaran kerana tawaran akan dikeluarkan atas talian sepenuhnya.
SUMBER; Berita Harian, klik di sini.
INFO BERKAITAN KOLEJ MATRIKULASI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, BOLEH KLIK DI PAUTAN BERIKUT:


Tawaran Ke program Ijazah Sarjana Muda Jabatan Teknologi Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Teknologi Teknologi Kejuruteraan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Kampus Pagoh, Muar, Johor

Tawaran Ke program Ijazah Sarjana Muda Jabatan Teknologi Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Teknologi Teknologi Kejuruteraan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Kampus Pagoh, Muar, Johor






Tawaran kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda di Jabatan Teknologi Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Teknologi Teknologi Kejuruteraan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) kampus Pagoh bagi sesi kemasukan September 2017 (bagi yang terlepas untuk mengisi UPU online tempoh hari)

Program yang ditawarkan:

1) Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Tekstil Industri) dengan Kepujian
2) Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Pembungkusan Industri) dengan Kepujian
3) Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Loji) dengan Kepujian


Syarat kemasukan:

*STPM*
Lulus STPM dengan sekurang-kurangnya:
- gred C (NGMP 2.00) dalam Matematik dan Fizik ATAU Matematik dan Kimia/Biologi
- MUET band 2
*Matrikulasi*
- Gred 2.00 dalam Matematik dan Fizik/Pengajian Kej. Mekanikal ATAU Matematik dan Kimia/Biologi
- MUET band 2
*Diploma Kejuruteraan/Teknologi*
- CPA/PNGK 2.5 ATAU Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)/Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) dalam Kej. Mekanikal/Teknologi dengan CPA/PNGK 3.00 / Gred B / >80% markah
- MUET band 2

Sekiranya syarat kemasukan dipenuhi, dokumen berikut perlu disediakan:

1) Borang permohonan manual rujuk

2) ) Salinan sijil SPM
3) Salinan keputusan MUET
4) Salinan IC calon
5) Salinan IC ibu dan bapa
6) Salinan sijil kelahiran (surat beranak) calon
7) Sijil kelahiran ibu dan bapa
8) Salinan surat berhenti sekolah
9) Salinan keputusan STPM/Matrikulasi/Diploma lengkap semua semester @ Transkrip peperiksaan

Emailkan scan doc/softcopy (format pdf atau jpeg) ke:

sitihana@uthm.edu.my

*Kesemua program ini mendapat pengiktirafan akreditasi MQA dan ETAC BEM.*

Maklumat lanjut boleh hubungi:

Dr Azrin: 019-7786049 (Program Tekstil Industri)
En. Md Zin: 019-7424623 (Program Pembungkusan Industri)
Dr Hezri: 012-6986004 (Program Loji)

*Tarikh tutup permohonan: 21 Ogos 2017*

Semakan Tawaran Calon Jaya Ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2016/2017

Semakan Tawaran Calon Jaya Ke 
Program Matrikulasi KPM Sesi 2016/2017 



Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran Calon Jaya Ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2016/2017  boleh dilakukan bermula 14 April 2016


Sila layari www.moe.gov.my di link (klik di sini) untuk maklumat lanjut 


Pengambilan Kadet ALAM 2016

Pengambilan Kadet ALAM 2016






Pengambilan Kadet: Jun/Julai 2016 [PERMOHONAN KINI DIBUKA!]
Permohonan untuk Diploma Pengajian Nautika dan Diploma Kejuruteraan Marin telah dibuka!
Layari: http://www.alam.edu.my/cadetship-intake-2016/ untuk memuat turun borang kemasukan dan borang PDPA. Sila lengkapkan dan hantar kedua-dua borang ini ke alamintake@alam.edu.my sebelum 28 Mac 2016. 
Semoga berjaya!





Cadetship Intake: June/July 2016 [APPLICATION IS NOW OPEN!]
The application for the Diploma programmes (Diploma in Nautical Studies and Diploma in Marine Engineering) at Akademi Laut Malaysia (ALAM) is now opened.
Please complete application form, together with the PDPA Form downloadable at: http://www.alam.edu.my/cadetship-intake-2016/ and e-mail to alamintake@alam.edu.my by 28 March 2016. Good luck!
(If the picture is not clear through your browser, please right click and choose the 'Open image in new tab' option)

PENGAMBILAN CALON PEGAWAI KADET ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) 2016

PENGAMBILAN CALON PEGAWAI KADET

 ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) 2016






Pengambilan Calon Pegawai Kadet Untuk Berkhidmat 

Dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2016.



Pegawai Kadet UPNM
PENGAMBILAN PEGAWAI KADET UPNM TAHUN 2016
ATM mempelawa warganegara Malaysia berkelayakan SPM untuk dilantik sebagai Bakal Pegawai Kadet bagi menjalani pengajian dan latihan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di bawah tajaan Kementerian Pertahanan Malaysia. Mereka akan berkhidmat dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) atau Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) setelah tamat pengajian. Untuk maklumat lanjut klik URL dibawah. Tarikh tutup permohonan adalah pada 5 April 2016. Harap maklum.

Untuk adik-adik lepasan SPM yang cemerlang, Berhasrat untuk berbakti kepada Agama, Bangsa dan Negara..... memenuhi syarat-syarat... dan taknak pinjam PTPTN... Dapat elaun dll takder nak menyusahkan mak bapak...

ATM mempelawa warganegara Malaysia berkelayakan SPM untuk dilantik sebagai Bakal Pegawai Kadet bagi menjalani pengajian dan latihan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di bawah tajaan Kementerian Pertahanan Malaysia. Mereka akan berkhidmat dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) atau Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) setelah tamat pengajian. Tarikh tutup permohonan adalah pada 5 April 2016. Harap maklum.


3 Program Asasi ditawarkan iaitu


1 - Asasi Perubatan

2 - Asasi Kejuruteraan dan Sains Teknologi
3 - Asasi Pengurusan dan Strategi

Cara Memohon. 


Calon- calon hendaklah memohon melalui Unit Pusat Universiti dengan mendaftar melalui http://upu.mohe.gov.my/web/ dan memilih UPNM sebagai pilihan pertama. Hanya calon-calon yang layak mengikut syarat-syarat tertera di atas akan disenarai pendek dan dipanggil untuk proses pemilihan di tempat yang akan ditetapkan kelak.

GAJI Pokok Pelajar Tajaan Kementerian Pertahanan

Tahun Asas - RM1,103.96
Tahun 1 - RM1,228.96
Tahun 2 - RM1,353.96
Tahun 3 - RM1,478.96
Tahun 4 - RM1,603.96
Tahun 5 - RM1,620.00

Elaun Bulanan

Elaun Khidmat Bulanan - RM115.00
Sara Hidup - RM150.00
Insentif Khas - RM200.00

Bonus Tahunan tertakluk kepada sokongan


Kos Pengajian, Makan Minum, Penginapan, Buku, Pakaian, Latihan Ketenteraan adalaj DITANGGUNG SEPENUHNYA OLEH KERAJAAN.

Pelajar 9A Apa Yang Patut Anda Buat

Pelajar 9A apa yang patut anda buat


Apa yang perlu dibuat oleh pelajar yg mendapat minimum 9A+


1. Daftarkan diri anda sebagai pelajar bursary di laman www.moe.gov.my. Akan dibuka dalam masa seminggu selepas keputusan SPM

2. Mohon biasisswa Nasional Pembelajaran penuh dilaman JPA. Akan diiklankan dalam media dalam masa terdekat.

3. Mohon biasiswa JPA pembelajaran Kejuruteraan di Korea,Jepun atau German(tunggu iklan), KLIK SINI

4.tunggu keputusan ke Kolej Matrikulasi KPM

5. Mohon di laman UPU... program asasi UPM.. asasi UKM..asasi UPNM...program diploma di IPTA.. politeknik premier.juga UiTM utk pelajar BUMIPUTERA

6. Mohon juga biasiswa UTP.. Uniten.. Felda... Sime Darby... Bank Negara.. UEM

9. pelajar juga boleh mohon belajar A level di ipts.. pembelajaran akan ditanggung oleh kerajaan..(pelajar bursary)..... rujuk nota bursary di atas..

10.  Mohon kursus perguruan di luar negara jika berminat... dan juga IPG (KLIK SINI)
Pelajar 8A dan keatas boleh membuat permohonan kepada semua bidang di atas kecuali bahagian bursary.

Biasiswa JPA Program Khas Kejuruteraan Jepun, Korea, Perancis Dan Jerman Tahun 2016


 Biasiswa JPA Program Khas Kejuruteraan Jepun, Korea, Perancis Dan Jerman Tahun 2016




Program Khas Kejuruteraan Jepun, Korea, Perancis Dan Jerman Tahun 2016

Program Khas Kejuruteraan Jepun, Korea, Perancis Dan Jerman Tahun 2016 
http://esilav2.jpa.gov.my/esila_new/index.php

Dimaklumkan bahawa Program Khas Kejuruteraan Jepun, Korea, Perancis Dan Jerman Tahun 2016 boleh dipohon secara online bermula 4 Mac 2016 jam 11.00 pagi hingga 10 Mac 2016 jam 5.00 petang.

http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=JKPJ

Tarikh Buka :
4 Mac 2016 

Tarikh Tutup :
10 Mac 2016.

Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional Berhad (TNB) 2016

Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional Berhad (TNB) 2016





Maklumat biasiswa

Yayasan Tenaga Nasional (YTN) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon biasiswa untuk mengikuti program pengajian di institusi awam pengajian tinggi tempatan (IPTA).

Tarikh Akhir - 10 Mac 2016

Kriteria

Mestilah tidak lebih  daripada 23 tahun pada tahun permohonan
Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum
Mempunyai keperibadian dan ciri kepimpinan yang tinggi
Tiada adik-beradik yang lain sedang menerima biasiswa YTN
Telah mendapatkan kemasukan ke semester pertama di sebuah institusi awam tempatan pengajian tinggi (IPTA)
Lulus peperiksaan STPM dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.50 atau OR
Lulus Lulus Diploma / Matrikulasi / Asasi dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50

Kursus:
Kejuruteraan Elektrik Kuasa
Kejuruteraan mekanikal
Kejuruteraan awam
Perakaunan

Permohonan boleh dibuat secara online di http://ytn.tnb.com.my/sam

 * Nota: Laman Web hanya tersedia apabila penyerahan permohonan adalah terbuka.

Sila hantar salinan dokumen-dokumen sokongan kepada:

Pengarah, Yayasan Tenaga Nasional,
Peti Surat 70, Pejabat Pos Bandar Baru Bangi,
43560 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.


Contact Info
Yayasan Tenaga Nasional
Aras 1, Bangunan BB,
Universiti Tenaga Nasional,
Jalan Kajang-Puchong,
43009 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-8924 7500
Fax: 03-8924 7501
E-mail: infoytn@tnb.com.my
Website: http://www.tnb.com.my


Pemohon perlu mengemukakan permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang tidak lengkap / penghantaran selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan. Jika anda tidak mendapat sebarang maklumbalas dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup, sila ambil perhatian bahawa permohonan anda tidak berjaya.

KEMASKINI BORANG PERMOHONAN PROGRAM MATRIKULASI SESI 2016/2017

kemaskini BORANG PERMOHONAN
 PROGRAM MATRIKULASI SESI 2016/2017

KENYATAAN MEDIA KPM PEMBERITAHUAN KEMAS KINI BORANG PERMOHONAN PROGRAM MATRIKULASI SESI 2016/2017





PENGEMASKINIAN BORANG PERMOHANAN KE 

PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2016/017



Sukacita dimaklumkan bahawa Pengemaskinian Borang Permohanan Ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2016/2017  boleh dilakukan bermula 10 Februari sehingga 24 Februari 2016. Sila layari www.moe.gov.my  untuk maklumat lanjut. Sila klik pautan https://matrikulasi.moe.gov.my/permohonan/index.cfm untuk mengemaskini permohonan anda.

Permohonan ke USM Sesi 2016/2017

Permohonan ke USM Sesi 2016/2017









PERMOHONAN

  • MATRIKULASI / ASASI 2015 : 
    Fasa I      18 Januari - 04 April 2016
    Fasa II      06 Jun - 12 Jun 2016
  • STPM 2015 : 
    Fasa I      18 Januari - 04 April 2016
    Fasa II     03 Mei - 06 Mei 2016
  • DIPLOMA / SETARAF : 
    18 Januari - 04 April 2016

  • PERMOHONAN MELANJUTKAN PENGAJIAN TINGGI DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA SIDANG AKADEMIK 2016/2017

    Calon-calon yang berkelayakan dipelawa memohon secara terus (online application) untuk mengikuti program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Ijazah Pertama Penuh Masa) di Universiti Sains Malaysia (Universiti berstatuskan APEX) bagi Sidang Akademik 2016/2017.
    Permohonan terbuka kepada :
    1. Lepasan Matrikulasi/Asasi 2015.
    2. Lepasan STPM 2015.
    3. Lepasan Diploma/Setaraf - IB, AUSMAT, A-Level dan lain-lain.

    Calon-calon boleh mengemukakan permohonan melalui Pohon@USM dengan kaedah pembelian nombor PIN USM - PERDANAdi mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dan setiap pembelian nombor PIN USM dikenakan bayaran sebanyakRM40. Seterusnya, calon perlu mendaftar menggunakan nombor PIN USM dan nombor Rujukan akan dijana oleh sistem dan akan dihantar kepada emel calon. Calon-calon adalah dinasihatkan untuk mencetak nombor Rujukan dan borang permohonan untuk simpanan dan rujukan.

    USM menawarkan sebanyak 70 program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Calon-calon boleh memilih sekurang-kurangnya satu [1] program pengajian dan maksima lapan [8] program pengajian bagi lepasan Matrikulasi/Asasi 2015 dan STPM 2015, manakala empat [4] program pengajian bagi lepasan Diploma/Setaraf. Sila rujuk Senarai Program Pengajian yang ditawarkan Sidang Akademik 2016/2017 di menu Panduan.
    Bagi program pengajian yang memerlukan temuduga, tempoh temuduga diadakan adalah *5 - 15 Mei 2016. Semakan panggilan temuduga boleh dibuat pada akhir April 2016 di Pohon@USM.

    Maklumat Tambahan bagi calon Matrikulasi/Asasi :

    Calon-calon yang telah mengisi dan menghantar permohonan melalui Pohon@USM boleh melakukan pengubahsuaian dan pengemaskinian program pengajian yang dipilih setelah memperolehi keputusan peperiksaan Matrikulasi semester kedua. Sistem akan dibuka semula pada 6 - 12 Jun 2016 untuk membolehkan pengubahsuaian dan pengemaskinian dilakukan (Fasa II).
    Hanya calon-calon yang telah membuat permohonan semasa Fasa I, layak membuat pengubahsuaian.

    Maklumat Tambahan bagi calon STPM :

    Calon-calon yang telah mengisi dan menghantar permohonan melalui Pohon@USM boleh melakukan pengubahsuaian dan pengemaskinian program pengajian yang dipilih setelah memperolehi keputusan peperiksaan (bagi calon yang mengulang semula peperiksaan bertulis - U3). Sistem akan dibuka semula pada 3 - 6 Mei 2016 untuk membolehkan pengubahsuaian dan pengemaskinian dilakukan (Fasa II).
    Hanya calon-calon yang telah membuat permohonan semasa Fasa I, layak membuat pengubahsuaian atau pengemaskinianprogram pengajian bukan temuduga sahaja.

    Maklumat Tambahan bagi calon Diploma/Setaraf :

    Peringatan bagi kategori Diploma/Setaraf, calon dikehendaki memuatnaik sijil-sijil akademik yang berkaitan semasa mengemukakan permohonan selewat-lewatnya 4 April 2016. Permohonan yang dikemukakan tanpa salinan sijil dianggap TIDAK LENGKAP dan TIDAK AKAN DIPROSES.
    PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM PENGAJIAN PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA (IJAZAH PERTAMA PENUH MASA)
    LEPASAN MATRIKULASI DI UNVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
    UNIVERSITI APEX, SIDANG AKADEMIK 2016/2017
     
    Menerajui kecemerlangan dan transformasi pendidikan tinggi negara, Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai Universiti Apex yang pertama di Malaysia mempelawa calon-calon lepasan Matrikulasi yang berkelayakan untuk mengikuti program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Ijazah Pertama Secara Penuh Masa), Sidang Akademik 2016/2017.
     
    1.SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
     Permohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan Matrikulasi Tahun 2015 sahaja.
     
    1.1Syarat Am
     
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau kepujian dalam Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia Kertas Julai dan Lulus dalam mata pelajaran Sejarah; dan
  • Lulus Matrikulasi dengan mendapat gred yang baik mengikut keperluan khas program pengajian; dan
  • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysia University English Test (MUET)
      
    1.2Syarat Khas
     
  • Calon perlu memenuhi syarat khas program pengajian seperti yang dinyatakan dalam SYARAT KEMASUKAN.
      
    1.3Syarat Tambahan Bagi Permohonan Program Pendidikan Untuk Berkhidmat Dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
     
  • Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja
  • Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 30 tahun pada 1 Januari 2016 iaitu lahir pada atau selepas 1 Januari 1986.
  • Calon-calon yang memohon hendaklah sihat tubuh badan, tidak menghidap apa-apa penyakit mental atau fizikal dan berupaya mengikut program-program yang dirangka untuk kursus ini.
      
    1.4Permohonan ke Universiti Sains Malaysia (USM)
     
  • Calon-calon perlu memohon program pengajian yang benar-benar diminati sahaja di USM.
  • Sekiranya calon hanya berminat dengan 1  program pengajian di USM sahaja, calon tidak diwajibkan untuk memenuhi lapan (8) pilihan program pengajian di USM.
  • Program pengajian Sains Perubatan, Sains Pergigian, Sains Farmasi,Kejuruteraan Kimia dan Perakaunan merupakan program yang sangat kompetatif di USM dan bilangan tempat adalah terhad.
      
    1.5Permohonan di IPTA lain
     Pemohon yang memohon USM dinasihati supaya turut juga mengemukakan permohonan ke IPTA lain melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP) seperti yang akan diiklankan oleh BPKP, Jabatan Pengajian Tinggi.
      
    1.6Calon Yang Berjaya Ditawarkan Tempat Di USM
     Calon yang berjaya dan ditawarkan tempat di Universiti Sains Malaysia juga berkemungkinan akan ditawarkan
    tempat di mana-mana Universiti Penyelidikan (RU) lain tertakluk kepada permohonan.
    Calon perlu MENGESAHKAN PENERIMAAN ATAU PENOLAKAN terhadap tawaran yang dibuat oleh
    USM. Sekiranya calon tidak memberi apa-apa maklum balas dalam tempoh yang ditetapkan, calon
    dianggap MENOLAK tawaran.
      
    2.TEMUDUGA
     
    2.1Bagi Program Pengajian yang memerlukan temu duga, calon-calon wajib hadir dan lulus temuduga tersebut.
    2.2Tarikh temuduga dan semakan keputusan ujian dan temu duga calon yang terpilih akan dimaklumkan pada bulanApril 2015 dan boleh disemak di laman web https://pohon.usm.my.
    2.3Segala perbelanjaan untuk menghadiri ujian temu duga adalah di bawah tanggungan calon.
      
    3.CARA PERMOHONAN MELALUI APLIKASI DALAM TALIAN
    (Online Application)
     
    3.1Permohonan kemasukan ke Universiti Sains Malaysia bagi Program Pengajian Lepasan Matrikulasi, Sidang Akademik 2015/2016 adalah melalui Aplikasi Dalam Talian (Online Application) sahaja.
    3.2Pemohon boleh mengemukakan permohonan mulai 18 Januari 2016 (Isnin)jam 12.00 tengah hari.
    3.3Pemohon boleh mengemukakan permohonan melalui Pohon@USM dengan kaedah pembelian nombor PIN USM PERDANA di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dan setiap pembelian nombor PIN USM dikenakan bayaran sebanyak RM40. Seterusnya, calon perlu mendaftar menggunakan nombor PIN USM PERDANA dan nombor Rujukan akan dijana oleh sistem dan akan dihantar kepada emel calon. Calon-calon adalah dinasihatkan untuk mencetak nombor Rujukan dan borang permohonan untuk simpanan dan rujukan.
    3.4Sila klik pada butang HANTAR di bahagian enam (6) - PENGESAHAN bagi melengkapkan proses permohonan anda. Sistem akan mengesahkan status penerimaan permohonan anda.
      
    4.SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI :-
     SEKSYEN PENGAMBILAN PELAJAR,
    BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK,
    JABATAN PENDAFTAR,
    ARAS 2, BANGUNAN CANSELORI,
    UNIVERSITI SAINS MALAYSIA,
    11800 USM, PULAU PINANG

       1 300 888 876
       04 653 3328
       admissions@usm.my
       Student Admissions USM
      
    5.TARIKH TUTUP PERMOHONAN
     Tarikh tutup permohonan adalah pada 04 APRIL 2016 (ISNIN)

    Para pemohon dinasihatkan melayari website rasmi Permohonan@USM, sila klik di sini.


    Biasiswa JPA 2015 Lepasan SPM Ke Jepun, Korea, Perancis dan Jerman

    Biasiswa JPA 2015 Lepasan SPM Ke Jepun, Korea, Perancis dan Jerman
     

    Program Khas Kejuruteraan Jepun, Korea, Perancis dan Jerman Tahun 2015  

    Percubaan SPM 2014 Permohonan ke ILJTM Januari 2015

    Percubaan SPM 2014 : Permohonan ke ILJTM Institute Jepun Malaysia. Program kejututeraan. Klik http://www.jtm.gov.my/PermohonanILJTM/

    SYARAT KEMASUKAN KE KKTM KUANTAN

    SYARAT KEMASUKAN KE KKTM KUANTAN



    KOD
    KURSUS
    TEMPOH
    SYARAT
    K22 Diploma Kejuruteraan Pembuatan Termaju ( Proses & Teknologi) 36 bulan
    Lulus SPM/ SPMV dengan 5 kepujian dalam
    a) Bahasa Melayu
    b) Matematik / Matematik Tambahan
    c) Mana- mana 1 subjek Sains/ Teknikal/ Vokasional **
    d) Mana mana 2 subjek lain
    e) Lulus Bahasa Inggeris
    K23 Diploma Kejuruteraan Pembuatan Termaju ( Industri Automasi & Robotik) 36 bulan
    K24 Diploma Kejuruteraan Pembuatan Termaju(Rekabentuk Pembuatan) 36 bulan
    K25 Diploma Kejuruteraan Pembuatan Termaju ( Kualiti & Produktiviti ) 36 bulan
    K26 Diploma Kejuruteraan Pembuatan Termaju (Pembuatan Automotif) 36 bula


    SENARAI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA DI MALAYSIA,KLIK DI SINI

    PAMERAN PENDIDIKAN INDUSTRI KKTM MARA KUANTAN 2013, KLIK DI SINI

    PERMOHONAN MATRIKULASI KPM 2014/2015

    PERMOHONAN MATRIKULASI KPM 2014/2015 DIBUKA JULAI HINGGA NOVEMBER




    Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang, Kuantan.
     

     Kolej Matrikulasi Teknikal Jengka, Pahang.
     

    Kolej Matrikulasi Perlis.

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada anak-anak Tingkatan 5S dan 5M SMK Lepar Hilir,  saya telah pun mengumumkan Permohonan ke Matrikulasi KPM sejak Mei 2013 lalu.

    Pada 29 April lalu, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Lepar Hilir telah pun menjemput Puan Noorhisham bagi memberikan taklimat Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Untuk info lanjut berkaitan program berkenaan sila klik di sini.

    Permohonan untuk kemasukan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2014/2015 telah dibuka mulai 1 Julai 2013 sehingga 10 Oktober 2013.(Permohonan dibuka lagi sehingga 30/11/2013 ini)

    Calon, khususnya pelajar Tingkatan 5 tahun ini yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 boleh mengemukakan permohonan untuk masuk ke Program Matrikulasi KPM secara atas talian (online ).

    Pelayar blog boleh melihat artikel di blog ini sebelum ini:

    1)Permohonan ke Matrikulasi KPM 2012/2013 Di sini
    2) Program Matrikulasi KPM Dua Tahun, sila klik di sini.
    3)  Aliran Teknikal Kolej Matrikulasi KPM, klik di sini.
    4)  Di manakah Program Kolej Matrikulasi Dijalankan? sila klik di sini

    Disclaimer

    (c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .