Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

PENGAMBILAN CALON PEGAWAI KADET ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) 2016

PENGAMBILAN CALON PEGAWAI KADET

 ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) 2016






Pengambilan Calon Pegawai Kadet Untuk Berkhidmat 

Dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2016.



Pegawai Kadet UPNM
PENGAMBILAN PEGAWAI KADET UPNM TAHUN 2016
ATM mempelawa warganegara Malaysia berkelayakan SPM untuk dilantik sebagai Bakal Pegawai Kadet bagi menjalani pengajian dan latihan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di bawah tajaan Kementerian Pertahanan Malaysia. Mereka akan berkhidmat dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) atau Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) setelah tamat pengajian. Untuk maklumat lanjut klik URL dibawah. Tarikh tutup permohonan adalah pada 5 April 2016. Harap maklum.

Untuk adik-adik lepasan SPM yang cemerlang, Berhasrat untuk berbakti kepada Agama, Bangsa dan Negara..... memenuhi syarat-syarat... dan taknak pinjam PTPTN... Dapat elaun dll takder nak menyusahkan mak bapak...

ATM mempelawa warganegara Malaysia berkelayakan SPM untuk dilantik sebagai Bakal Pegawai Kadet bagi menjalani pengajian dan latihan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di bawah tajaan Kementerian Pertahanan Malaysia. Mereka akan berkhidmat dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) atau Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) setelah tamat pengajian. Tarikh tutup permohonan adalah pada 5 April 2016. Harap maklum.


3 Program Asasi ditawarkan iaitu


1 - Asasi Perubatan

2 - Asasi Kejuruteraan dan Sains Teknologi
3 - Asasi Pengurusan dan Strategi

Cara Memohon. 


Calon- calon hendaklah memohon melalui Unit Pusat Universiti dengan mendaftar melalui http://upu.mohe.gov.my/web/ dan memilih UPNM sebagai pilihan pertama. Hanya calon-calon yang layak mengikut syarat-syarat tertera di atas akan disenarai pendek dan dipanggil untuk proses pemilihan di tempat yang akan ditetapkan kelak.

GAJI Pokok Pelajar Tajaan Kementerian Pertahanan

Tahun Asas - RM1,103.96
Tahun 1 - RM1,228.96
Tahun 2 - RM1,353.96
Tahun 3 - RM1,478.96
Tahun 4 - RM1,603.96
Tahun 5 - RM1,620.00

Elaun Bulanan

Elaun Khidmat Bulanan - RM115.00
Sara Hidup - RM150.00
Insentif Khas - RM200.00

Bonus Tahunan tertakluk kepada sokongan


Kos Pengajian, Makan Minum, Penginapan, Buku, Pakaian, Latihan Ketenteraan adalaj DITANGGUNG SEPENUHNYA OLEH KERAJAAN.

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .