Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label Bank Soalan SPM. Show all posts
Showing posts with label Bank Soalan SPM. Show all posts

Buletin Sejarah SPM Kertas 3 Edisi 3/2013

 Buletin Sejarah SPM Kertas 3 Edisi 3/2013



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Dimaklumkan bahawa KPM telah menerbitkan Buletin Sejarah Edisi 3/2013 untuk tahun 2013 bagi kegunaan murid-murid yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Soalan Percubaan BM SPM 2011

Koleksi Soalan Percubaan BM SPM 2011

Koleksi Soalan Percubaan SPM 2011

CONTOH SOALAN SPM SEJARAH DAN SKEMA

CONTOH SOALAN SPM SEJARAH DAN SKEMA JAWAPAN


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Di sini ada  soalan Sejarah SPM. Kepada pelajar-pelajar SMKLH dan  pelayar blog cikgukaunseling, semoga entry ini bermanfaat.

Tamadun Yunani 
Tamadun Rom
Tamadun India
Tamadun China
1.         a)         Namakan binaan yang dihasilkan oleh tamadun di atas.

Soalan Percubaan SPM 2012 SBP Sekolah Berasrama Penuh

Soalan Percubaan SPM 2012 SBP 
Sekolah Berasrama Penuh


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Di sini ada koleksi soalan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, EST, Matematik, Matematik Tambahan, sejarah, Fizik,Kimia, Biologi, Prinsip Perakaunan, pendidikan Moral, pendidikan Islam, Pendidikan Al Quran dan As Sunnah, pendidikan Syariah Islamiyah, Teknologi Kejuruteraan dan Lukisan Kejuruteraan.

Kepada pelayar blog cikgukaunseling, sila muat turun koleksi soalan dan skema jawapan Soalan percubaan SPM 2012 SPB di mediafire. Sila klik 'redmore' untuk maklumat lanjut.


Bank Soalan Percubaan BM SPM 2009

Sejarah SPM : Analisis Perincian Tajuk Sejarah SPM 2012

Sejarah SPM : Analisis Perincian Tajuk Sejarah SPM 2012



Ini hanyalah jangkaan berdasarkan soalan-soalan trial negeri,jadi manfaatkan semaksima yang mungkin.Jika kalian serius dan disiplin membuat rujukan dan latihan sejarah,tak mustahil A+++++++++++…


BAB 1 TAMADUN AWAL Tamadun Hwang Ho ( MELAKA )
1.Dua buah dinasti yang memerintah
2.Sumbangan
3.Kemajuan dalam pertanian
4.Usaha membangunkan sektor pertanian



BAB 2 PENINGKATAN TAMADUN Tamadun China dan India ( KELANTAN,PERAK, SELANGOR,NEGERI SEMBILAN, MERSING, SBP)
1.Sumbangan dalam ekonomi – pertanian dan perdagangan
2.Monumen tinggalan sejarah
3.Pendidikan, senibina, sains dan teknologi ( semua tamadun )
4.Kebaikan persatuan perdagangan dan perusahaan
5.Bagaimana ekonomi Negara dapat ditingkatkan (KBKK)
6.Mengapa masyarakat memajukan sains dan teknologi (KBKK)
7.Kesan perkembangan sains dan teknologi terhadap kehidupan manusia (KBKK)
8.Usaha meningkatkan kemajuan sains dan teknologi (KBKK)



SOALAN BM (1) JULAI TAHUN 2009

SOALAN BM (1) JULAI TAHUN 2009
 
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.  Pada entry ini saya perpanjangkan Soalan Bahasa Melayu (BM Julai ) Tahun 2009. Artikel ini asalnya ditulis oleh Allahyarham Abdul Razak Bin Hassan, dari Johor Darul Ta'zim. Mari kita hadiahkan Al Fatihah ke atas roh allahyarham Allahyarham Abdul Razak Bin Hassan, seorang guru Bahasa Melayu yang komited dengan tugasnya. Semoga curahan ilmu allahyarham ini menjadi ilmu bermanfaat untuk kita dan moga ia menjadi sebahagian dari 3 perkara yang Rasululluah SAW sabdakan.... ilmu bermanfaat


Semua orang akan mengalami mati. Apabila kita mati, maka terputuslah segala amalan kita melainkan 3 perkara.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W.


“apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang memberi guna, doa anak – anak yang soleh”

Karangan bahan rangsangan:

Usaha-usaha membantu mangsa banjir
Isi karangan berdasarkan gambar yang diberi


Al Fatihah Bloggers Cikgu Abdul Razak Hassan Meninggal Dunia

Al Fatihah Bloggers Cikgu Abdul Razak Hassan Meninggal Dunia



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Saya, penulis blog cikgukaunseling.com. ingin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Cikgu Abdul Razak Hassan.
Allahyarham telah kembali ke rahmatullah pada pukul 11.00 malam (12 MEI 2012).
Kepada seluruh muslimin dan muslimat, marilah kita menghadiahkan Al Fatihah ke atas roh allahyarham.
Allahyarham adalah rakan penulis blog Bahasa Melayu (http : //galusbm.blogspot.com/) yang sangat suka berkongsi ilmu dan tip berkaitan Peperiksaan bahasa Meleyu SPM. 
Petikan profil allahyarham Cikgu Abd Razak Bin Hassan, SMK Taman Pelangi, Jalan Ungu, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru
 Semoga rohnya dicucurkan rahmat oleh Allah s.w.t. dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin - Al Fatihah.

Analisa SPM 2011, Soalan Sejarah

Analisa Soalan SPM 2011, Sejarah 

Sejarah, adalah mata pelajaran yang boleh memberikan kita kefahaman kepada masa lalu sesuatu tamadun bangsa. Masa lalu itu dipelajari, dihayati dan diambil iktibar. Kerna, tanpa masa lalau, tiada lah masa akan datang.

Dari Sejarah lah, kita kenal jati diri dan leluhur kita. Dari situlah, ia membina semangat cintakan tanahair. 

Baiklah. Jom kita tinjau analisa soalan ini. Analisa soalan yang telah pun keluar dalam SPM bermula 2004 hingga 2010 untuk panduan pelajar membuat analisa sendiri.


Analisa Soalan Sejarah 2011 ini, mengikut bab. Bermula dari Tingkatan 4 hinga tingkatan 5. Dalam fail Ziddu, pastikan komputer anda ada format PDF. Sila klik di sini

Analisa ini dibuat oleh seorang Guru Cemerlang Sejarah. Terima kasih kepada Cikgu Din, Educational Blog beliau sangat berinformasi, di sini.http://sejarahspm.com/

Analisa Soalan Percubaan SPM, Kimia 2011

Analisa Soalan Percubaan SPM, Kimia 2011

Analisa Soalan Percubaan SPM, Kimia, Antara Negeri-negeri, 2011,


Terima Kasih, Cikgu Zaiful, di sini.

Soalan Ulangkaji SPM 2O11, Times Guides

Soalan Ulangkaji SPM 2O11, Times Guides



Times Guides Sdn Bhd’ telah menyediakan buku Times Soalan Ulangkaji SPM 2011 dalam format e-book dan boleh dimuat turun secara percuma dari laman web:


Sila  daftar di http://www.afterschool.my/
Ia adalah percuma.

Soalan Percubaan SPM 2011, Kedah

Soalan Percubaan SPM 2011, Kedah 


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Walaupun mungkin agak lewat saya mempublishkan entry  ini dek kekangan masa yang ada, dan faktor kesihatan yang tak berapa baik, tapi saya tetap merasakan entry ini ada manfaatnya.

Mungkin koleksi soalan percubaan ini, dapat membantu sebahagian pelajar yang memerlukannya. Tinggal beberapa hari je lagi, SPM 2011 BAKAL menjelma.

Untuk dowload:
Soalan Percubaan Bahasa Melayu  SPM 2011, Kedah
Bahasa Melayu, Klik di sini.


Soalan Percubaan Sejarah  SPM 2011, Kedah
Klik di sini.
atau di sini. akaun scribd

Soalan Percubaan Bahasa Inggeris
Klik di sini,

Soalan Percubaan Pendidikan Islam SPM 2011, Kedah
Klik di sini. 

Perdagangan, klik di sini.

Matematik Tambahan, klik di sini 

Biologi, klik di sini

Soalan Percubaan SPM 2011, Terengganu

 Soalan Percubaan SPM 2011, Terengganu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Walaupun mungkin agak lewat saya mempublishkan entry  ini dek kekangan masa yang ada, dan faktor kesihatan yang tak berapa baik, tapi saya tetap merasakan entry ini ada manfaatnya.

Mungkin koleksi soalan percubaan ini, dapat membantu sebahagian pelajar yang memerlukannya. Tinggal beberapa hari je lagi, SPM 2011 BAKAL menjelma.

Untuk dowload:
Soalan Percubaan Bahasa Melayu  SPM 2011, Terengganu

1) Bahasa Melayu, Kertas 1. Klik di sini.
2) Bahasa Melayu, Kertas 1. Klik di sini. 

Soalan Percubaan Bahasa Inggeris  SPM 2011, Terengganu
1) Bahasa Inggeris, Kertas 2. Klik di sini. 
atau di sini, bersama skema jawapan.

Soalan Percubaan Pendidikan Islam SPM 2011, Terengganu
Soalan dan skema jawapan, sila klik di sini

Soalan Percubaan Matematik  SPM 2011, Terengganu
Kertas 1 klik di sini.
Kertas 2, klik di sini.
Soalan dan Skema Jawapan, klik sini.

Soalan Percubaan Sains SPM 2011, Terengganu

Kertas 1, klik sini,
Kertas 2, KLIK DI SINI.
Soalan dan skema jawapan, klik di sini.

Soalan Percubaan Sejarah SPM 2011, Terengganu 

Soalan dan skema jawapan
Sejarah, klik di sini.

Soalan Percubaan Prinsip Perakaunan SPM 2011, Terengganu
Kertas 1, klik di sini

Soalan Percubaan Matematik tambahan SPM 2011, Terengganu
Soalan dan skema, klik di sini 

Soalan Percubaan Fizik tambahan SPM 2011, Terengganu
Soalan dan skema, klik di sini
Soalan Percubaan Perdagangan SPM 2011, Terengganu
Klik di sini. 

Kredit kepada: Cikgu Jarr, SMK TEKNIK DUNGUN, http://jaarsmtd.blogspot.com
dan http://smkulubernam.wordpress.com

NILAI POSITIF DALAM KARANGAN BM SPM 2010

NILAI POSITIF DALAM KARANGAN BM SPM 2010

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alfatihah kita hadiahkan kepada Allahyarham 

Artikel entry ini, saya memuat naik kupasan tentang Nilai Positif Dalam Soalan Karangan Bahasa Melayu 2010. Kupaasan tentang Soalan BM Julai 2010 dan Soalan BM November 2010.

Pada tahun 2010, LPM mengeluarkan soalan yang hampir kesemuanya berbentuk positif seperti cadangan, langkah, kebaikan, peranan dan sebagainya. Tiada unsur negatif seperti kesan buruk, masalah, mala petaka, kerumitan dan sebagainya digunakan dalam soalan.

Memetik ulasan Cikgu Abd Razak Bin Hassan, bahawa penerapan unsur positif akan menghasilkan lebih banyak pelajar yang berfikiran positif yang bakal melahirkan pemikir untuk menyelesaikan suatu isu pada masa hadapan. 
Saya secara peribadi juga bersetuju dengan pandangan ini. Ini adalah kerana, penerapan unsur positif akan membina individu yang lebih positif dalam menghadapi apa jua bentuk kesusahan, dugaan dan ujian dalam kehidupan seharian pelajar. 
Nilai posotif umpama ilmu tebat diri individu dalam menghadapi cabaran hidup masa depan. Begitulah kuatnya kuasa minda positif, dalam membuat transformasi diri individu, keluarga, dan masyarakat amnya. 

Pada entry ini, ulasan berkaitan SOALAN BM JULAI 2010, Soalan BM November 2010 dan BM Julai 2011, yang kesemuanya menekankan unsur dan nilai positif dalam membina karangan. Mari kita lihat:

Soalan BM Julai 2010

1. Anda telah menyertai satu pasukan sukarelawan yang membantu mangsa bencana alam. Ceritakan pengalaman anda semasa menjalankan tugas tersebut.

2. Amalan meraikan hari-hari istimewa seperti Hari Ibu, Hari Bapa dan hari lahir setiap ahli keluarga semakin popular dalam kalangan masyarakat. Huraikan kepentingan-kepentingan meraikan hari-hari istimewa tersebut.


3.  Isu kenaikan harga barang keperluan hanan perlu ditangani kerana kenaikan itu menimbulkan pelbagai kesan terhadap rakyat di negara ini. Tulis sebuah rencana yang bertajuk `Peranan Pelbagai Pihak dalam Menangani Isu Kenaikan Harga Barang'.

4.  Semua pemimpin negara di dunia wajar menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain.Jelaskan manfaat-manfaat yang diperoleh melalui hubungan baik pemimpin-pemimpin negara di dunia.
5.   Jika ilmu dikaji teliti, di sungai cabaran tersedia titi. Ilmu dituntut dengan tabah, yakin diri bertambah-tambah.
Petikan gurindam di atas menggambarkan bahawa ilmu sangat penting dalam kehidupan.Bincangkan kelebihan orang yang menguasai pelbagai ilmu.

Soalan BM Nov 2010 :

1. Anda telah dilantik sebagai pengawas sekolah. Sebagai pengawas, bincangkan peranan anda untuk membantu pihak sekolah membentuk murid yang berdisiplin.

2.  Seorang ibu dapat menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu.


Situasi seperti yang di atas seharusnya tidak berlaku dalam sesebuah masyarakat.
Jelaskan tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan oleh anak-anak terhadap ibu bapa.

3.  Negaraku

Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta
Lirik lagu Negaraku di atas antaranya menyentuh soal perpaduan, kesyukuran dan taat setia rakyat kepada raja dan negara.

Huraikan peranan setiap rakyat Malaysia dalam menjamin kesejahteraan negara sebagaimana yang dihasratkan dalam lirik tersebut.

4. Penyakit berjangkit seperti selesema burung, influenza A (H1N1) dan meningitis atau radang otak telah menjadi isu global.
Huraikan langkah-langkah yang perlu diambil oleh negara-negara di dunia untuk menangani wabak penyakit tersebut.

5. Peribahasa 'Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’ membawa maksud bahawa jika ada azam dan usaha, pasti ada kejayaan. Tulis  sebuah cerpen berdasarkan maksud peribahasa tersebut.

Sumber ulasan bentuk soalan peperiksaan ini, cikgukaunseling petik daripada Blog Cikgu Abd Razak, di sini. Artikel ini disalin di sini sebagai kemudahan para pelajar membuat ulangkaji. Sekian, wassalam.

Bahasa Melayu Julai

Contoh Kertas Soalan Bahasa Melayu Julai (Tahun 2009)

Karangan bahan rangsangan:

Usaha-usaha membantu mangsa banjir
Isi karangan berdasarkan gambar yang diberi

Karangan Respons Terbuka :

S1- Persediaan untuk menghadapi temu duga untuk mendapatkan biasiswa bagi melanjutkan pelajaran ke IPTA (Dimensi diri/ individu)

S2 - Syarahan bertajuk, "Keluarga bahagia penentu kecemerlangan akademik anak-anak"(Dimensi keluarga)

S3 - Kebaikan menyertai aktiviti sukan lasak(Dimensi individu)

S4 - Cara-cara untuk meningkatkan keluaran bahan makanan negara.(Dimensi negara dan masyarakat)

S5 - Langkah-langkah mempromosi seni dan budaya Malaysia ke luar negara.(Dimensi antarabangsa/ serantau)

Catatan : Soalan lengkap akan disiarkan setelah peperiksaan tersebut tamat pada petang ini.

Mengikut analisis awal yang dibuat, tema yang masih belum disentuh secara langsung setakat peperiksaan BM Julai 2009 , antaranya termasuk :
1. Isu pendidikan negara
2. Pengangkutan awam
3. Pelaburan dan tabungan
4. Pelancongan
5. Memulihara bangunan bersejarah

 BAHASA MELAYU KERTAS 1 JUN 2001


Bahagian A
[30 markah]
[Masa dicadangkan: 45 minit]


Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada bantuan yang diberikan kepada mangsa banjir. Huraikan pendapat anda tentang sumbangan-sumbangan yang dapat diberikan untuk membantu mangsa banjir. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.






Bahagian B
[100 markah]
[Masa dicadangkan: 1 jam 30 minit]
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .