SOALAN BM (1) JULAI TAHUN 2009
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada entry ini saya perpanjangkan Soalan Bahasa Melayu (BM Julai ) Tahun 2009. Artikel ini asalnya ditulis oleh Allahyarham Abdul Razak Bin Hassan, dari Johor Darul Ta'zim. Mari kita hadiahkan Al Fatihah ke atas roh allahyarham Allahyarham Abdul Razak Bin Hassan, seorang guru Bahasa Melayu yang komited dengan tugasnya. Semoga curahan ilmu allahyarham ini menjadi ilmu bermanfaat untuk kita dan moga ia menjadi sebahagian dari 3 perkara yang Rasululluah SAW sabdakan.... ilmu bermanfaat
Semua orang akan mengalami mati. Apabila kita mati, maka terputuslah segala amalan kita melainkan 3 perkara.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W.
“apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti
segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang
memberi guna, doa anak – anak yang soleh”
Karangan bahan rangsangan:
Usaha-usaha membantu mangsa banjir
Isi karangan berdasarkan gambar yang diberi
Karangan Respons Terbuka :
S1-
Persediaan untuk menghadapi temu duga untuk mendapatkan biasiswa bagi
melanjutkan pelajaran ke IPTA (Dimensi diri/ individu)
S2 - Syarahan bertajuk, "Keluarga bahagia penentu kecemerlangan akademik anak-anak"
(Dimensi keluarga)
S3 - Kebaikan menyertai aktiviti sukan lasak
(Dimensi individu)
S4 - Cara-cara untuk meningkatkan keluaran bahan makanan negara.
(Dimensi negara dan masyarakat)
S5 - Langkah-langkah mempromosi seni dan budaya Malaysia ke luar negara.
(Dimensi antarabangsa/ serantau)
Catatan
: Soalan lengkap akan disiarkan setelah peperiksaan tersebut tamat pada
petang ini. Mengikut analisis awal yang dibuat, tema yang masih belum
disentuh secara langsung setakat peperiksaan BM Julai 2009 , antaranya
termasuk :
1. Isu pendidikan negara
2. Pengangkutan awam
3. Pelaburan dan tabungan
4. Pelancongan
5. Memulihara bangunan bersejarah
Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini
SOALAN BM (1) JULAI TAHUN 2009
Related Posts:
Tahniah Buat Semua Warga SMK Jengka Pusat 2Tahniah Buat Semua Warga SMK Jengka Pusat 2 Assaalamualaikum dan selamat sejahtera. Tahniah Buat Semua Warga SMK Jengka Pusat 2 di atas kejayaan kelulusan 100% dalam SPM 2010. Antara berita yang tersiar di akhbar Sinar Hari… Read More
Sistem Penggredan Sijil Pelajaran Malaysia Sistem Penggredan Sijil Pelajaran Malaysia Perubahan Sistem Penggredan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Mulai tahun 2009 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Entry ini sebagai kemudahan Dunia GBK membuat rujukan. Gred… Read More
Berulang 40km sehari bukan penghalang Berulang 40km sehari bukan penghalang kejayaan SITI Nursyafiqah Iskandar Bacha menerima ciuman tahniah daripada neneknya, Jumah Bee Syed Mohamad selepas berjaya mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM di Buki… Read More
Soalan Percubaan SPM Bocor Usah panik Susulan Soalan Percubaan SPM Dikatakan Bocor, Usah panik Pautan kertas percubaan SPM yang tersebar di sebuah laman sosial Facebook. (Sumber Gambar: Sinar Harian) Shah Alam: Kemente… Read More
BILANGAN MATA PELAJARAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA FORMULA 10 + 2 BILANGAN MATA PELAJARAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA FORMULA 10 + 2 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Artikel Pekeliling Tahun 2009 ini dimuat naik di sini sebagai kemudahan pemilik blog hendak … Read More
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .
0 Comments:
Post a Comment