Musim Pilihanraya Ular satu meter pun nak 'lawat' bilik gerakan
Ular yang berjaya ditangkap selepas dicederakan.
MARANG - Tiga petugas pilihan raya yang sedang melaksanakan tugas mereka
di bilik gerakan Parlimen Marang di sini terkejut, apabila seekor ular
muncul tiba-tiba sebelum dikesan berada di belakang sebuah beg di sini,
kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, salah seorang daripada mereka,
Mohd Zafri Daud, 33, segera bertindak menangkap ular tersebut selepas
mencederakan haiwan reptilia itu kerana bimbang mengancam keselamatan
mereka dan petugas lain.
Menurutnya, dia percaya kejadian itu berlaku secara kebetulan dan tiada
unsur-unsur sabotaj atau sengaja dilakukan oleh pihak-pihak tertentu
bertujuan menakut-nakutkan petugas yang menjalankan tugas mereka di
bilik gerakan tersebut.
“Kami mengesyaki ular berwarna garang dan tidak diketahui jenisnya itu
tersesat sebelum memasuki bilik gerakan ini. Mujurlah ketika kejadian
orang tidak ramai, kerana kebiasaannya kira-kira 20 orang petugas berada
di bilik gerakan ini.
“Ular sepanjang kira-kira satu meter itu akhirnya dapat ditangkap
selepas dicederakan dan dilepaskan semula di kawasan semak di luar
bangunan Umno Bahagian Marang ini yang juga dijadikan bilik gerakan
pilihan raya pada pilihan raya kali ini,” katanya.
Sinar Harian 25 Apr 2013
Related Posts:
Subhanallah Fenomena Ekuinoks Telur Berdiri 4/2/2016Subhanallah Fenomena Ekuinoks Telur Berdiri
Sumber gambar : Cikgu Zr , Telegram
Sumber Gambar : Cikgu Noorhisyam Mohamad, Telegram.
Dalam kajian astronomi, ekuinoks ialah peristiwa matahari berada tepat di at… Read More
Gerhana Bulan Penuh April 2015Gerhana Bulan Penuh April 2015
… Read More
Puncak Alam di Shah Alam Banjir Puncak Alam di Shah Alam Banjir
Sumber gambar; Harian Metro
Sumber gambar; Sinar Harian
SHAH ALAM - Seramai 144 penduduk di Jalan Lautan Samudera, Puncak Alam dekat sini dipindahkan berikutan kediaman mereka … Read More
Bacaan IPU seluruh negara setakat jam 6 pagi, 7 Oktober 2015.
Bacaan IPU seluruh negara setakat jam 6 pagi,
7 Oktober 2015.
BACAAN Indeks Pencemaran Udara (IPU) seluruh negara setakat jam 6 pagi, 7 Oktober 2015.
Sumber; APIMS,Klik sini
… Read More
Gempa Bumi 5.9 Ritcher di SabahGempa Bumi 5.9 Ritcher di Sabah
Ranau, Sabah dilanda gempa bumi 6.0 Richter
JUMAAT, 5 JUN 2015 - 7:58AM KOTA KINABALU: Satu gempa bumi dengan kekuatan 6.0 pada skala Richter berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira… Read More
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .
0 Comments:
Post a Comment