Berubah kepada Positif Bermulanya Harapan satu anugerah
Assalamualaikum artikel ini adalah petikan tulisan Yang Mulia Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad, pengaasas MAP Training, yang juga motivator terkenal tanahair. Kita ikuti catatan pengalaman beliau.
Harapan satu anugerah
Pada tahun 2000, seorang pelajar yang bermasalah mengikuti program
Motivasi Alihan Pelajar anjuran MAP Training & Consultancy Sdn
Bhd. Pelajar itu terbabit dengan masalah rempit, lumba haram, gaduh,
buli dan ponteng.
Ketika menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), beliau hanya mendapat 1B, 1C, 4D serta gagal subjek Sains dan Matematik.
Ketika mengikuti kursus MAP, peperiksaan PMR hanya tinggal 42 hari lagi. Ibunya nekad memasukkan dia ke program itu.
Bagi si ibu, sedikit perubahan atau pencapaian lebih baik daripada tiada langsung. Selepas selesai menghadiri kursus MAP selama dua hari, pelajar itu mula sedar lalu tidak menoleh ke belakang lagi.
Dia belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya mendapat keputusan cemerlang 8A dalam peperiksaan PMR lalu ditawarkan ke sekolah asrama penuh.
Menakjubkan! Namun cerita ini adalah kisah benar. Video selama lima minit mengenai kejayaan pelajar ini boleh ditonton di laman web www.laman-map.com.
Pelajar ini kini berusia 27 tahun dan memegang jawatan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD).
Apa sebenarnya yang berlaku? Pasti sesuatu terjadi selepas beliau menghadiri program itu.
Soal mahu atau tidak
Pertamanya, apabila berdepan dengan pelajar kita mesti yakinkan mereka tetap memiliki harapan untuk berjaya. Selepas tamat kursus MAP, pelajar itu datang kepada saya dan bertanya sama ada dia masih boleh mencapai keputusan cemerlang dalam PMR yang berbaki 42 hari.
Jawapan saya, “Ia bukan persoalan boleh atau tidak, tapi ia sama ada mahu atau tidak mahu?”
Jika mahu, letaklah harapan. Yakinlah Allah pasti memakbulkannya. Lalu aturlah perancangan dan senaraikan apa yang mesti dilakukan. Akhirnya, lakukan saja dengan bersungguh-sungguh dan tepis segala bisikan-bisikan hati negatif atau cakap-cakap orang yang boleh membunuh motivasi diri.
Semakin hari, kita perlu semakin bersemangat dan seronok kerana kita semakin hampir memenuhi harapan itu. Dengan adanya harapan, semangat juang tidak mungkin padam.
Kaedah belajar mudah
Ubah minda mengenai belajar. Selama ini pelajar itu fikir belajar itu susah, otaknya memang lemah, banyak yang perlu dibaca dan dihafal, banyak yang dia tidak tahu dan tidak faham.
Oleh itu cara fikir ini perlu diubah. Pelajar perlu diajarkan cara membaca dan mengambil nota yang betul. Berikan mereka cara belajar yang mudah bukan menyusahkan.
Pengalaman saya yang mengasaskan kursus Motivasi Alihan pelajar ini, di peringkat awalnya (bermula pada 1995) kami mengajarkan anak-anak pelbagai cara belajar dengan harapan lebih banyak yang mereka tahu maka lebih cemerlanglah keputusan peperiksaannya nanti.
Rupanya, perkara sebaliknya berlaku. Bagi pelajar dalam kategori pandai, mereka dapat memanfaatkan apa yang diberikan itu dengan baik. Tetapi, bagi sebahagian besar pelajar mereka merasakan ia menyusahkan dan ada yang tidak pasti mahu gunakan kaedah mana lalu kembali kepada cara belajar mereka sendiri.
Akhirnya, pada 1999, melalui penyelidikan kami, satu pendekatan belajar yang mudah dibuat dan diajarkan kepada pelajar yang mengikuti program MAP.
Sejak itu, ramai pelajar yang melonjak pencapaiannya. Kami namakannya Strategi Pembelajaran Aktif. Inilah kaedah yang diajarkan kepada pelajar yang mengikuti kursus ini.
Matlamat menghantui diri
Untuk berjaya kita perlu tahu apa matlamat yang mahu dicapai. Matlamat ini pula mesti menghantui fikiran hinggakan setiap kali teringat padanya maka berubahlah emosi dan fisiologi kita.
Matlamat ini mesti mampu membakar semangat dan menjadi pendorong kepada perubahan dan tindakan. Barulah timbul kesanggupan bagi melakukan dan berkorban apa saja untuk mencapainya.
Dalam seminar nanti anak-anak diajarkan cara membina matlamat secara kreatif iaitu matlamat yang mempunyai kesan emosi dan fisiologi.
Fokus pada usaha
Ramai pelajar hanya fokus pada hasil dan lupa bahawa hasil itu adalah kesan daripada usaha yang dilakukan. Kalau betul usahanya maka betullah hasilnya.
Memang meletakkan matlamat itu perlu bagi membolehkan kita merancang dan membakar semangat bagi mencapainya.
Namun, ramai lupa, kejayaan besar yang diperoleh esok hari adalah hasil daripada kejayaan-kejayaan kecil yang dicapai setiap hari. Oleh itu fokuskan pada usaha. Tanyakan diri kita sama ada apa yang dilakukan hari ini mendekatkan kita kepada matlamat atau sebaliknya.
Tanyakan juga apa yang boleh dilakukan lagi atau apa yang belum dilakukan. Soalan-soalan sebegini membuatkan kita berfikir dan mencari jalan ke arah merealisasikan matlamat. Namun, hati perlu faham bahawa hak manusia hanya berusaha, hak Allah menentukan segalanya. Oleh itu konsep reda dan syukur perlu ada dalam hati.
Berusaha dan tawakal
Semua keajaiban tidak mungkin berlaku jika Allah tidak izinkan. Menghadiri seminar motivasi hanyalah satu usaha, namun Allah yang menentukan hasilnya.
Allah itu adil. Dia menjanjikan kejayaan kepada mereka yang berusaha. Cuma ada ketikanya usaha yang diambil itu salah maka hasilnya tersasar. Anak-anak perlu dilatih konsep tawakal ini agar mereka mempunyai kekuatan akidah yang mantap.
Program ini terbuka kepada anak-anak berusia 10 hingga 19 tahun. Hubungi 03-22734622, 016-5580719 atau layari www.laman-map.com untuk maklumat lanjut.

0 Comments:
Post a Comment