Pembiayaan Pendidikan Tunas Potensi 2017 Lepasan SPM STPM Matrikulasi
Program Pembiayaan Pendidikan Tunas Potensi 2017 merupakan satu program pembiayaan pendidikan untuk pelajar lepasan SPM, STPM, Matrikulasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda yang berpotensi, berpendapatan isirumah rendah (RM4,000 ke bawah) dari latarbelakang yang mencabar bagi mendapatkan pendidikan tertiari berkualiti.
Tawaran program pembiayaan pendidikan 2017 ini terbuka kepada semua Bumiputera Malaysia yang mempunyai prestasi serta berminat untuk melanjutkan pengajian mereka ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Pembiayaan pendidikan ini merangkumi yuran penuh akademik, elaun sara hidup (termasuk penginapan), elaun buku dan sokongan pembangunan insaniah.
Peringkat Pengajian : Tajaan Dalam Negara
Dari Pengajian Asas sehingga Ijazah Sarjana Muda di IPTS terpilih sahaja.
Syarat-syarat Kelayakan:
1. Bumiputera Warganegara Malaysia (Lepasan SPM/STPM 2016)
2. Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM 4,000 sebulan (sebelum sebarang pemotongan dibuat)
3. Keputusan Peperiksaan Percubaan
SPM – minima 5A-*
STPM – minima 2A*
Tempoh Program :
4 - 5 tahun*
*berbeza mengikut kursus pengajian
Pembiayaan Merangkumi :
- Yuran Pengajian
- Elaun bulanan (termasuk penginapan )
- Elaun buku
- Program Pemupukan & Pembangunan Pelajar
Peringkat Pengajian : Tajaan Luar Negara
Daripada A-level (di dalam negara sahaja) sehingga Ijazah Sarjana Muda (50 universiti terkemuka di dunia sahaja).
Syarat-syarat Kelayakan:
1. Bumiputera Warganegara Malaysia (Lepasan SPM 2016)
2. Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM 4,000 sebulan (sebelum sebarang pemotongan dibuat)
3. Keputusan Peperiksaan Percubaan
SPM – minima 8A
Tempoh Program :
A-Level – maksimum 2 tahun
Ijazah Sarjana Muda – maksimum 3 - 4 tahun*
*berbeza mengikut kursus pengajian
Pembiayaan Merangkumi :
- Yuran Pengajian
- Elaun bulanan (termasuk penginapan )
- Elaun buku
- Program Pemupukan & Pembangunan Pelajar
- Elaun-elaun lain yang berkaitan (hanya untuk tajaan luar negara SAHAJA)
Perhatian: Sebelum membuat permohonan, sila rujuk kepada Soalan-soalan Lazim dan Senarai Kursus dan Institusi terlebih dahulu.
Tarikh Tutup
Permohonan akan ditutup pada 30 Mac 2017 (Khamis) pada pukul 11:59 malam.
Info lanjut klik disini
http://www.yayasanpeneraju.com.my/download/SENARAI-KURSUS-DAN-UNIVERSITI-TP-6-PDF.pdf?data-yayasan-peneraju=14
BIASISWA YAYASAN PENERAJU TUNAS POTENSI 2016 LEPASAN SPM DAN STPM 2015
Program Pembiayaan Pendidikan Tunas Potensi
Program ini merupakan satu program pembiayaan pendidikan untuk pelajar lepasan SPM/STPM yang berpotensi, berpendapatan isirumah rendah dari latarbelakang yang mencabar bagi mendapatkan pendidikan tertiari berkualiti. Tawaran program pembiayaan pendidikan ini terbuka kepada semua Bumiputera Malaysia yang mempunyai prestasi serta berminat untuk melanjutkan pengajian mereka ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Syarat-syarat Kelayakan:
Untuk memohon, sila pastikan anda memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) seperti yang berikut:
- Bumiputera Warganegara Malaysia (Lepasan SPM/STPM 2015)
- Keputusan Percubaan Peperiksaan SPM/STPM:
PM 2015
| Calon Persediaan Ke Luar Negara | Minima 8A | Sekurang-kurangnya A bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam/Moral, Sejarah, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik/Biologi |
| Calon Kursus Sains Kesihatan | Minima 8A- | (Sekurang-kurangnya A- bagi subjek Biologi, Kimia dan Matematik) |
| Calon Kursus Kejuruteraan | Minima 7A- | (Sekurang-kurangnya A- bagi subjek Fizik/Kimia, Matematik dan Matematik Tambahan) |
| Calon Kursus Lain-Lain | Minima 5A- | (Mendapat sekurang-kurangnya gred B bagi subjek Matematik, gred C+ bagi subjek Bahasa Inggeris dan gred C bagi subjek Sejarah) |
STPM 2015
| Minima 2A- | (Mendapat Minima 5A- bagi SPM 2013 dengan sekurang-kurangnya gred B bagi subjek Matematik, C+ bagi subjek Bahasa Inggeris dan gred C bagi subjek Sejarah) |
- Jumlah pendapatan atau gaji kasar ibu dan bapa / penjaga tidak melebihi RM4,000 sebulan.
- Aktif dalam ko-kurikulum dan menunjukkan sifat kepimpinan yang tinggi.
Sila semak senarai kursus dan institusi pengajian (beserta kelayakan minima) di bawah tajaan Yayasan Peneraju dan Soalan-Soalan Lazim sebelum membuat permohonan.
Senarai Kursus Tajaan:
Sila klik pautan ini
Alamat pejabat:
Tingkat 15-1, Mercu UEM
Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral
50470 Kuala Lumpur
Talian am: +603-2727 9000
Faks: +603-2727 9090
Soalan umum: info@yayasanpeneraju.com.my
Karier bersama kami: careers@yayasanpeneraju.com.my
Permohonan Biasiswa Lepasan UPSR Peneraju Tunas Geliga Mohon Sekarang
Program biasiswa Peneraju Tunas Geliga 2013 mensasarkan pelajar-pelajar lepasan UPSR yang berpotensi, berpendapatan isirumah rendah dan dari latarbelakang yang mencabar.
Pelajar-pelajar yang terpilih akan ditempatkan
di suasana yang lebih kondusif untuk pembelajaran serta pembangunan jati
diri mereka.
PELUANG KEDUA LEPASAN PMR PENERAJU UNTUK KERJAYA KEMAHIRAN VOKASIONAL
PENERAJU BUKA RUANG UNTUK BAKAT BESAR TAPI TERCICIR
KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- Ketika ini puluhan ribu pelajar lepasan
Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) sedang
berdebar-debar menantikan surat tawaran ke Institusi pengajian Tinggi Awam
mahupun swasta.
Bagi yang cemerlang keputusannya, tentulah tidak timbul sebarang kegusaran.
Namun, bagi yang cukup-cukup makan atau yang memang tidak bernasib baik
dalam bidang akademik, hasrat menyambung pelajaran mungkin dianggap sebagai
igauan semata-mata.
Apatah lagi jika kemampuan kewangan keluarga agak terbatas. Bagaimana pula
jika ada yang seusia mereka benar-benar keciciran sekolah sejak tingkatan empat
lagi?
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata,
berdasarkan statistik yang diperolehnya, menunjukkan bahawa anak dalam
lingkungan umur 15-16 tahun yang menyambung pelajaran ke tingkatan empat dan
lima adalah jauh lebih rendah daripada jumlah populasi umur itu.
Daripada purata populasi 1.076 juta orang, hanya 832,000 sahaja yang
menyambung ke tingkatan empat dan lima. Bermakna lebih 244,000 orang tidak
menyambung ke tingkatan empat dan lima.
"Kita pasti daripada jumlah 244,000 ini, ada yang menyambung pelajaran di
sekolah bukan kerajaan, akan tetapi kita juga pasti bahawa sebahagian besar
daripada jumlah ini adalah benar-benar tercicir dari sekolah," katanya.
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .