Subscribe Us

Jom Kenali Sejarah Palawan Malaysia

Sejarah Tok Kenali Pengasas Majalah Pengasuh

Panduan Temuduga Dalam Talian

Panduan Temuduga Online

Panduan Hadiri Temuduga

Panduan Hadiri Temuduga

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Showing posts with label kemahiran belajar. Show all posts
Showing posts with label kemahiran belajar. Show all posts

4.Tip Petua Cemerlang Di Universiti

40 Tip Petua Cemerlang Di Universiti 



40 Tip Persediaan ‘Exam’ Buat Pelajar Universiti Yang Ingin Lulus Cemerlang

1. Tetapkan matlamat. Contoh: semester ni CGPA 4.00. Semester ni nak 3.7. Semester ni nak try atas 3.0.

2. Susun subjek-subjek mengikut keutamaan. Susunan keutamaan diberikan kepada subjek yang paling susah / perlu diberi perhatian serius sehinggalah subjek yang dah mantop.

3. Jadual study. Tetapkan jumlah jam study bagi setiap subjek. Study 50 minit. Rehat 10. Kemudian sambung subjek tu atau tukar subjek lain ikut jadual. Subjek susah lebihkan masa. Jadual jangan padat sampai tak sempat nak makan.

4. Kenalpasti masa aktif anda. Kalau jenis lepas subuh tidur balik, jangan letak subjek berat anda waktu pagi. Letak subjek susah pada waktu aktif.

5. Tidur 5 jam dah memadai. Tidur kena jaga. Sebelum tidur study subjek paling susah. Bangun tidur sambung subjek paling susah tu jugak.

6. Study sambil kunyah kismis. Minum air lebih. Jika anda jenis suka study dengar lagu, pilihlah lagu yang menenangkan (lebih baik dengar bacaan Quran). Siapa jenis suka study sunyi-sunyi cari la tempat seperti perpustakaan. Study di masjid ada keberkatannya. Rumah Allah kan.

7. Elakkan study di bilik tidur atau mana-tempat tempat yang ada bantal atau tilam atau selimut. Tetiba je nanti dah berselubung.

8. Penat-penat study tu rehat kejap call mak ayah. Minta doakan. Dengar suara mak ayah ni menenangkan. Doa mereka pun dimakbulkan.

9. Siapa yang sempat balik, tatapkan muka mak ayah  tu sebelum exam. Walau nanti kawan-kawan perli kita rajin belajar, at least kita tahu kita nak jalankan tanggungjawab kat mak ayah yang memberi kepercayaan kepada kita.

10. Study tu kena aktifkan semua pancaindera. Baca dengan suara perlahan bagi telinga kita dengar. Tulis nota. Warnakan. Bila guna semua pancaindera, lebih kuat ingatan.

11. Lepas subuh baca yasin atau mana-mana surah. Lepas solat, jangan malas doa. Solat hajat doa sungguh-sungguh. Bagi tenang baru mula study.

12. Beri masa lebih bersama Dia (jangan gopoh sangat solat). Dia akan beri masanya bersama kita. Bagaimana? Misalnya kita cepat faham. Jadi banyak masa jimat. Tak ada la asyik ulang benda sama tak faham-faham dan masa terbazir.

13. Jangan bergantung pada nota kawan (dia tak bagi semua tu) haha. Jangan bergantung pada nota kuliah. Jangan bergantung pada soalan exam lepas. Untuk letak diri anda pada level yang berbeza dengan rakan sekelas, carilah dan tambahlah sumber berautoriti lain. Lecturer pun suka ada input tambahan.

14. Study tak faham! Tanya yang faham. Tak faham juga tanya yang boleh memahamkan. Baca tak faham. Ulang baca. Tak faham juga. Baca lagi. Biar jatuh biji mata. Pasang balik dan sambung baca. Jangan putus asa.

15. Kenal pasti cara study terbaik untuk subjek anda. Jika study group itu terbaik, buat la study group. Kalau rasa study sendiri terbaik, study la sendiri.

16. Jangan asyik sebut susah. Bila selalu sebut susah. Memang la jadi susah. Kurangkan mengeluh. Mengeluh hanya tambah masalah. Mengeluh tu sendiri pun satu musibah. Rilex. Cari solusi.

17. Semak jadual exam. Study subjek yang last dulu kemudian baru yang awal-awal. Kemudian nanti ada masa renggang ulang subjek yang last-last. Utamakan juga subjek yang dekat-dekat harinya. Mana subjek yang ada gap tu boleh la kemudiankan.

18. Guna sticker note untuk ringkasan maklumat buku dalam muka surat tertentu. Nanti laju sikit baca. Terus tengok point penting kat sticker notes je.

19. Tolong kawan yang tak faham. Bila kita ajar orang, kita akan lebih faham. Faham?

tip-exam-1

20. Semak waktu exam betul-betul. Bawa semua keperluan. Masuk dewan baca la segala doa penerang hati, surah al Insyirah kemudian baru duduk. Jangan bukak kertas soalan sebelum baca doa dipermudahkan (rabbi yassir wala tu’assir). Jawab dengan tenang. Kalau lupa istighfar atau zikir-zikir. Sebelum hantar kertas jawapan baca doa tawakkal. Hembus cket. Fuh! Hehe.

21. Jaga makan. Asal stress nak makan je. Tapi ada pulak rasa nak makan pun dah tak sempat. Rasa banyak benda nak study. Risau sampai tak terasa lapar. (Mujur puasa). Dah tengah malam buta baru berkeroncong perut. Akhirnya maggi. Urm tak elok.

22. Kualiti tidur. Jangan lebih banyak tidur masa study week. Sebab kelas dah tak ada maka sambung tidur sampai matahari terpacak. Atau gigih berjaga malam sampai azan subuh. Last-last esoknya badan jadi lemah. Nak study pun rasa mengantuk lagi dan mulalah sakit kepala. Malam dicipta untuk rehat.

23. Pastikan assignment dah siap dan submit. Sepatutnya minggu exam tidak lagi diganggu dengan assignment yang nak hantar last minit. Akhirnya kita menggunakan study week untuk menyiapkan assignment tertangguh dan masa untuk study dah berkurang.

24. Jangan kedekut ilmu. Kongsi. Tolong-menolong. Terutama group assignment. Banyak perkara nak submit sebelum exam. Kita tolong orang. Allah tolong kita. Semua orang pasti ada kelebihan, kekurangan dan kesukaran tersendiri.

25. Jangan nak hipster sangat study tu. Siap susun buku tinggi-tinggi, baru instagramable katanya. Atau buat karangan ‘Tenggelamnya Kapal Study Week’ baru start study. Kemudian kejap-kejap check hp dah berapa like. Gunakan masa kritikal ini untuk pecutan kognitif.

26. Jangan cepat nak panik sangat. Kadang-kadang kita diuji bukan saja dengan banyak subjek nak cover, tapi perkara-perkara luar kawal. Pernah mak ayah saya kemalangan masa paper pertama saya. Risau tu hanya Tuhan yang tahu. Balik kejap. Balik KL balik. Tenangkan hati. Study. Tup-tup kawan mesej, fokus tajuk sekian-sekian. Tup-tup keluar tajuk tu. Banyak cara Tuhan nak bantu kita.

27. Jangan dekati kawan-kawan yang gigih juga study minit-minit akhir sebelum masuk dewan exam dengan pelbagai nota warna-warni. Nanti anda dengar dia baca topik yang anda tak baca atau tak tahu apa-apa. Tak pasal-pasal dah gabra. Kalau jenis tak gabra tak apa la.

28. Jangan duduk sebelah top scorer dalam dewan exam. Kecuali anda la top scorer tu. Anda boleh la duduk mana-mana. Sebab nanti anda tengok dia menjawab dengan lajunya dan anda masih memikirkan jawapan. Psiko.

29. Selesaikan segala ‘pelepasan hajat’ sebelum masuk dewan. Nanti nak jawab exam, masa tu la nak terkucil depan belakang. Toilet pulak jauh. Bazir masa.

30. Jangan berpuas hati dengan result semester lepas. Mentang-mentang semester lepas dapat dean list, takkan semester ni pun boleh sesenang dapat dean list. Siti Nurhaliza menang AJL tiap-tiap tahun sebab sentiasa berlatih dan berusaha dan tidak sekadar berpuas hati sebab dah pernah menang sekali. Mencapai sesuatu lebih mudah dari mengekalkannya.

31. Jika pointer semester lepas rendah. Jangan la guna kaedah belajar semester lepas, nanti result sama jugak la macam semester lepas. Ubah la.

32. Berjumpa lecturer. Jangan la jadi kera sumbang. Bajet faham je. Banyak untungnya berjumpa dgn lecturer time ni. Kadang-kadang face to face lebih faham. Kadang-kadang dapat clue soalan exam lagi. Hehe.

33. Minta maaf la kat mak ayah, lecturer-lecturer terutama yang korang banyak ngumpat. Kadang-kadang ada dosa yang menghalang ilmu yang dah dipelajari dari diingati, istighfar banyak kali.

34. Never underestimate the power of doa. Tapi nak menghadapi exam ini bukan hanya doa saja. Atau bukan sekadar share doa di whatsapp atau sekadar taip doa di laman sosial. Malaikat tak komen ‘amin’ kat FB anda.

35. Dekati Tuhan. Ye, sepatutnya bukan hanya ketika kesukaran. Tapi lebih baik daripada terus layan tekanan dan tidak mendekati Tuhan. Asalkan minggu exam ramai histeria. Asal histeria mesti minggu exam. Na’uzubillah.

36. Bangun sepertiga malam. Atau untuk muslim Qiyamullail sikit. Lepas buat solat-solat sunat, study la. Study juga ibadat. Ustaz saya kata membuat nota waktu itu juga salah satu pengisian qiyamullail. Tapi awak-awak ni study di bilik masa qiyamullail pakai boxer je. tak tau nak kata ibadat ke.

37. Wlupun sebelum ni saya kata jangan bergantung pada pass year question tapi jangan abaikan terus. Jawab la juga. Cuba ikut masa yang diberikan. Kadang-kadang dah banyak sangat baca sampai tak cukup masa nak muntahkan semua. Tangan pulak dah kejang sebab banyak sangat menulis. Dewan exam pulak sejuk. Grrrr.

38. Study buka tingkap. Jangan terperap. Otak pun mendap. Sesekali pandang pepohon hijau. Manusia dan alam sebenarnya berhubung secara intelektual kerana banyak dalil tentang keindahan alam ini yang perlu difikirkan. Sebab itu ramai orang mendapat ilham dengan melihat alam. (Tips dari ex girlfriend).

39. Jujur dengan ilmu. Tuntutlah dengan cara yang betul. Kalau tak betul tu yang baru baca dah lupa. Berapa banyak kita usaha mendapatkan ilmu, sebanyak itulah ilmu yg akan datang pada kita. Jangan nak cuba selit nota bawa dalam dewan exam. Jujur!


40. Segala langkah bermula dengan langkah pertama. Start la study ok. Tutup FB. Bismillah.

TIP BELAJAR UNTUK PEPERIKSAAN

TIP BELAJAR UNTUK PEPERIKSAAN 



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kepada calon PMR 2013 Negeri Pahang, anda telah pun selamat menduduki Peperiksaan Percubaan PMR 2013 pada Ramadhan lalu.

Kepada calon PMR, saya ucapkan semoga anda telah dapat mengukur kekuatan diri dan kelemahan diri anda semasa Percubaan PMR tempoh hari.  Selepas ini guru-guru akan berbincang mengenai hasil pencapaian anda. Keputusan peperiksaan percubaan PMR adalah kayu ukur untuk mengesan sejauh manakah kemampuan anda. Refleksilah diri anda dan buatlah penjajaran strategi bagi memastikan anda benar-benar telah bersedia untuk melakar kejayaan dalam peperiksaan PMR nanti. 


 Jadikanlah semua program yang dijalankan oleh pihak sekolah sebagai peluang dalam memantapkan persiapan sebelum PMR. Sekiranya persiapan anda masih belum mantap untuk menduduki PMR, anda sebenarnya masih belum terlewat, kerana setiap saat adalah di dalamnya kesempatan. Selagi PMR belum bermula, selagi itulah masa dan ruang masih ada.

Bagi calon SPM peperiksaan percubaan SPM InshaAllah akan dijalankan pada akhir Ogos 2013 ini. Di sini saya kongsikan Tip Belajar Untuk Peperiksaan.

BELAJAR UNTUK PEPERIKSAAN 

Berilah Tumpuan Kepada Pengajaran Guru Dalam Kelas

 Berilah Tumpuan Kepada Pengajaran Guru Dalam Kelas 

Gambar Otak Yang tenang;
Otak Yang Tenang Memudahkan Fikiran Tertumpu dan Beri Tumpuan dalam proses pengajaran pembelajaran dalam kelas




Kegagalan memberikan tumpuan dalam kelas menyebabkan ramai pelajar gagal meraih keputusan yang baik dalam peperiksaan. Memberi tumpuan dalam proses pengajaran pembelajaran bersama guru anda di kelas sangat banyak membantu proses pemahaman. 

Bagaimana cara hendak beri tumpuan kepada pelajaran di kelas?  Beri tumpuan dalam pelangajaran di kelas adalah salah satu kaedah belajar yang baik diamalkan dan telah banyak pelajar cemerlang mempraktikkannya. 

Di sini ada beberapa tip berkaitan cara memberikan tumpuan kepada pengajaran pembelajaran di kelas. kepada para pelajar SMK Lepar Hilir boleh berjumpa dengan saya di sekolah dan sila buat temujanji dahulu ya.

Kelebihan Menumpukan Perhatian Kepada Pengajaran Guru Dalam kelas 



Kemahiran Belajar Dengan Peta Minda

Kemahiran Belajar Dengan Peta Minda

  1. Peta minda boleh menghubungkan fungsi otak kiri dengan otak kanan bagi meningkatkan daya ingatan.
  2. Meningkatkan kemahuan kita belajar; ianya berfungsi seirama dengan ciri semulajadi otak (linear, menyeluruh, menghubungkait, membanding, menganalisis).
  3. Menjimatkan masa; mengguna kata kunci sahaja.
  4. Fokus kepada isu sebenar meningkat.
  5. Hubungan dengan idea mudah dikenalpasti kerana lengkap dengan simbol, rajah, bongkah dan warna.
  6. Bagus untuk mengulangkaji pelajaran kerana ideanya ringkas, unggul dan penuh makna yang nyata dan tersirat.

SAINS DAN MATEMATIK MATAPELAJARAN MENYEROKKAN SEBENARNYA

SAINS DAN MATEMATIK 
MATAPELAJARAN MENYEROKKAN SEBENARNYA


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Pelajaran Sains dan Metematik adalah mata pelajaran yang menyeronokkan sebenarnya. Yang penting minat, kemahuan dan semangat tinggi untuk berusaha memahami mata pelajaran tersebut. 

KATA sesetengah orang, subjek Sains susah untuk difahami dan ‘menakutkan’. Kebiasaannya, sains asas adalah meliputi Fizik, Kimia dan Biologi. 

Ada juga yang berkata, subjek tersebut cukup membosankan serta merumitkan terutama bagi kanak-kanak dan pelajar sekolah. Namun, hakikatnya, walau susah bagaimanapun, sains amat penting dalam kehidupan manusia.


Halangan mental misalnya dengan minda menyatakan menyatakan Matematik susah, Sains tak best  hendaklah dibuang jauh-jauh. 

Di Malaysia, pembelajaran ilmu sains ini telah lama diperkenalkan. Di peringkat sekolah, menengah atas mahupun bawah, kesemuanya telah didedahkan ilmu sains ini. Maka, tertubuhlah sekolah-sekolah elit bestari seperti sekolah menengah sains, Asrama Penuh, Intergrasi, MRSM dan sebagainya. Ilmu sains ini mampu memberi minat kepada pelajar untuk belajar. 

Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri telah mewujudkan pelbagai insentif bagi menggalakkan pelajar mengambil aliran Sains di Tingkatan 4.

Contohnya Pelepasan Cukai Sehingga RM3K Babi ibubapa yang anak-anaknya mengambil alioran Sains di sini. 

  Malah Nilai Biasiswa Kecil Persekutuan juga dinaikkan kepada pelajar aliran Sains. 




Menerusi sains, pelbagai kaedah dan teori ditemui dalam menyelesaikan banyak permasalahan yang berkaitan dengan kehidupan harian kita.  Dunia pada zaman ini telah mencapai satu era yang sangat moden dalam aplikasi sains dan teknologi. 

Jika dahulunya kita sedia maklum, sejarah telah menjelaskan pada kita semasa era pemerintahan Islam yang kuat , ketika itu sains dan teknologi sangat menjadi perkara utama. Tamadun yang memfokuskan dalam meneroka ilmu sains dan teknologi mampu mengangkat tamadun itu keterhadapan. Lihat sahajalah negara Jepun masa kini.

Jika dilihat dalam Sejarah Islam, Islam telah melahirkan banyak tokoh Ilmuan dan Cendiakawan ternama dunia dalam bidang Sains dan Matematik, selain Falsafah, perubatan dan lain-lain.




 
Paling tidak.. usaha mereka merupakan langkah pertama merintis laluan buat pengkaji barat yang secara tidak langsung memberi inspirasi kepada tercetusnya penghasilan yang lebih maju dan berteknologi tinggi sekaligus mengangkat dan membina ketamadunan manusia yang lebih sempurna.

Sebagai contoh.. Al-Jazari, bapa kejuruteraan menghasilkan jam yang dimekanisasi oleh air. Abbas Ibn Firnas pula menjadi manusia pertama melakukan ujikaji penerbangan sebelum adik beradik Wright mencipta kapal terbang. Manakala Ibn Haytham mencipta Kamera Obskura yang telah mengalami proses evolusi sehingga munculnya kamera digital masa kini yang lebih canggih.
 
 Jabir Ibn Haiyan (Geber) Digelar Kimia (Bapa Kimia) Buku Terjemahan The Book of the Composition of Alchemy,Book of Kingdom, Book of the Balances, Book of Eastern Mercury, Sum of Perfection (all translated byBerthelot). Meninggal pada 803 Masihi di Kufah.

Ibn Sina (Avicenna)  Perubatan, Falsafah, Matematik, Astronomi  Canon (1170-87), Sanatio (12th cent.), "A Treatise on the Canons of Medicine of Avicenna (1930), Book of Healing.  Lahir pada 981 di Asfahana Meninggal dunia pada 1037 di Bukhara.

Abu Yusuf Ta’qub ibn Ishaq al-Kindi/alkindus (sekitar 185 H/801 M-260 H/873 M)
Filosofi arab pertama. Menguasai bahasa syria, yunani. Menulis 270 makalah tentang: logik, filosofi, fizik, matematik, muzik, ubat-ubatan dan kehidupan binatang.

Tsabit ibn Qurrah (211 H/826 M atau 221 H/836-288 H/901 M)
Ahli matematik, astronomi. Menulis juga tentang: astronomi, teori bilangan, fizik dan cabang matematik lainnnya. Penerjemah besar Teori “getaran” (trepidation) sangat berpengaruh di abad pertengahan Barat. 

Artikel lain yang boleh pelajar Lepasan PMR Boleh buat rujukan:

Bilangan Mata Pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia, di sini. 

Ke Mana Selepas PMR, di sini

Selepas PMR, di sini. 

Di sini juga saya memuat naik sedikit Tip dan Petua Seronok belajar Sains. Sila baca lanjut artikel ini ya dengan klik readmore, terima kasih kepada yang sudi membaca blog ini.


Teknik Membaca SQ3R Berkesan Uruskan Masa Anda

Teknik Membaca SQ3R Berkesan Uruskan Masa Anda


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Salam ramadhan buat pembaca Muslim blog ini. 

Kesedaran tentang pentingnya “Budaya Membaca” sebagai satu agenda negara berikutan dengan pendedahan satu kajian yang telah dijalankan pada tahun 1983, oleh ahli akademik dari universiti tempatan di bawah pimpinan Prof Atan Long dari Universiti Putra Malaysia, menunjukkan bahawa minat membaca buku di Malaysia sangat rendah (kajian secara umum).

Oh iya, saya ingin berkongsi satu bahan berkaitan cara membaca. Cara membaca berkesan ini adalah salah satu tip rahsia kejayaan pelajar cemerlang. Kenape? Ta percaye ke? Oklah teruskan membaca entry ini ye.

Semasa saya berada di tingkatan 3, di sebuah sekolah menengah agama di Perlis,  seingat saya pada awal tahun sebelum PMR bermula lagi, pihak sekolah tempat saya belajar telah mengadakan pelbagai program motivasi pelajar.

Sebagai pelajar tahun peperikaan ketika itu, memang berdebar hati saya. Saya ada mengikuti satu kursus yang dianjurkan berkenaan teknik belajar dan pengurusan masa berkesan. Salah satu daripada teknik yang menarik saya pelajari ketika itu ialah teknik SQ3R ini.

SQ3R ialah teknik membaca kritis yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961). Ia merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan. 

SQ3R adalah singkatan bagi;

S (survey) tinjau
Q (question) soal/tanya
R (read) baca
R (recite) imbas kembali atau nyatakan secara lisan
R (review) baca semula

Survey (tinjau) Mengumpul maklumat yang diperlukan supaya anda boleh fokus kepada apa yang dibaca dan fikirkan apa yang mahu dicapai melalui pembacaan.

- ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung di dalam bahan yang dibaca. Ini dilakukan dengan meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan pengenalan, dan perenggan terakhir di bahagian-bahagian buku atau teks.

Di sini juga pelajar sebenarnya menggunakan teknik membaca pantas iaitu skimming dan scanning.

Perisian Peta Minda Percuma

Perisian Peta Minda Percuma


Sila rujuk post sebelum ini mengenai Peta Minda di blog ini.  Disini saya nak berkongsi salah satu perisian yang dibangunkan secara percuma ( opensource ) yang boleh digunakan untuk membuat peta minda dengan menggunakan komputer.

Boleh rujuk artikel Apakah perisian terbuka di blog ini di sini,http://www.cikgukaunseling.com/2011/06/apakah-perisian-terbuka.html.

 Saya telah pun mencuba, dan amat berpuas hati dengan perisian percuma ini. Jadi, sebaiknya perisian ini saya dedahkan agar pelajar juga boleh menggunakan perisian tersebut.

Kelebihan perisian Xmind ( buat peta minda )

1. Perisian percuma
2. Senang digunakan
3. Guru dan pelajar boleh gunakan samada untuk mengajar atau belajar
4. Mudah untuk di'edit' sekiranya nota dalam bentuk peta minda nak di'upgrade'

PETA MINDA ITU PENTING

PETA MINDA ITU PENTING

 Sumber gambar di atas dari google.


PELBAGAI penyelidikan telah dibuat untuk membentuk dan menyusun strategi pembelajaran yang lebih berkesan terhadap pelajar-pelajar. Pembelajaran secara hafalan memerlukan daya ingatan yang kuat, tetapi ianya tidak dapat membentuk insan yang kritis dan kreatif malah ianya tidak sesuai di zaman yang serba maju ini.

Sebagai seorang insan, Allah telah mengurniakan kepada kita pancaindera yang mempunyai pelbagai fungsi. Pancaindera ini amat peka serta amat responsif terhadap apa-apa rangsangan yang berkaitan dengannya.

Mata adalah merupakan salah satu pancaindera yang amat penting bagi seseorang insan. Sebagai contoh, mata yang berfungsi untuk penglihatan akan merangsangkan tindakan seseorang itu apabila ianya melihat sesuatu yang dapat memberi sesuatu makna kepada dirinya.

Seorang kanak-kanak yang masih kecil dan belum mengenal huruf dapat memahami sesuatu keadaan melalui penglihatan dan pemerhatian. Objek yang dilihat melalui mata akan menghasilkan sesuatu mesej melalui interpretasi yang dibuat di bahagian otak.

Tip Belajar Berkesan

Tip Belajar Berkesan



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Teknik dan kaedah belajar ada pelbagai cara.

 Di sini, saya kongsikan sedikit  Tip Belajar Berkesan.
  • Semasa di kelas, berikan tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran guru. 
  • Dengar apa yang guru sampaikan dengan teliti.
  • Tidak bercakap atau berbual-bual semasa guru mengajar. 
  • Buat latihan dan tugasan yang guru berikan mengikut masa yang telah ditetapkan. 
  • Sentiasa bersoal-jawab dengan guru dalam hal-hal pelajaran.
  • Membaca setiap nota yang diberikan oleh guru.
  • Membuat latihan-latihan yang disediakan oleh guru serta mencari latihan-latihan tambahan dari buku-buku latihan.
  • Memahami apa yang dibaca. 
  • Membuat nota ringkas untuk semua mata pelajaran.
  • Menggunakan kaedah, simbol, dan tanda-tanda tertentu untuk memudahkan pembelajaran
  •  Belajar menggunakan komputer untuk mendapatkan kefahaman tambahan.
  • Bagi sesetengah pelajar, mereka kerap mengadakan kumpulan perbincangan bagi semua mata pelajaran.
  • Mendapatkan pengetahuan daripada pelbagai bahan rujukan sama ada buku, majalah, akhbar dan internet.
  • Mempelajari teknik-teknik menjawab soalan setiap mata pelajaran.
  • Meneliti dan menganalisis trend soalan-soalan peperiksaan yang lalu.
  • Berfikir secara kreatif dan berani memberi idea.
  • Mendapatkan nasihat guru dalam segala masalah yang dihadapi tentang pelajaran dan pembelajaran.

TEKNIK MEMBUAT NOTA RINGKAS

TEKNIK MEMBUAT NOTA RINGKAS


BERIKUT disenaraikan teknik membuat nota ringkas dalam salah satu kaedah pembelajaran yang boleh para pelajar amalkan. 
Ia boleh diubahsuai mengikut kesesuaian dan keadaan para pelajar masing-masing :
  1. Pilih satu tajuk dan baca nota.
  2. Faham kandungan secara umum untuk menentukan fakta atau pokok persoalan .
  3. Baca dan garis fakta.
  4. Baca dan cuba fahamkan kaitan antara fakta yang digariskan dengan nota asal .
  5. Keluarkan fakta dan salin pada kertas lain.
  6. Faham fakta dan kaitannya dengan keseluruhan fakta daripada tajuk itu .
  7. Susun fakta ( jika perlu ).
  8. Cuba tulis semula fakta-fakta tanpa melihat fakta-fakta yang telah ditulis dahulu .
  9. Bandingkan apa yang kamu tulis.
  10. Ulang hingga kamu puas hati.
  11. Ulang membaca fakta , jika ada masa.
  12. Simpan dengan baik untuk tujuan ulang kaji.
  13. Mulakan tajuk baru dan lakukan proses no. 1 hingga no. 12 , sehingga habis kesemua tajuk dalam sukatan pelajaran.
Kunci kejayaan dalam menghasilkan catatan yang baik ialah perbendaharaan kata

Ia akan menolong kamu memahami apa yang dibaca dan menulis semula dalam bentuk ayat yang pendek, lengkap dan bernas.

Cara-caranya ialah:

  1. Gunakan perkataan sendiri dan bukannya menyalin ayat-ayat yang dipetik daripada karanga asal.
  2. Isinya mestilah disusun dengan teratur dan mengandungi perkara-perkara yang penting sahaja.
  3. Buat garisan dan tanda-tanda di bahagian yang penting bagi menarik tumpuan apabila membaca.
  4. Gunakan simbol-simbol yang kamu dapat faham.
  5. Tinggalkan satu ruangan kosong di tepi sebelah kiri untuk dicatat sebarang tambahan atau isi penting.

Cara Bertenang Sebelum PEPERIKSAAN, PMR, SPM, SMRA

Cara Bertenang Sebelum PEPERIKSAAN, PMR, SPM, SMRA


 Madah Hikmah; 
Kejayaan bukan suatu destinasi, tapi ia adalah suatu perjalanan. semakin jauh anda berjalan, semakin bagus anda akan jadi. Ianya tida berpenghujung.(Kata Pujangga)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ke hadapan para pelajar calon PMR 2011, khususnya di SMKJP2, dan seluruh Malaysia amnya, yang membaca dan menemui blog catatan Cikgu Kaunseling ini.
Apa khabar anda? Semoga sihat-sihat sahaja. Debaran PMR telah dirasa. Tinggal esok, tidak sampai 24 jam sahaja, Peperiksaan PMR akan anda hadapi. Lalu, tip ini, Dunia Cikgu Kaunseling, kongsikan bersama.
Saya dedikasikan, entry ini, Cara Bertenang Sebelum PEPERIKSAAN, PMR, SPM, SMRA, untuk semua pelajar SMKJP2, termasuk bekas pelajar SMKJP2 yang kini berada di UiTM, yang sedang menghadapi peperiksaan semesternya, (thanks for your SMS, Faiz), kaum kerabat/keluarga saya yang mengambil peperiksaan PMR ini.

Peperiksaan PMR, Sebagaimana peperiksaan awam yang lain, adalah suatu peperiksaan yang penting dalam fasa kehidupan seorang pelajar sekolah menengah. Maka, hadapilah ia dengan tenang, dan tidak gugup.
Selama ini, anda telah berusaha. Guru-guru SMKJP2 juga telah berusaha. Pelbagai kelas tambahan diadakan, termasuk waktu cuti sekolah, untuk kebaikan dan faedah para pelajar. 

Perkampungan Ilmu Untuk Pelajar Tingkatan 3, Hasil Inisiatif semua guru dan AJK PIBG SMKJP2, pada 23,24, dan 25 September 2011, pun telah anda sertai.

Maka di saat akhir ini, teruskanlah doa dan usaha sistematik anda. 

Anda rasa lemah? Tak yakin? Sedang hadapi konflik besar, yang dirasakan tak tertanggung oleh bahu anda, sedang peperiksaan perlu anda hadapi? 
Kekuatan, tidak datang dari kemampuan fizikal. Tetapi ia datang dari semangat yang tak pernah mengalah. PERCAYALAH, anda mampu melaluinya!
Jom hayati Maksud Firman Allah ini:

'dan janganlah kamu lemah dan jangan pula kamu bersedih hati sebab kamu paling tinggi derajatnya, jika kamu org yang beriman..'
(al-Imran:139)
INGAT, para pelajar. Pembelajaran itu salah satu proses untuk melangkapkan diri sebelum bertemu denganNya. Orang yang belajar akan dipermudahkan baginya jalan ke syurga. Oleh itu manfaatkan segala peluang yang diberikan Allah ini.
 
Bagaimana anda ingin memperolehi ketenangan, ketika saat-saat akhir menjelang peperiksaan?
Sedikit perkongsian, Bagi pelajar Muslim, cara untuk memperolehi ketenangan:

1. Menjadikan solat untuk meminta pertolongan dari Allah


“Dan mintalah (pertolongan kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang yang khusyu’.”
(Surah al- Baqarah 2:45)


2. Menjadikan doa sebagai sumber kekuatan

"Doa adalah sumber kekuatan orang Islam". Maka berdoalah dengan khusyuk mengharapkan kelapangan dada, kecerahan aqal dan fikiran, dan keberkatan dalam usaha, serta kejayaan yang cemerlang di dunia akhirat.

3. Mendoakan sahabat-sahabat yang sama akan mengambil peperiksaan

Adalah perlu diketahui doa seorang sahabat kepada sahabatnya tanpa diketahui oleh sahabatnya adalah lebih makbul.



4. Meyakini sungguh-sungguh, pertolongan dari Allah

Sebagai seorang Muslim, kita mestilah Meyakini sungguh-sungguh, pertolongan dari Allah. Ini sebagaimana firman Allah SWT:
 Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. 
(Terjemahan Surah Al-Talaaq, dari ayat dua dan tiga.)


5. Mengurangkan kadar stress dengan banyak mengingati Allah

Ertinya; Iaitu Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah.Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang."   
                                            (Ar-Ra'd: 28)
Untuk maklumat berkaitan Hala Tuju Selepas PMR, anda boleh klik di sini, http://raudhatulukhuwah.com/?p=2934

Amalkan doa pagi, petang, atasi masalah jiwa, sila  klik di sini, http://raudhatulukhuwah.com/?p=2934

 Berikut ialah sedikit perkongsian Tip Menghadapi Peperiksaan pada saat akhir.
SEBELUM HARI PEPERIKSAAN
 



  • Elakkan konflik yang boleh menggugat ketenangan emosi.Konflik keluarga, konflik ibubapa, konflik cinta dan segala macam konflik, buang jauh-jauh dari minda anda.



  • Pastikan semua nota dikemaskini dan disusun rapi mengikut aturan mata pelajaran.



  • Ulangkaji nota secara konsisten.



  • Bina dan jawab soalan daripada nota.



  • Berjumpa dan berbincang dengan guru bagi mengenalpasti teknik menjawab soalan.



  • Adakan perbincangan dalam kumpulan kecil bersama-sama rakan secara konsisten.



  • Jadi guru dan ajar rakan-rakan anda berkaitan sesuatu topik.



  • Dapatkan jadual peperiksaan, semak dengan rakan bagi memastikan tarikh, masa dan mata pelajaran tepat.



  • Buat satu jadual yang dapat dilihat jelas.



  • JAGA KESELAMATAN ANDA, Samada di rumah, di sekolah, dan di jalan raya khususnya.

  • PADA HARI PEPERIKSAAN




  • Tidur secukupnya pada malam sebelum hari peperiksaan. Kalau boleh, tak perlu menonton TV. Selewat-lewatnya pukul 10 malam, anda sudah tidur.



  • Solat Fardhu, usah dilupa tau.



  • Pastikan anda bangun awal. Kalau boleh, pukul 5 pagi, anda sudah bangun tidur, dan mempersiapkan diri.



  • Solat tahajud dan solat hajat, bagi pelajar Muslim.



  • Bersarapan pagi sebelum pergi ke sekolah. Jadi, sebelum ke dewan peperiksaan. anda sudah mengambil makanan berkhasiat dan minuman berkhasiat.



  • Datang awal ke dewan peperiksaan.



  • Tenangkan fikiran dan elakkan membuat perbincangan pada saat akhir bersama-sama rakan.



  • Berfikiran positif dan bersikap optimis.



  • Bercakap dengan rakan sekiranya ia dapat memberikan ketenangan kepada anda. 


  • SEMASA PEPERIKSAAN



  • Hadapi peperiksaan dengan perasaan yakin diri.



  • Baca arahan dengan teliti.



  • Pastikan apa yang perlu anda lakukan dan bagaimana hendak melakukannya.



  • Baca setiap soalan dengan teliti.



  • Gariskan perkataan yang penting dalam soalan.



  • Uruskan masa bagi menjawab dan menyemak jawapan bagi setiap soalan.



  • Jawab soalan yang mudah terlebih dahulu sebelum memberikan perhatian pada soalan yang sukar.



  • Lakarkan jawapan dengan menggunakan peta minda dan pastikan dapat memenuhi kehendak soalan.



  • Tulis jawapan mengikut urutan isi dengan tulisan yang jelas dengan menggunakan pen berdakwat terang (hitam).



  • Jawapan hendaklah padat dan mudah dibaca.


  • SELEPAS PEERIKSAAN



  • Elakkan daripada berbincang bersama-sama dengan rakan selepas waktu peperiksaan.



  • Tenangkan fikiran anda dan cuba memberi tumpuan terhadap kertas peperiksaan yang lain.



  • Yakin lah bahawa anda telah membuat yang terbaik dalam peperiksaan.



  • Bertenang dan lakukan aktiviti riadah sebelum menghadapi kertas peperiksaan yang berikutnya.


  • PETUA MENDAPAT KEBERKATAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN



  • Memohon keampunan dan keredhaan daripada ibu bapa dan guru sebelum menduduki peperiksaan.



  • Mengambil air sembahyang.



  • Melangkah dengan kaki kanan ke dewan peperiksaan.



  • Membaca Bismillah.



  • Membaca surah Ash-Syarh sebanyak sepuluh (10) kali sebelum mula menjawab soalan.



  • Memohon doa kepada Tuhan.

  • PERANAN IBUBAPA
     
    1.  Menyediakan makanan yang halal, berkualiti dan bersih.
    2.  Menggalakkan anak beriadah selama 20 minit 3 kali seminggu.
    3.  Memastikan anak tidur secukupnya selama 6-7 jam sehari.
    4.  Memberi pengukuhan dan kekuatan rohani seperti solat hajat, berdoa, dan membaca Al-Quran.
    5.  Memastikan anak membuat latih tubi secukupnya.
    6.  Menjaga keselamatan dan kesihatan anak.


    Sekian, wassalam.

    PMR, Tinggal ESOK jer..

    PMR, Tinggal ESOK jer..Selamat menduduki peperiksaan PMR 2011 


     Wajah-wajah Putera Puteri Harapan SMK Jengka Pusat 2, 2011.
    Calon-calon PMR 2011, sedang mendengar taklimat dan tips menjawab peperiksaan PMR, bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, semasa Seminar Menjawab Peperiksaan PMR, Di Dewan SMKJP2

    Kepada semua pelajar Tingkatan 3, Calon PMR 2011 di SMK Jengka Pusat 2, khususnya, dan seluruh Malaysia amnya, selamat menghadapi peperiksaan. 

    Antara Peralatan Yang Diperlukan:


    Slip Peperiksaan
    *Borang Maklumat Diri(jika berkaitan)
    Jadual Peperiksaan
    Pensel
    Pemadam
    Pembaris
    Pengasah Pensil
    Scientific Calculator ( jika berkaitan )
    Geometry Set ( jika berkaitan )
    Semoga usaha semua menjadi kejayaan.


    Tips : usaha + doa + tawakkal = berjaya

    Ingat, pelajar-pelajar, ingat pesan cikgu, cikgu-cikgu SMKJP2 ye.

    Pastikan anda MENDAPAT REHAT YANG CUKUP pada malam ini. Tidur awal, siapkan perkara yang perlu untuk peperiksaan esok ini ya. Dan yang penting, tolong jangan lupa untuk menunaikan solat fardhu ye para pelajar.


    Sekian, selamat maju jaya.

    Doa sebelum masuk ke dewan peperiksaan

    Doa sebelum masuk ke dewan peperiksaan

    Jam, di hadapan Dewan SMKJP2. Jam dan waktu ibarat aur dan tebing.
     Manfaatkan waktu yang bersisa ini, sebaik dan semaksimum mungkin, ke arah membina kejayaan cemerlang.

    Kepada para pelajar calon PMR 2011,  yang akan bermula esok, bacalah doa mula belajar di bawah berulang kali supaya kalian tidak gugup sewaktu menjawab kertas peperiksaan.

    Kepada para pelajar lain, juga elok mengamalkan doa di bawah ini, sebelum anda memulakan belajar. (Pada gambar no 1)

     Robbis serohli, shodri, wa yhas shir li amri, 
    wah lul uqdatam mil li sani, yafqahu qauli,
    wa sad did lisani, wahdi qolbi, bi haq qi Syaiyidina Muhammad.


    Doa sebelum masuk ke dewan peperiksaan



    (Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)

    Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)

    Disclaimer

    (c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .