Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

Kemahiran Belajar Dengan Peta Minda

Kemahiran Belajar Dengan Peta Minda

  1. Peta minda boleh menghubungkan fungsi otak kiri dengan otak kanan bagi meningkatkan daya ingatan.
  2. Meningkatkan kemahuan kita belajar; ianya berfungsi seirama dengan ciri semulajadi otak (linear, menyeluruh, menghubungkait, membanding, menganalisis).
  3. Menjimatkan masa; mengguna kata kunci sahaja.
  4. Fokus kepada isu sebenar meningkat.
  5. Hubungan dengan idea mudah dikenalpasti kerana lengkap dengan simbol, rajah, bongkah dan warna.
  6. Bagus untuk mengulangkaji pelajaran kerana ideanya ringkas, unggul dan penuh makna yang nyata dan tersirat.

     
Mengikut seorang penulis Dilip Mukerjea (1996) dalam bukunya bertajuk "Superbrain", melalui pemetaan minda seseorang itu dapat... "learn MORE, remember MORE, use LESS paper, invest LESS effort..." yang membawa maksud penggunaan peta minda dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak, mempertingkatkan daya ingatan tanpa merugikan terlalu banyak kertas serta tenaga.

Mata merupakan salah satu pancaindera yang telah diberi oleh Allah SWT. Fungsi mata adalah untuk melihat sesuatu objek. Walaubagaimanapun mata tidak dapat mentafsirkan apa yang dilihat sehingga satu mesej sampai ke otak untuk mentafsirkan objek tersebut. Minda kita seperti sebuah kamus lengkap. Segala yang kita lihat akan tersimpan kemas dalam ingatan samada objek tersebut baru dikenali atau sebaliknya. Sekiranya objek tersebut telah dikenali dan tersimpan dengan baik maka minda akan terus memaklumkan apakah objek tersebut.
Perlu diingat kebanyakan yang tersimpan dalam otak kita adalah berbentuk objek. Kita tidak mengingati sesuatu dalam bentuk perkataan. Contohnya perkataan F R U I T. Cuba lihat perkataan ini dan pejamkan mata selama 30 saat. Apakah yang anda lihat?.
 Anda tidak melihat perkataan F R U I T tapi sebaliknya yang anda lihat adalah buah buahan yang anda sudah kenali seperti limau, epal dan lain lain melalui bentuk, warna, rasa dan lain lain. Contoh lain bila anda melihat dari jauh warna biru dan merah dengan bentuk sebuah mentol yang mengeluarkan cahaya, maka secara automatik minda kita mentafsirkan bahawa itu adalah lambang TNB.
Kesimpulan dari contoh di atas adalah untuk menunjukan bahawa minda kita sebenarnya lebih suka menyimpan objek yang pelbagai bentuk, warna, garisan garisan dan apa juga yang bersifat kreatif. Keseluruhan sifat atau objek kreatif ini tersimpan di otak sebelah kanan. Peta minda sebenarnya adalah bertujuan untuk mengajak kita semua menggunakan otak sebelah kanan yang begitu kreatif sekali. Inilah konsep yang hendak dibawa melalui peta minda ini iaitu belajar mengingati melalui bentuk, warna dan lain lain.



 

Related Posts:

  • Perisian Peta Minda Percuma Perisian Peta Minda Percuma Sila rujuk post sebelum ini mengenai Peta Minda di blog ini.  Disini saya nak berkongsi salah satu perisian yang dibangunkan secara percuma ( opensource ) yang boleh digunakan untuk m… Read More
  • PETA MINDA ITU PENTINGPETA MINDA ITU PENTING  Sumber gambar di atas dari google. PELBAGAI penyelidikan telah dibuat untuk membentuk dan menyusun strategi pembelajaran yang lebih berkesan terhadap pelajar-pelajar. Pembelajara… Read More
  • Kemahiran Belajar Dengan Peta MindaKemahiran Belajar Dengan Peta Minda Peta minda boleh menghubungkan fungsi otak kiri dengan otak kanan bagi meningkatkan daya ingatan. Meningkatkan kemahuan kita belajar; ianya berfungsi seirama dengan ciri semulajadi otak… Read More
  • Nota Minda; Kaedah ArkeologiNota Minda: Sejarah Tingkatan 1 Kaedah Arkeologi Sebagai Salah Satu Kaedah Pengkajian Sejarah Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kali ini saya membuat nota minda berdasarkan mata pelajaran Sejarah. Di dalam mata pela… Read More
  • Contoh Nota MindaContoh Nota Minda: Selaut Budi Dalam Ingatan Selaut Budi Dalam Ingatan ini dipetik dari Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 3 Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 2007, mukasurat 23. Artikel ini berkaitan Allahyarham Dr Sh… Read More

0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .