Subscribe Us

Followers, sila tinggalkan link blog saudara saudari ya. Terima kasih sudi mengikuti blog biasa ini

TAKLIMAT KE KOLEJ VOKASIONAL CHENOR PROGRAM SELEPAS PMR

TAKLIMAT KE KOLEJ VOKASIONAL CHENOR MARAN 
PROGRAM SELEPAS PMR UBK SMK JENGKA 2 2012


Gambar Suasana di Kolej Vokasional Chenor dari website http://www.smtchenor.bptv.edu.my/



Gambar Program Selepas PMR SMK Jengka 2 2012,
 Taklimat Kemasukan Ke Kolej Vokasional Chenor 
Taklimat disampaikan Kaunselor Kolej Vokasional Chenor


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nampaknya begitu ramai yang berminat untuk memohon mungkin disebabkan oleh Sekolah Vokasional telah dinaiktaraf menjadi kolej dan pendidikan sehingga Diploma. Samada soalan di blog cikgukaunseling.com mahupun daripada para pelajar SMKLH sendiri.

 Bahkan ada pelayar yang meminta saya membuat artikel berkaitan Kolej Vokasional. Saya minta maaf saya tak dapat penuhi hajat itu memandangkan saya perlu utamakan komitmen utama saya terhadap core business saya di sekolah di mana saya Allah hantarkan saya.

Bagaimanapun, pelayar dan pelajar yang hendak mengetahui Konsep Kolej Vokasional, bagi calon PMR 2012 di SMK Jengka 2, Unit Bimbingan Kaunseling telah pun mengadakan taklimat berkaitan khas untuk lepasan PMR 2012. Kiranya gambar Program Selepas PMR pada entry ini adalah entry tertangguh saya. Takpelah yang penting Laporan Program Selepas PMR SMK Jengka 2 telah pun saya dan rakan-rakan setugas hantar kepada Puan Pengetua Cemerlang SMK Jengka 2, Puan Hajah Wan Maimun Bt Wan Nawi.

Bagi yang ingin tahu Kolej Vokasional sila ikuti Konsep Kolej Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia, sila klik muat turun di sini bagi mengetahui lebih lanjut. Artikel disediakan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia, Hj Ahmad Tajudin Bin Jab.


Ada juga pelajar yang bertanya ke manakah halatuju selepas SPM KLIK DI SINI bagi yang mengambil aliran teknikal? Salah satunya, adalah Aliran Teknikal Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia  di sini.

SM Teknik Pertanian Chenor merupakan sebuah sekolah berasaskan teknik dan vokasional yang menumpukan kepada pertanian dan satu-satunya sekolah pertanian di negeri Pahang. Sekolah ini telah banyak melahirkan ramai usahawan dan tenaga teknikal berkaitan bidang pertanian.

Kini Sekolah Teknik Pertanian Chenor telah dinaik taraf menjadi KOLEJ VOKASIONAL CHENOR.

Sedikit info menarik sistem pembelajaran di Kolej Vokasional bagi Aliran SKM ialah dari sistem pembelajarannya. Sistem pembelajaran dan masa juga berubah menjadi 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan pengenalan sistem semester. 

Tidak rugi pun masuk Kolej Vokasional ini. Ok, cuba buat kiraan dari segi usia. Kebiasaannya pelajar akan menamatkan SPM pada usia 17 tahun dan masuk ke IPT usia 18 tahun. Sambung pelajaran di IPT untuk peringkat Diploma 3 tahun dan tamat pada usia 21 tahun. 

Berbanding mengambil peringkat Diploma di Kolej Vokasional usia 16 tahun selama 4 tahun dan tamat pada usia 20 tahun. Walaupun jurang masa hanya setahun tetapi dari segi kos masa dan belanja dapat dikurangkan. 

       Ramai yang tidak menyedari, sekolah ini merupakan antara sekolah yang banyak menyumbang pelajar-pelajar yang berjaya dalam bidang akademik dan teknikal pertanian. Usaha pihak sekolah dalam memajukan potensi diri pelajar amat baik dan satu kebanggaan bagi daerah Maran sendiri. Dengan adanya kemahiran-kemahiran pertanian dan perladangan, kita percaya dapat melahirkan ramai tenaga penting untuk kemajuan negara kita.



 

 Bidang pertanian yang luas dan cukup banyak peluang kerjaya, mampu direalisasikan oleh sekolah ini. Antara fokus kemahiran yang dilaksanakan adalah seperti pertanian, perikanan, perladangan, ternakan dan teknikal.

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang telah bermula 2009, telah membuktikan peranan SMT Pertanian mampu melahirkan ramai tenaga mahir dalam bidang pertanian. SKM bukan sahaja mengambil para pelajar yang agak ketinggalan dalam akademik, tetapi mampu menjadikan pelajar ini berjaya dalam dalam bidang pertanian. 

Mengikut perbualan dengan Guru Penyelaras SKM, Tuan Haji Jamludin bin Abdullah, beliau berkata,"SKM menjadi alternatif kepada pelajar yang tercicir dalam akademik (PMR) untuk mendapatkan kemahiran dalam bidang pertanian. Kita bersedia menerima mereka bagi memastikan mereka juga mampu berjaya terutama dalam bidang pertanian".

       Pelajar yang mengikuti SKM tidak difokuskan kepada akademik tetapi diajar dan dinilai dalam kemahiran seperti bercucuk tanam, menternak dan pengurusan pertanian. Mereka melaksanakan amali sepanjang proses pembelajaran mereka.



 Penilaian dibuat dengan adanya pemantauan daripada guru penilai dan diselia oleh Jabatan Teknikal dan vokasional, Kementerian Pertanian dan sebagainya. Setelah menjalani pengajian selama dua tahun, mereka akan ditawarkan menerus pengajian di sebuah Kolej di bawah SIME DARBY. Pengajian akan ditanggung oleh SIME DARBY dan akan diambil bekerja sebagai tenaga mahir terus di bawah syarikat berkenaan. 

SUMBER; http://ppdmaran.blogspot.com/2010/07/singgah-sebentar-sm-teknik-pertanian.html

 KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN;


Konsep Kolej Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia, sila klik muat turun di sini bagi mengetahui lebih lanjut. Artikel disediakan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia, Hj Ahmad Tajudin Bin Jab.


Artikel DI BAWAH dipetik daripada WIKIPEDIA Bahasa Melayu:

Sekolah Menengah Teknik Chenor (Pertanian) atau nama ringkasnya SMT Chenor (Pertanian), merupakan sebuah Sekolah menengah tinggi yang terletak di Bandar Baru Chenor.
Pada 2009, Sekolah Menengah Teknik Chenor (Pertanian) memiliki 182 pelajar lelaki dan 148 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 330 orang. Ia mempunyai seramai 61 orang guru.2009


Sejarah

Sekolah ini dibuka pada tahun 1961 dengan nama Sekolah Lanjutan Kampong Chenor. Penubuhan sekolah ini adalah selaras dengan cadangan 2 dan 3 dalam Laporan Rahman Talib (1961) iaitu cadangan ke-2 berbunyi " Untuk menampung semua murid sekolah rendah naik ke sekolah menengah", maka sekolah lanjutan ditubuhkan. Sekolah jenis ini akan menawarkan khusus vokasional selama 3 tahun iaitu murid-murid yang gagal memasuki sekolah akedemik dapat dilatih untuk memperolehi kemahiran-kemahiran dalam bidang pekerjaan.


Cadangan ke-3 berbunyi " untuk mengatasi masalah kekurangan guru di sekolah pelajaran lanjutan ini, guru-guru akan dilatih separuh masa selama 3 tahun. Guru-guru ini akan menghadiri latihan dalam bidang vokasional di pusat-pusat latihan yang berhampiran pada setiap hujung minggu sambil menjalankan tugas di sekolah mereka.


Sekolah Pelajaran Lanjutan telah dibubarkan disebabkan tiada sambutan daripada orang ramai kerana sekolah ini tidak menyediakan peperiksaan yang diiktiraf oleh kerajaan dan menghadapi masalah kekurangan guru-guru teriatih dan mahir. Mulai tahun 1970, Sekolah Pelajaran Lanjutan telah menjadi Sekolah Menengah Vokasional (Pertanian) Chenor, Pahang.

Penubuhan Sekolah Menengan Vokasional adalah selaras dengan dasar kerajaan yang melaksanakan Sistem Pendidikan Aneka Jurusan bagi sekolahsekolah menengah rendah mulai tahun 1965 di bawah Sijil Rendah Pelajaran. Selepas itu muridmurid akan meneruskan pelajaran di sekolah menengah atas sama ada akademik atau vokasional.

Kemasukan pelajar pertama ke Sekolah Menengah Vokasional Pertanian Chenor pada tahun 1970 ialah seramai 55 orang dengan tenaga pengajar seramai 4 orang. Mereka dianggap sebagai kumpulan perintis dan terpaksa menghadapi masalah dalam keadaan serba kekurangan.
 
Matapelajaran akademik yang diajar ialah Bahasa Melayu, Bahasa lnggeris,ilmu Hisab (Vokasional), Sains Am, Pengetahuan Agama Islam, dan Kajian Kemasyarakatan. Manakala, matapelajaran pertanian pula ialah Pengurusan Ladang, Pengeluaran Tanaman, Pengeluaran Ternakan, Kultura Kebunan, Pengurusan Tanaman, Kejenteraan Ladang dan Kaji Teknik Makanan. Semua pelajar dikehendaki mengambil semua matapelajaran di atas selama 2 tahun. Pengajaran teori disampaikan secara formal di bilik darjah pada waktu pagi manakala pengajaran amaii pula dijalankan di ladang dan bengkel pada waktu petang, hujung miggu dan hari kelepasan am.


Pada tahunl989, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional telah diperkenalkan iatu mata pelajaran akademik adalah mata pelajaran yang sama seperti dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Mata pelajaran pertanian pula disusun semula menjadi kumpulan utama dan elektif. Pelajar diwajibkan mengambil matapeljaran Pengeluaran tanaman Dan Pengeluaran Ternakan serta manamana satu daripada matapelajaran Horlikultur, Hiasan dan Lanskap, kejenteraan Ladang atau Pengurusan Ladang.


Pada Tahun 1999, Sekolah Menengah Vokasional Pertanian Chenor talah dinaikakn taraf ke Sekolah Menengah Teknik yang menawarkan 2 aliran iaitu aliran vokasional dan aliran teknikal.Aliran teknikal menawarkan khusus Kejuruteraan Jentera dengan pelajar seramai 17 orang termasuk seorang sahaja pelajar perempuan. Mata pelajaran elektif yang perlu diambil oleh pelajar kejuruteraan jentera ialah Matematik Tambahan,Fizik Kimia, Lukisan Kejuruteraan dan Pengajian kejuruteraan jentera.


Pada tahun berikutnya, aliran teknikal telah mengalami pertambahan pelajar kepada 34 orang. Manakala, pada tahun 2OO2 ,jurusan di dalam aliran teknikal yang ditawarkan telah bertambah iaitu Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan ELektrik dan Agroteknologi yang merangkumi 9 aliran teknikal dan 7 kelas aliran vokasional. Selaras dengan perkembangan ini, sekolah telah berubah wajah dengan mula terbinanya kemudahan insfranstruktur seperti asrama, bangunan, makmal sains, makmal kejuruteraan, dewan dan lain-lain lagi bagi mengantikan kebun-kebun tanaman dan kandang haiwan ternakan.


Pada tanggal 28 ogos 2002, Sekolah Menengah Teknik (Pertanian) Chenor telah mempunyai lagu sekolah yang mula dinyanyikan secara rasmi sempena Hari Titisan Sejarah. Lagu sekolah ini adalah hasil ciptaan dan liriknya ditulis oleh pelajar sekolah ini iaitu saudari Nurulhaida bt. Abdul Manaf dari kelas 4. Pengajian Kejuruteraan Awam 1.



Sekolah Menengah Teknik Pertanian Chenor ini menyediakan 7 kursus pertanian antaranya ialah:
Kursus Subjek
Agrotrknologi (Teknikal)
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Mathematics
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam
  • Biology
  • Chemistry
  • Physics
  • Additional Mathematics
  • Pengajian Agroteknologi
Hortikultur Hiasan Dan Landskap (Vokasional)
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Mathematics
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam
  • Science
  • Hortikultur Hiasan Dan Landskap
  • Kejenteraan Pertanian
Agroindustri Tanaman (Vokasional)
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Mathematics
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam
  • Science
  • Pengeluaran Tanaman
  • Pemprosesan Hasil Pertanian
Agroindustri Ternakan (Vokasional)
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Mathematics
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam
  • Science
  • Pengeluaran Ternakan
  • Pemprosesan Hasil Pertanian
Teknologi Tanaman (Vokasional)
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Mathematics
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam
  • Science
  • Pengeluaran Tanaman
  • Kejenteraan Pertanian
Juruteknik Rendah Akuakultur (SKM)
  • Bahasa Melayu
Pekerja Am Pertanian (SKM)
  • Bahasa Melayu

Alamat

Sekolah Menengah Teknik Chenor
Bandar Baru Chenor
28100, Chenor
Pahang, Malaysia
Telefon = 6092995330
Fax = 6092996360







0 Comments:

Disclaimer

(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .