Tarikh Semakan Tawaran Kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Tahun 2016
Tarikh Semakan Tawaran Kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Tahun 2016 itu akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui portal rasmi
Calon boleh menyemak keputusan di Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai 18 Januari 2016 hingga 25 Januari 2016 (tertakluk kepada perubahan atau pindaan semasa). Calon juga dinasihatkan agar sentiasa melayari Portal Rasmi KPM bagi mendapatkan info terkini
Pengambilan ke Kolej Vokasional dan SM Teknik 2016
PERMOHONAN KE SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DAN
KOLEJ VOKASIONAL 2014
PERMOHONAN KE KOLEJ VOKASIONAL DAN
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK
BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Syarat Kemasukan Murid Ke Kolej Vokasional / SMT
Para pelajar yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2013
adalah dipelawa untuk memohon ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah
Teknik seluruh Malaysia bagi sesi pengambilan tahun 2014
Syarat Umum.
i. Warganegara
ii. Tingkatan Tiga Tahun 2013
iii. Sihat dan Sesuai Fizikal
iv. Bebas daripada Penyakit Kronik
By Puan Ummi Wednesday, January 23, 2013
bimbingan dan kaunseling, bimbingan kerjaya, Halatuju, Halatuju selepas PMR, kaunseling kerjaya, kerjaya, Kerjaya Kemahiran dan Teknikal, Muat Turun, Sekolah Teknik, Sekolah Vokasional, selepas PMR
Cara Rayuan Ke Sekolah Menengah Teknik
dan Kolej Vokasional 2013
Kepada pelajar SMK Jengka 2 yang telah menghadiri Aktiviti Program Selepas PMR, Anjuran Unit Bimbingan Kaqunseling SMK Jengka 2, Taklimat Kemasukan Ke Kolej Vokasional Chenor, Maran telah pun diadakan pada Oktober 2012 lalu.
Begitu juga bekas pelajar saya di SMK Jengka Pusat 2(KLIK DI SINI), yang saya temui sewaktu cuti sekolah tempoh hari, yang mencapai keputusan PMR sangat sederhana dan telah pun memohon Sekolah Vokasional dan Kolej Vokasional KPM.
Terima kasih kerana anak-anak pelajar masih mengikuti perkembangan blog CIKGUKAUNSELING.COM ini seperti dahulu. Terima kasih atas sokongan anak-anak pelajar dan sahabat-sahabat guru di SMKJP2.
Para pelajar yang berminat aliran Vokasional termasuk Sijil Kemahiran Malaysia di Kolej Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah memohon secara online di website Kementerian Pelajaran Malaysia. Kini anak-anak pelajar boleh buat semakan. Bagi yang memohon bersama dengan saya tempoh hari, tahniah ya telah berjaya dalam permohonan anda. Gunakan peluang dan ruang yang ada untuk mengasah ilmu kemahiran yang ada sebagai bekalan masa hadapan anda.
Tahniah kepada
yang berjaya dan kepada yang gagal, janganlah gundah.
Calon
yang gagal tetap diberi peluang membuat rayuan, bergantung kepada kekosongan. Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran, mereka boleh membuat rayuan. Rayuan boleh dibuat terus kepada Sekolah Menengah Teknik atau Kolej Vokasional yang berkenaan.
Sila klik Senarai Sekolah Menengah teknik dan Vokasional di Malaysia di sini
Kaedah membuat rayuan ke SMK Teknik, SM Vokasional dan Kolej Vokasional adalah mudah, tidak
sesukar seperti rayuan ke SBP dan MRSM.
Ok, para pelajar khususnya para pelajar Tingkatan 4R SMK Lepar Hilir yang berminat sila ikut langkah-langkah
berikut.
Disclaimer
(c) Blog ini bukanlah pandangan rasmi pemilik blog atau majikan pemilik blog. Pemilik blog adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini .